01 November 2012

C Tournament Bowling Day

0 bebel sama disini!
woot woot.. it was really fun today.. ^_^ seperti kebiasaannya kalau group C buat event memang tak pernah tak seronok laa.. hari ni merupakan Hari Kejohanan Bowling Tertutup Compliance Group C yang berlangsung di Alamanda, Putrajaya.

Event kali ni meriah kerana berbilang bangsa iaitu melayu, india dan china.. aku tak pasti jumlah sebenar orang yang menyertai event ni.. tapi dianggarkan dalam 30 lebih orang.. termasuk urus setia seramai 4 orang.. iaitu supervisor daus, kimie, muhaimin dan izzah.. terima kasih kepada korang kerana telah berjaya mengurus setiakan event yang happening ni..

kumpulan pula terbahagi kepada 6.. nama kumpulan masing2 mak datoook.. serius diaorang ni memang banyak imaginasi terpendam.. okay.. here it goes..

 Kumpulan Merah - Memerang Garang
Kumpulan Kuning - Kuku Ku Kuning
Kumpulan Hijau - Orang Kampung
Kumpulan Putih - White Rangers
Kumpulan Hitam - Gagak Hitam
Kumpulan Biru - Air Laut Rasa Pantai

kumpulan memerang garang tu kumpulan aku.. memang tak sia-sia ke'garang'an kami sampai masuk final dan jadi Johan.. woot woot.. bangga la jugak.. yang penting jiwa kena kental tak boleh 'moral down' dengan orang sekeliling.. hehehe.. No heart feeling ya guys.. kita cuma suka2.. yang penting semua orang happy dan dapat spent time together-gether.. ^_^

okay mesti ada yang tertanya2.. macam mana boleh dapat nama2 kumpulan ni semua.. dont ask me.. sebab aku pun masih tertanya2.. memerang garang..? memerang tu merah ke warnanya..? dan lebih2 lagi nama kumpulan biru tu.. dah lerr panjang ya ampunn.. air laut rasa pantai?? bukan rasa masin ke? hahaha.. okay nevermind.. tapi best jugak la nama2 kumpulan yang diaorang pilih ni.. kelakar pun ada.. nama pun untuk seronok2 kan..

semua orang dapat medal dan hamper makanan.. dari tempat ke-enam sampai lah medal naib johan dan johan.. best kan.. walaupun cuma main untuk suka2 je bukan macam sukan olimpik tu tapi dapat jugak medal untuk dibuat kenang-kenangan.. urus setia pun dapat jugak pingat penghargaan tau.. thanks kepada urus setia.. terbaekk.. =)

eh..mana gambar..? sorry guys.. gambar tak da pada aku.. belum copy paste dari bebudak ni.. next entry aku selit gambar okay.. entry ni pun aku buat sebab tak menyempat nak menaip.. malam masih muda.. dah habis tengok adam hawa online tadi.. alang2 terus buat new post.. walaupun esok pagi kerja.. 
thats it for now...

adiosss amigosss.. and good night.. ~_~

29 October 2012

Officially Engaged ♥♥

0 bebel sama disini!
Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah....
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya..
pada tanggal 13 oktober 2012 telah berlangsungnya majlis pertunangan aku dan dia..♥ hubungan yang telah terjalin selama lebih hampir 6 tahun perkenalan telah pun secara rasminya di ikat oleh kedua belah keluarga kami.. semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan dalam majlis kami tapi dapat diatasi.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. ku mohon agar hubungan ini berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

pada hari tersebut.. sebelah paginya merupakan majlis bacaan tahlil untuk arwah nenek yang baru saja meninggal dunia pada 9 oktober.. Al-fatihah.. pemergian nenek yang tak dijangka dan semua masih merasa sedih kerana tiada lagi pelapis yang bergelar mak dan ayah kepada anak2nya.. nenek dan atuk kepada cucu2nya.. serta moyang kepada cicit2nya.. semoga roh mereka dilimpahi dan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin... of course perasaan serba salah itu menyinggah dalam hati aku.. nenek baru saja meninggal takkan nak teruskan dengan majlis pertunangan ni kan.. tapi mak cakap.. kita manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.. perkara yang dah terjadi tak boleh dielakkan.. perkara yang dah dirancang perlu diteruskan.. dan Alhamdulillah majlis pertunangan berlangsung pada sebelah petangnya dan semua berjalan lancar dengan izin dari Allah swt.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga di tujukan kepada semua ahli keluarga aku.. dan semua sedara mara dan tetamu yang telah hadir dan banyak membantu dalam menyempurnakan dan memeriahkan majlis.. juga mohon dimaafkan sekiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

♥ goodies bag + DIY mini pelamin ♥

♥ DIY candy buffet ♥

♥ Hantaran for Him ♥

♥ Hantaran for Her ♥

♥ Perbincangan antara wakil pakcik2 kami berdua ♥

 ♥ MOMS ♥

♥ Alhamdulillah.. we are officially Engaged! ♥
Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.. amin..
>_<

25 October 2012

"Onyomat Geset Go" (siap sedia)

0 bebel sama disini!
Semuanya bermula pada tahun yang lepas iaitu 2011 apabila aku telah dilamar oleh dia secara "amareka" nya.. haha.. dia terpengaruh dengan movie and tv series lettew.. boleh baca kisah lamaran tersebut kat [sini] dah baca tu nanti sila jangan muntah.. itulah realiti hidup saya dan saya bahagia.. sekian terima kasih.. =)

setelah episod lamaran itu.. kami berdua menjalani kehidupan seperti kebiasaannya.. tiada yang berubah cuma bila dah masuk ke tahun 2012..kami mengambil keputusan dan bersedia untuk mengikat hubungan ini dengan lebih erat.. Alhamdulillah, tiada halangan dari keluarga kami.. cuma mungkin ada sedikit kesulitan tapi itu biasalah.. adat kehidupan..

segala persiapan telah dibuat 2 bulan sebelum majlis nya berlangsung.. tempah baju tunang, beli cincin, beli barang2 hantaran, beli barang2 goodies dan juga bahan2 untuk membuat perhiasan seperti bunga tisu dan bunga kipas kertas.. semuanya DIY (Do It Yourself) untuk mengurangkan bajet dan tidak mahu berlebihan.. persiapan untuk majlis dibantu oleh my lovely mak dan 2 orang kakak ku, hana dan aien.. mereka yang banyak membantu dari bab membuat perhiasan, menempah kek, mengubah hantaran, menempah katering dan lain2.. terima kasih yang tak terhingga juga di atas jasa baik semua ahli keluarga yang lain yang sedia membantu.. love you all very much.. cewahhh.. >_<

moh ler kita tengok sikit persiapan dua bulan sebelum majlis berlangsung..

 kak aien kita dengan bunga kipas kertas nya.. cantik kan warna warni..

bunga kipas kertas warna ungu untuk background

bunga untuk hiasan hantaran cuma pakai crepe paper.. kak hana yang buat ni.. chantek kan.. =)

 bahan2 untuk membuat props =)
 
 inilah dia props yang sempat aku DIY sendiri.. walaupun tak berapa nak chantek dan kemas.. tapi okaylah sekadar untuk berposing 2 3 saat..

yang ni pulak group whatsapp kami adik beradik.. abang ajam yang create group ni sejak 11/2011.. kesemua 6 adik beradik suka bergosip and sharing kat sini.. oh sila buat tak nampak muka cik aien ada dua.. sebab dia guna 2 nombor..haha.. nak gosip dan bincang pasal majlis aku punya pasal.. siap tukar title group jadi "Pertunangan cik awa 13/10".. okay sesapa yang guna whatsapp tu tahulah kan title tu boleh diubah2.. whatsapp salah satu medium untuk kami berhubung selain call dan message.. al maklumla freeee.. ada emoticon banyak.. fon pulak semua yang ada wifi.. selalu ler online ye tak.. =D

 ini pulak tempat sarung cincin nanti.. belum ada hiasan background lagi time ni.. suci dan murni lagi dinding rumah mak abah aku ni.. banyak jugak cabaran nak memasang background dia.. gam tak lekat la.. pastu asyik tercabut je kertasnya.. hoho..

antara komen2 adik beradik aku lepas share gambar kat whatsapp..
lepas tu ni lah yang jadi....
...
...
lepas satu satu bunga kipas kertas tu terbang sebab gam tak lekat.. hahaha.. sabor je la ye tak.. abah aku cakap.. "macam durian gugurnya bunga kau ni wa" aku pun cakap "dah gugur tu boleh lah kita makan buahnya bah.." hahaha.. abah pun pandai ngacau aku kan.. tapi alhamdulillah.. masalah bunga kipas gugur ni dapat diatasi dan sewaktu majlis tu berlangsung tak da satu pun yang gugur dan terbang.. =)

ini lah baju yang aku pakai waktu majlis tu.. kak aien kita yang rajin tu adalah jahit tangan tambah2 manik sikit.. mekaseh ye.. =)

terasa macam entri ini agak panjang lebar.. cukuplah setakat ini sahaja.. sedikit sebanyak cerita sepanjang persiapan.. lepas ni saya update pasal hari tersebut pulak okay.. sekian.. =)

20 October 2012

Hot Air Balloon with love

0 bebel sama disini!
.....tengah duduk sliding gambar-gambar dalam galery phone.. keluar pulak gambar waktu awal tahun bulan 3/2012.. teringat waktu tu pergi tengok belon panas dengan si dia.. tapi tak pernah hupdate kat blog ni.. mungkin lupa kot.. atau mungkin takda masa.. atau dengan lebih tepatnya malas nak menaip.. lepas tu pulak dua tiga hari yang lepas sembang2 dengan yati pasal t-shirt yang aku pakai.. beli dengan dia waktu tengok belon panas tahun lepas.. boleh baca entri belon panas tahun lepas kat sini.. [Belon Panas 2011]

Tahun ni dapat tengok belon panas dengan orang tersayang.. seronok dapat share moment tu dengan dia.. sebab dia pun tak pernah berkesempatan nak tengok sebelum ni sebab dia kan orang jauh.. nasib baik waktu dia datang ke sini tu sama waktu nya dengan acara belon panas ni.. so boleh la posing gambar 2 3 keping sebagai kenangan.. lets scroll down to see the picture.. =)








>_<

27 September 2012

Jalan-jalan bersama orang kota singa

0 bebel sama disini!
Ini adalah entri yang tertunggak. Harap Maklum.!

Pada 29 febuari 2012 merupakan temu janji antara aku dengan kawan lama waktu sekolah menengah dulu iaitu Sakina. Dia orang singapore dan sejak habis sekolah dia terus menetap kat sana. eh. eh jap. ni dah macam introduction of sakina la pulak kan. hehee. kengkawan sekolah mestilah kenal dia tapi ada yang tak kenal lagi kan. aku bagi sikit info je la. tak boleh tahu lelebih sebab dia sudah berpunya dan sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang bernama rizal. happy for her. semoga hubungan mereka terus berkekalan selamanya.

Oh, yang nak diceritakan sebenarnya ialah pada hari tersebut aku dah janji nak bawa sakina, tunang dia dan dua orang kawan dia yang semuanya datang dari singapore untuk jalan-jalan kat sini. aku sebenarnya pun tak da lah tahu sangat tempat-tempat yang menarik. dua orang kawan sakina yang datang tu merupakan adik beradik, panggilan namanya fana dan faz (eh betul tak eja ni) mereka berdua ni katanya nak pergi tempat yang cantik yang boleh ambil gambar banyak2. dalam fikiran aku Putrajaya. sorry guys. hopefully you had fun. gambar sebenarnya banyak sangat. semuanya cantik tapi aku dapat bagi tengok sikit je la kat sini. ni pun aku curik gambar dari FB sakina dan fana. ops! saya curik ye! heee..

were in da car. sempat aje memosing. yang duduk depan dengan aku ni lah sakina. okay sila abaikan muka aku yang tak sempat nak senyum tu.. erk!

 Fana, me and sakina 

cantik kan view ni. tunang sakina memang pandai tangkap gambar. 





inilah fana dan faz. diaorang adik beradik yang cool. seronok dapat kenal dan hangout dengan mereka berdua. 

and this is me. muka agak sedikit kepenatan di situ. tapi seronok dapat menikmati pemandangan yang menarik bersama orang2 kota singa.

p/s : sorry guys kalau ada yang kurang. saya tak pandai nak tunjuk2 tempat ni. hehee.. sehingga ketemu lagi. =)

Family C Day terlentang dan melentang

0 bebel sama disini!
Ini adalah entri yang tertunggak..harap maklum..!

Pada 28 febuari 2012 yang lalu (nampak tak berapa lama tertunggak) telah berlansungnya hari keluarga group C untuk kali yang kedua. Hari keluarga tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Lentang, Pahang. (kira jauh la jugak tu sampai ke negeri pahang walaupun tak jauh sebernarnya) Ramai yang turut serta disebabkan ahli group C makin bertambah dan ada yang membawa pasangan masing-masing. Pada hari tersebut kami beriadah di tepi sungai lentang sambil ber-barbeque dan mandi manda di sungai. Jojom tengok gambar lah pulak. I'olls malas nak taip panjang-panjang. heee.. 

sesampainya di tapak, kaum lelaki bertungkus lumus menghidupkan bara api untuk barbeque

bila bara api dah ready, bakor la pulak. diaorang yang banyak buat kerja sebenarnya. thanks guys!

gambar ini adalah benar okay! bukan sekadar posing. walaupun bertahan membakar 2 kali round ayam je. heee..

ayam yang sangat sedap dan special. diperam oleh orang yang profesional. cewah promote ni.

 
ada sotong bakar jugak. tapi cepat habisnya ni. sebab ada 'orang tu' lepas bakar masuk mulut terus. haaa.. sape tueee..

waktu ni tengah get ready untuk sambut birthday suami mariam yang berbaju pink. meriah bila semua nyanyi lagu birthday.

semua tunggu kek dipotong sambil makan jelly kelapa. 

namanya berkelah tepi sungai haruslah mandi manda kan.

sekejap makan. sekejap mandi. macam tu la semua orang. sekali sekala takpe.

 mereka semua yang telah hadir bagi menjayakan hari keluarga untuk kali yang kedua.

semua orang dapat saguhati beg dan mug sebagai tanda peringatan dan terima kasih. Untuk entri hari keluarga yang pertama boleh tengok kat sini. PART 1

p/s : Agaknya dapat tak lagi join bebudak ni buat hari keluarga yang akan datang.. mmmmm.. InsyaAllah..

14 March 2012

Wordless Wednesday #1 : Hutan Lipur Lentang

0 bebel sama disini!


"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description." - answers.com

05 March 2012

Tahukah anda..?

0 bebel sama disini!
sumber : google images

Tahukah anda?
Hari ini 5 march, merupakan entry pertama saya sejak kita melangkah ke tahun 2012. Entry terakhir saya ialah pada 27 november 2011 yang lepas. 

Tahukah anda?
Pada tahun ini saya akan menjangkau usia 24 tahun. ^_^ tahun depan umur saya 25 tahun. teruja tak? sebab apa saya tanya macam tu? sebab waktu sekolah dulu saya selalu cakap umur 25 saya nak kahwin. eh? hahaha. waktu kecik kan kuat berangan. sekarang pun makin menjadi2 berangannya. tahukah anda? hahaha.

Tahukah anda?
Sepanjang saya tak menghupdate blog pada 4 bulan yang lepas, macam2 perkara yang berlaku dalam hidup saya. ada yang manis untuk dikenang dan ada yang pahit untuk dibuang. yang manis akan saya blog kan di sini kalau saya rajin. =) yang pahit? shuh shuh pergi jauh2. semak ok!

Tahukah anda?
Keluarga saya telah bertambah ahli nya dengan kehadiran baby boy dalam family abang saya pada 21/12/11. nama dia Aariz Khazim. Dia comel! tapi saya tak berani lagi nak dukung dia. tahukah anda? memang saya tak berani nak pegang baby yang masih kecil yang baru lahir. macam mana la nak pegang anak sendiri nanti ek. adoiii. hehehe =D

Tahukah anda?
Tahun 2012 genap setahun saya bekerja di Telekom Malaysia (TM) sebagai editor. walaupun banyak rintangan dan dugaan sepanjang bekerja di sini, saya akan cekalkan hati dan bekerja dengan seikhlas hati. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan disini. =)

Tahukah anda?
akaun facebook saya kini hanya digunakan untuk 'check -in', share gambar2 dan share lagu2 kegemaran saya. Hanya menghupdate status jika bagi saya ianya penting. sejak saya tahu ada stalker dan talam yang dalam diam menghendap kehidupan saya. saya rasa terlalu famous amos. saya tak nak la jadi riak pulak nanti. tahukah anda? hahaha. 

Tahukah anda?
saya semakin aktif membebel dalam akaun twitter saya. bagi saya kalau orang nak kisah ke. tak nak kisah ke. itu hak individu. twitter bagi saya merupakan tempat meluahkan perasaan. tahukah anda? akaun twitter saya di set kan private sebab saya bukan artis nak 'public' kan kehidupan saya. kalau sanggup nak follow bebelan saya boleh carik saya kat twitter ye. =)

Tahukah anda?
entry ini di taip di ofis tempat saya bekerja. hari terakhir shift malam saya. so pagi ni saya dah start cuti. disebabkan saya tak TERtido malam tadi jadi balik nanti saya nak topup tido. setakat ini tiada apa lagi yang anda perlu tahu tentang saya. sebab saya tak dapat pikir apa lagi yang saya tahu tentang diri saya. tahukah anda? 

adios amigos ^__^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails