Showing posts with label Bottom of My Heart. Show all posts
Showing posts with label Bottom of My Heart. Show all posts

02 July 2014

In Relationship

0 bebel sama disini!
Assalammualaikum..
Sebelum bercerita pasal tajuk 'in relationship'.. di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak.. tahun ni bermula la kehidupan berpuasa sebagai isteri orang.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa penuh pada tahun ini, InsyaAllah.. harap2 aku mampu untuk berpuasa bersama suami dan junior yang Alhamdulillah makin membesar dalam rahim aku (^_^).. of course atas nasihat dari doktor kalau aku makan sahur dan vitamin yang doktor bagi bolehla bertahan sampai ke petang.. risau itu selalu ada.. tapi insyaAllah aku takkan paksa diri kalau terlalu memudaratkan.. Doakan me and junior sentiasa sihat ye awak! who read this :)

ohhh boleh dikatakan me and junior pun sebenarnya now in relationship la kan.. sebab dia boleh rasa aku dan aku boleh rasa dia.. subhanallah hanya tuhan yang tahu bahagia nya rasa bila dapat merasa setiap detik perkembangan junior dalam diri aku.. Alhamdulillah.. lagi 2 minggu usia kandungan aku nak masuk 6 bulan.. aku dah boleh rasa pergerakkan dia.. jantina dia pun kami suami isteri dah tahu.. tak sabar sebenarnya nak tunggu kelahiran junior.. semoga dia sihat, sempurna sifat akal dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin..

Berbalik kepada tajuk 'in relationship' sebenarnya aku nak cerita pasal tarikh harini.. 2 julai merupakan tarikh di mana genap 8 tahun aku mengenali lelaki yang bernama sabri.. Dia yang dulunya cuma kawan biasa.. menjadi geng.. kawan baik.. dan akhirnya kami jatuh hati pada satu sama lain.. 2 julai adalah tarikh di mana kami membuat keputusan untuk lebih serius in our relationship.. aku bahagia bila bersama dengan dia.. walaupun ada pelbagai dugaan antara kami dan ditambah pulak dengan cakap2 orang tentang kami.. maklum saje lah dengan fizikal kami yang tak serasi.. tapi semua tu bukan penghalang.. yang penting we love each other dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri masing2..

Alhamdulillah.. fasa relationship kami berkembang sehingga mengikat tali pertunangan.. dan akhirnya kami berkahwin pada 1 november 2013.. rasa sangat bersyukur dengan kehadiran dia yang selama ini sentiasa sabar menjaga dan menyayangi aku sepenuh hati dia.. Terima kasih sayang! (^_^) aku sentiasa berharap dan berdoa agar hubungan kami berkekalan hingga ke syurga.. amin.. Dia adalah suami yang terbaik buat aku.. dan yang paling istimewa ialah anugerah dari Allah dengan bakal kehadiran junior dalam hidup kami berdua nanti.. InsyaAllah

Well, bulan julai is one of my favourite month in a year.. sebab bulan ni jugalah dia melamar aku.. iaitu pada 10 haribulan.. hehehe.. tak pernah lupa saat2 manis tu sampai lah sekarang.. and I will never get tired to talk about him and our relationship all over again..
thanks baby! I love you so much..
Happy Anniversary sayang! (^_^)

08 September 2011

Pre-Raya buat ku

1 bebel sama disini!
kenapa harus ada pre-raya untuk aku.. wahhh..mentang2 la sekarang ni tengah hot pasal pre-wedding.. raya pun kauuu nak pre jugak..nevermind laaa..ekceli harus la ada pre raya untuk aku.. sebab raya aku tak dapat balik kampung.. kerja weiii.. tak pernah2 aku raya tempat lain.. selalunya malam raya dan raya pertama mesti ada kat rumah tu.. aduiii makkk aiiii.. ting tong kepala otak aku beberapa hari sebelum nak raya tu.. sekarang ni aku nak cheritaa sikit la apa yang berlaku beberapa hari sebelum nak raya.. so this is my pre-raya.. tahun 2011 adalah tahun yang amat2 berbeza sekali untuk aku.. sejak dah kerja dan bergaji ni.. semuanya aku kena buat sendiri.. kata orang sudah tiba masa untuk kau berdikari.. jangan harapkan orang lain.. sooo.. ye laaa..

duluuu bila minggu pertama puasa je.. mesti dah fikir dah nak beli ape untuk raya nanti.. minggu kedua confirm dah beli laaa orang cakap.. tapi sekarangggg... lagi 5 hari nak raya ni.. satu ape pun tak beli lagiii.. tak pikir pun nak beli apa...

duluuu kalau shopping barang raya mesti berteman.. waktu kecik2 shopping dengan mak ayah.. ape nak mintak je.. waktu study shopping dengan encik boyfren.. tapi sekaranggg.. mak ayah pun dah tak larat nak melayan anak dia yang besar dah ni.. dah bergaji kan.. encik boyfren pun dah menjauh.. ape lagiiii.. shopping sesorang la jawabnyee.. bayar pun sendiri.. siap boleh support duit shopping my lovely sis and my adik kacak.. orang cakap kalau ada rezeki lebih tu.. tak salah kita berkongsi sama2 kan.. yang penting happy.. =)

duluuuu sehari sebelum nak raya barulah sibuk nak mengemas rumah.. pasang langsir.. tukar kusyen sofa.. sapu rumah.. keluarkan gelas2 yang cantik tersimpan dalam almari..bila nak raya je baru keluarkan..hehe..tapi sekaranggg.. disebabkan tak der orang nak tolong my sis mengemas nanti disebabkan adiknye ini sehari sebelum raya kena kerja..sooo awal dari biasa la sesi mengemasnye..at least aku merasa la sikit mood bakal menyambut raya tu kan..huhuuu..

dua hari sebelum nak raya tu aku dah terpaksa balik ke cyberjaya untuk bekerja.. dalam perjalanan balik tu.. al maklum la sejak dah drive sendiri ni.. drive sesorang pulak tu.. jalan aku ke bandar lancar je.. jalan menghala ke kampung..sesak habisss..sedey hati aku time tu..dah separuh jalan da ni..nasib baik aku tak patah balik ke rumah.. hehehe.. balik cyber pun aku kena menumpang kat rumah kawan se ofis.. sebab takut nak duduk sorang2 kat rumah bangi..hmmm..apelahh nasib.. =(

sehari sebelum raya kena bekerja.. ohhhh sayuuu nyee rasa.. dapat pulak kawan2 yang baeekkk punya duk psycho aku sebab aku tak dapat balik beraya.. ada la sekali tu ter-nangis pulak..tapi sekejap je laaa.. huhuhu..sodey sodey sodey.. bila sehari nak raya ni.. terkenang pulak mak dan akak kat rumah tu yang takder assistant yang rajin sesangat niii (aku laaa tuu).. tapi sebelum aku balik ke ofis tu.. mak dah masakkan rendang untuk aku.. aku ler yang mengacaunye sampai kering.. merasa la jugak rendang mak..kalau tak lagi sayuuu la akuu..
sedaaapp rendang mak.. terbaeekkk!!

malam raya pulak.. pertama kali aku drive viva tu ke KL.. tak pernah2 aku drive sendiri ke KL.. pergi pulak Jalan TAR.. takut pun ada jugak..takut sesat dan takut banyak kereta.. hmmm semuanya ok dan lancar waktu sampai situ.. tapi bila sangkut dalam jam.. semua kereta nak cepat je jalannye.. sangat geram bila ada sorang mamat ni bawak kereta nak berlagak dengan awek kat sebelah dia..rapat giler cucuk kereta kancil kat sebelah aku.. cicak pun tak boleh lepas la..nak mengambarkan betapa rapatnye dia cucuk..bila kancil da ke depan kereta aku.. dia cucuk kereta aku pulak... sreettttt bunyinyer habis calar kereta aku.. geram giler aku.. semua yang ada dalam kereta aku waktu tu.. tenung mamat berlagak tu sampai dia tak senang duduk.. dapat pulak simbol geram dari jari aku ni.. memang tak berani nak rapat da lepas tu.. tunduk je bawak kereta.. bodohhh habisss mamat tu..!!! hmmm.. aku maafkan la kau.. sebab ko bodoh aku tak nak diskriminasi terhadap orang bodoh.. sooo i let it go.. sepanjang berjalan kat Jalan TAR tu.. satu ape pun aku tak beli.. sesak dengan orang.. panas nye lagi.. memang mood nak bershopping tu tak sampai ke dalam jiwa..hehe.. so aku bersiar2 je la kat situ.. aptb kan..hahaha..

soooo setakat itu je laaa yang berlaku dari beberapa hari sebelum raya sehingga la ke malam raya aku.. banyak dugaan dan cabaran yang berlaku..ku tempuh dengan hati yang cekal..walaweyyy.. bermadah pulak kauuu..hahaha.. ok la.. babaiiiii... ^_^

19 June 2011

Selamat Hari Abah!

0 bebel sama disini!
Selamat Hari Abah!! abahhhh!!! Terima kasih atas semua yang telah abah lakukan untuk membesarkan awa dari kecik sampai lah awa besar.. maafkan segalanya kalau awa ada buat salah dan silap kat abah.. maafkan awa ye.. awa sayang sangat kat abah.. abah jangan terasa tau kalau awa terlalu lebihkan mak atau orang lain lebih dari abah.. awa tahu abah pun sayangkan awa.. awa nak abah tahu awa sayang abah sangat2 walaupun awa tak pernah tunjuk atau ungkapkan pada abah.. awa malu dan segan nak cakap dengan abah.. harap abah sentiasa tahu yang anak abah ni sentiasa sayangkan abah..

awa tak tahu macam mana nak balas jasa, budi dan pengorbanan abah pada awa.. disebabkan restu abah dan mak lah awa di tempat awa sekarang ni.. awa tahu abah risaukan awa kat sini.. walaupun abah tak tunjuk tapi awa tahu.. abah sentiasa ingatkan awa supaya sentiasa hati-hati.. dengan isu2 yang terkini kat dalam berita tu.. awa tahu abah risau..

abah, usia abah dan mak semakin meningkat.. berbanding mak.. abah tak pernah tunjuk yang abah sakit.. abah jaga kesihatan baik2 ye abah.. kadang2 awa risaukan keselamatan abah kat luar sana.. bila abah bawak kereta sorang2.. abah jaga diri baik2 ye kat luar sana.. awa nak abah tahu yang jauh di sudut hati.. awa sentiasa sayangkan abah.. walaupun awa tak pernah ungkapkan kat abah depan2.. terima kasih abah!! awa sayang abah!! ^_^


p/s : suddenly I miss my dad so much!! I'm soo thankful.. I love you dad! I never been like this before.. maybe i'm too sensitive tonite.. hmmm..  T_T

08 May 2011

I turn to you ♥

0 bebel sama disini!


When I'm lost in the rain,
In your eyes I know I'll find the light to light my way
When I'm scared and losing ground
When my world is going crazy, you can turn it all around

And when I'm down you're there, pushing me to the top
You're always there, giving me all you've got

For a shield from the storm
For a friend, for a love
To keep me safe and warm
I turn to you
For the strength to be strong
For the will to carry on
For everything you do
For everything that's true
I turn to you

When I lose the will to win
I just reach for you and I can reach the sky again
I can do anything
Cause your love is so amazing, cause your love inspires me

And when I need a friend, you're always on my side
Giving me faith that gets me through the night

For a shield from the storm
For a friend, for a love
To keep me safe and warm
I turn to you
For the strength to be strong
For the will to carry on
For everything you do
I turn to you

For the arms to be my shelter through all the rain
For truth that will never change
For someone to lean on
For a heart I can rely on through anything
For that one who I can run to...
I turn to you

For a shield from the storm
For a friend, for a love
To keep me safe and warm
I turn to you
For the strength to be strong
For the will to carry on
For everything you do
For everything that's true
I turn to you


I dedicated this song to my one and only mom that I love the most
thanks for everything mak
^_^


07 April 2011

What's my name ??

6 bebel sama disini!
Ooh na na.. what's my name..?? lalalala ~ ~ ~

Tak der la konflik sangat situasinye sampai aku tak tahu nama aku sendiri. As for now. Alhamdulilah aku masih waras dan boleh eja nama aku sendiri lagi. Cuma aku sedikit keliru jerr. Al kisahhh nye begini. Pada minggu lepas, office tempat aku bekerja telah pun mengambil pekerja baru. Al maklumla, kekurangan tenaga pekerja. Ada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang telah diserap masuk ke dalam team C. Mereka adalah Fizi, Salim, Intan dan Wawa.

Ooh ! did I mention my name just now..???

Hmmm.. waktu sesi suai kenal bersama ahli2 baru. budak ofis aku yang lain suruh aku tukar panggilan nama aku disebabkan aku orang lama. eh?? patut kah begitu?? huhu.. takpe la.. I merajuk sebentar. hmmmmm.. okay dah elok!! haha..

Sejak hari tu. aku selalu tersilap. ye la sebelum ni kat ofis cuma aku je yang orang panggil wawa. tetiba ada pulak yang = (sama dengan). hurmm.. kadang2 bila supervisor panggil. "wawa! wawa!" aku toleh la dan menyahut. eehhhh. rupanye bukan aku yang di panggil tapi yang sorang lagi. aduiiyaiii.. camno ni. sejak hari tu. aku dah keliru dan decide untuk buat tak dengar kalau ada orang panggil wawa. wahahaha (bukan aku kan???) =p

budak ofis aku yang lain ada jugak yang mencadangkan beberapa panggilan nama untuk aku dipanggil seperti

  • wawa kuasa 1 ( sorang lagi wawa kuasa 2??)
  • waweurrrrr 
  • wawo..( supervisor saidi yang panggil "kecek kelate la pulok")
  • sal ( waktu aku form 1 sampai form 3 , kawan2 aku waktu sekolah pompuan dulu yg panggil )
  • awa (family aku je yang guna)

hmmm.. rasa rasanye yang mana satu sesuai. aku pun tak kisah sebenarnye nak panggil aku dengan panggilan ape pun. asalkan bukan mengutuk aku dan menjatuhkan maruah aku. nak panggil aku 'sayang', 'baby', hahaha.. cuba la.. kuang2. gataiiii noooo...saborr je laa..

It was nothing ekceli. aku tak terasa hati or sakit hati pun. cuma kadang2 aku jadi confius. orang panggil aku ke panggil sape ni. hahaha. I think better bukan aku yang patut tukar panggilan nama kot. sebab nama aku cuma satu kerat je. yang sorang lagi tu ada beberapa kerat. hehe.. jangan marah ye 'wawa kuasa 2', aku rasa kau pun mesti keliru jugak kan. saboor je la kiter..hehe

takpun panggil je I sally, ejaannye.. "S I  L L Y"
wahahaha.. saborr je la..
(^_^)

28 February 2011

Melampau?

0 bebel sama disini!
melampau? terlampau? melampaui? apa sahaja yang sewaktu dengannye. tak kira lah. semua boleh guna ye adik2. ok! kau nak cherita pasal ape pulak kali ni cik wawa oi..?? cer citer, cer citer, cer citer.. =D iyeee.. tuan tuan dan puan puan.. berjumpa kita lagi dalam rancangannnnn "wawa disini. AC dimana?" hehe. arghh kau ni wawa. melampau pulak kau ek. wahahaha. seteriktodapoint kali ni aku nak kategori kan beberapa perbuatan melampau yang berlaku sepanjang 2 bulan aku menjelajah tahun 2011 ni.

Kategori 1 : Kerja yang melampau

Untuk kamu (yang tengah baca blog aku ni) yang sudah sedia maklum, tahun 2011 bermulanye fasa baru dalam hidup aku iaitu memasuki dunia pekerjaan. Alhamdulilah, aku telah pun diterima bekerja di company TM cyberjaya sebagai seorang editor. tapi ada orang cakap kerja aku ni operator pengeluaran erk! melampau tak?? aku mana keluarkan ape2 barang. kerja aku banyak buat editing je. atau dengan lebih tepatnye aku buat penapisan LIVE television video. masukkan iklan, blur kan gambar yang melampau (selalunye aku blur gambar sulit, diaorang tak reti pakai baju..huhu), potong aksi yang terlampau (huh..tak boleh nak cakap..faham sendiri je la..haha) memang bunyinye kerja aku ni agak melampau kadang2. tapi kena pasang niat yang baik setiap kali pergi kerja. niat : aku buat kerja ni supaya orang yang tengok tv nanti tak terdedah dengan benda2 yang bukan2. amin. 

Kategori 2 : Penggunaan duit yang melampau

Bila dah kerja mestilah dapat gaji kan. mana ada orang kerja sia2. kecuali pekerjaan yang sukarela seperti membantu orang yang susah. kalau kau minta gaji tu maknanye kau tak ikhlas ar. eh tengok! kan dah emo pulak aku. aku start kerja pada bulan Januari 2011. sekarang ni bulan febuari. maknanya aku dah pun dapat gaji pertama aku. untuk pengetahuan semua. gaji aku dah habis suda. melampau kan.. padahal aku tak shopping apa2 pun.. waaaaaa... tak ada langsung duit aku untuk menyimpan. terlampau sedey aku dibuatnye. macam2 yang nak dibayarnye. duit kereta, duit pinjaman Mara, duit minyak kereta, duit nak bagi mak abah, dan lain lain hal yang perlu dibayar dengan duit. p/s : lepas ni aku nak kena pastikan budget aku dalam sebulan berapa, asingkan duit untuk menyimpan dan duit untuk aku shopping. hmmm agak2 boleh ke? InsyaAllah. =)

Kategori 3 : Tido yang melampau

wahaha, kalau aku tak cerita pun kat sini, pasti semua dah tahu yang aku ni kuat tido. tengok mata la beb. lebam sebab terlebih tido. bukan sebab tak cukup tido. erk! apesal aku mengaku berani mati ni.?? sejak aku start kerja ni, memang melampau tido aku tiap2 hari. kadang2 tak tentu masa aku tido. sesuka hati mata aku je nak lelap. ish ish ish. al maklum la, aku bukan kerja office hour, kerja ikut shift, bila shift malam aku tido siang, bila shift siang aku tido ler malam. makin melampau tido aku bila tiba waktu hujan, huish satu dua tiga menjak ni, bila petang je hujan, tambah pulak dengan kilat sabung menyabung tanpa henti, takut aku dibuatnye. ape lagi selubung dalam selimut ler.. krohhh.. krohhh.. ZZZzzzzz... hehe

Kategori 4 : Sikap yang melampau

FYI. bukan sikap aku yang melampau ok! harap maklum! aku tak berapa nak suka dengan sesetengah orang yang suka memaksa, tak suka dipaksa ok! bila aku cakap tak nak. means aku tak nak! tolong faham boleh tak? tak da la melampau sangat pun permintaan aku ni kan. betul la cakap orang, semakin lama kita kenal orang tu semakin kita kenal baik dan buruk dia. aku tak der la nak cakap aku ni baik sangat, tapi kalau semuanye aku yang kena beralah dan ikut je setiap ape yang dikata, aku tak rasa aku nak hidup dalam keadaan macam tu untuk seumur hidup aku. melampau la tu. betul tak?  

Kategori 5 : Runsing yang melampau

terjadi bila situasi di kategori 4 tercetus. hati dengan otak aku sekarang tak boleh berkomunikasi dengan baik. satu cakap lain, satu lagi pun cakap lain. nak ikut cakap mana satu ni?? di tambah pulak dengan baru2 ni. satu persoalan yang sentiasa menganggu fikiran aku. aku tak dapat nak buat keputusan. takut ada yang terluka, sama ada aku ataupun mereka. ape yang aku boleh cakap, faktor2 orang lain selain kita dan kelemahan sikap dan masalah yang sama yang sering kali timbul antara kita buatkan aku terpaksa fikir banyak kali untuk buat keputusan. dulu dan sekarang sudah tidak sama. kalau terlampau sandarkan pada kenangan, mampukah kenangan itu menampung beban yang akan mendatang?? runsing aku runsing.      

p/s : melampau tak penggunaan ayat "melampau" aku untuk entri kali ni. cer kira cer kira..berapakah ayat "melampau" yang telah wawa gunakan..? hadiah nye.. "tampau" diri sendiri.. yang rajin sangat gi kira apekehel..??  melampau sunggoh. sabor je laaa..=D

Footnote : "tampau" = tampar ( suka suki suko hati aku la nak bukak kamus sendiri. ko kisah kenapa? )

24 January 2011

Malam atau Siang?

2 bebel sama disini!

saya sekarang dalam kebuntuan dan kerisauan. ish macam serius je bunyi nye kan? haish. diri saya sekarang sudah tidak normal lagi. sejak saya start kerja shift ni. saya dah confuse malam dan siang saya. tidur saya pun dah jadi tak tentu hala.

shift malam = tido siang
cuti = tido sepanjang hari 
shift siang = ?
erk? apesal shift siang saya tak boleh nak jawab.

sebab : sebelum nak masuk kerja shift siang hari ini. saya sekarang belum tido lagi. nak tahu sekarang pukul berapa? hampir pukul 3.30 pagi. dan saya masih segar macam baru lepas mandi. argh! macam mana ni dik non! poning eden memikirkan! agak2 saya tertido tak kat tempat kerja esok? hopefully not! hmmm.....

agaknya saya belum boleh sesuaikan diri kot. harap2 lepas nie saya boleh sebatikan diri saya dengan keadaan sekarang. 
p/s: sesiapa ada tips untuk saya tak? pesanan khidmat masyarakat?
sila bebel bersama saya! click kat bawah title ye! =(

19 January 2011

As we grow up!

0 bebel sama disini!
As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

So here..i'm Salwa Redzwan would like to apologize to anyone that i might hurt your feelings..i wanna tell u all that i really love u from the bottom of my heart...there's too many memory i had with all of u..knowing each one of u make me love my life..there's happiness and sadness but i'm glad and thankful that i have someone to share it with..mostly i love my family and then him..i love all of my friends..please forgive me if i'm bad or doing wrong..most of all..i'm so happy..coz i have all of u around me..supporting me..loving me..thanks alots!!!!..


11 January 2011

Unstable Mo.od

0 bebel sama disini!
hurmmmm bila cakap je pasal mood. macam2 yang ada dalam kepala otak aku ketika ini. memang pada hakikatnye mood aku tak berapa nak blah dua tiga hari ni. sangat tidak stabil. macam2 yang berlaku dalam masa seminggu. antaranye mengenai orang2 yang tak mengenang budi dan lupa kawan. yang pada mulanya aku anggap sebagai teman rapat aku. dan pada akhirnya menikam dari belakang. Mo.oD aku sedey dan kecewa. mungkin ini adalah peringatan dan pengajaran yang terakhir supaya aku lebih berwaspada pada masa akan datang. supaya tidak percayakan orang sangat dan terlampau melibatkan hati dan perasaan dalam sesuatu hubungan perkenalan atau persahabatan. -_- 

rasanya tak payah la aku cerita ape yang diaorang dah lakukan terhadap aku. sebab ianya akan membuatkan aku jadi seperti mereka. biar la orang mengata kita dan bertindak kejam terhadap kita. tak payahla kita membalas dengan dendam dan bersifat seperti mereka. Mo.oD pasrah. haish. lupakan je la pasal mereka2 tersebut. aku dah pun selesaikan dengan cara yang baik. diaorang seperti biasa la, bila dah buat salah, senyap seribu bahasa. malu untuk berkata2 kot. aku maafkan la korang yang tak berapa cerdik dan waras dalam membuat tindakan tersebut. peace no war.! =)

Mo.oD aku berubah lagi minggu berikutnye. pasal kerja aku sekarang. aku telah dijanjikan kerja di TM cyberjaya. tapi kontrak untuk aku sain tak dapat2 lagi. bila datang kerja, macam2 masalah yang timbul. lepas satu satu. sangat menguji mental dan fizikal aku. pengurusan tak berapa nak bagus. memang menyusahkan hidup aku laaaaa.. aku cuma takut satu benda je. ye la. aku da start keje. tapi kontrak tak sain lagi. takutla nanti last minute dia cakap aku xboleh kerja situ. memang pastu nanti aku saman dia dengan keturunan dia la. tu la yang menyusahkan hidup kalau takder hitam putih ni. haish. now dia bagi aku cuti dulu sementara tunggu sain kontrak. dah pulak. menganggur la aku balik. rasa nak marah je. pastu tetiba aku dapat message fon dari bos arini. suruh datang kerja balik esok. kontrak MAYBE dapat dalam minggu ni. haish betul ke ni. aku was2 je. jangan la buat hal. aku nak bayar duit kereta bulan2 pakai ape derrr...pakai air liur. ? oh ye! pasal sesetengah orang yang suka cari pasal dengan orang lain tu. hentikan la perbuatan anda. sangat memalukan ok. anda lagi berusia dari kami. jaga la sikit air muka tu. tak berbaloi pun. =) Mo.oD kusut dan serabut. menunggu dan terus menunggu.

Mo.oD aku diduga lagi minggu ini. setelah sekian lama aku akhirnya diuji dengan hadirnye kesakitan. huhu. yes! saya sakit. saya demam! suhu saya meningkat sehingga 37'c hohoho. lepas tu diuji pulak dengan batuk2 tanpa henti dan sakit tekak yang teramat sangat. gatal sungguh tekak ini. rasa nak garu je sepanjang masa. Mo.oD sungguh terseksa, takder mood OK!


hurmmm banyak sungguh aku cerita pasal mood untuk entri kali ni. mesti bengang je orang yang membacanye panjang lebar. ops! ada orang baca ke? stalker i ek..hahaha.. lastly mood aku melibatkan anugerah juara lagu tv3. huhu. stacy tak menang. aku bengang! semua orang tahu kan sape yang menang. ana raffali. lagu dia bagi aku boleh tahan la. takder la sedap sangat. tapi kenapa dia. banyak lagi artis lain yang berbakat dan mempunyai lirik yang mendalam dan menusuk ke hati. wahaha. emosional jap. hurmm tak payah kot aku nak cakap lebih2 pasal benda alah tak puas hati ni semua. korang baca je la kat facebook. berlambak orang tak puas hati. anyway. congrats untuk artis2 yang menang bagi yang kalah korang terbaik cuba lagi tahun hadapan. wah! macam artis baca je blog aku ni. kuang2. =p

bengong kejap! unstable mood katakan. hehe ^_^
adios!

24 June 2010

From my lovely BFF..she said..

1 bebel sama disini!
Some people keep saying
"PRACTICE MAKES PERFECT"
But as for me.."PRACTICE MAKES PERMANENT"
why??
BECAUSE PERMANENT MEANS FOREVER...!!
Cause in life there is no such thing as Perfection as you will keep on improving yourself day by day..and you will never find satisfaction nor perfection!
But if its Permanent No changes needs to be made.. or you don't have to keep improving cos you know it will remain FOREVER..:)

Conclusion: ITS BETTER TO BE PERMANENT RATHER THAN PERFECTION!!


p/s : i heart u soooo much sakina...u r my bestie forever...aku happy sangat sebab berpeluang dapat kenal dengan kau...kita kawan rapat2 ek..jangan tinggal daku...hehe..u r the best!! btw..aku pinjam kata2 kau sebagai penyeri kehidupan aku...thanks babe...♥

22 June 2010

kita kawan ke??

0 bebel sama disini!
kita kawan ke?? kawan lagi tak agaknye..sebab saya tengok macam awak dah tak nak kawan dengan saya je..kenapa agaknye saya rasa macam tu ye..sebab awak macam tak layan saya dah..nak kata awak busy..semua orang pun busy jugak..awak ingat tak dulu kita selalu lepak sama2..jalan sama2..makan bersama..gelak dan nangis bersama...tapi sekarang dah tak macam dulu lagi la..kenapa ye?? saya sentiasa tertanya2..awak masih kawan dengan saya lagi tak...awak nak tahu apa jawapan saya..saya masih kawan awak..sebab walau apa pun yang berlaku awak sentiasa akan jadi kawan saya..

tapi kan..saya sentiasa rasa yang saya macam bodoh sangat sebab masih anggap awak kawan saya..awak nak tahu kenapa..?? sebab bila saya sedih..awak tak da untuk menyokong saya..bila saya ditindas..awak pun turut sama tindas saya..mungkin saya pernah buat salah dengan awak..awak pun buat salah dengan saya jugak..tapi saya dah maafkan awak..saya tak pernah berniat untuk sakitkan hati awak atau gelakkan awak..cakap2 buruk pasal awak kat belakang saya..sebab saya hormat awak sebagai kawan saya..kalau saya buat pun mungkin sebab saya kecik hati dengan awak..maafkan saya..

awak kawan saya kan?? awak nak tahu satu benda tak..saya cemburu sangat bila nampak awak rapat dengan kawan lain..bukan bermakna saya cintakan awak..saya bukan suka kaum sejenis...saya sayang awak..saya takut awak dah tak nak kawan dengan saya lagi..sebab saya tak sehebat kawan baru awak tu..saya tak sekaya kawan baru awak tu..dan saya jugak tak secantik kawan baru awak tu...awak mungkin faham apa yang saya cakap kan..saya sayang awak...

salah ke saya kalau saya susah nak lupakan kawan baik saya..ye..memang saya anggap awak kawan baik saya..mungkin awak tak tahu kot..saya tak kisah..tapi saya harap kita akan sentiasa jadi kawan..dan hubungan kita takkan putus sebagai kawan.. awak takkan lupakan saya kan?? awak jangan lupakan saya ye..saya sedih bila awak tak nak kawan saya da..saya rindu kat awak tau...saya harap kita dapat bersama macam dulu lagi..saya doakan awak semoga awak sentiasa berbahagia dan mencapai kejayaan..

p/s : tiada kaitan dengan sesiapa melainkan awak rasa ianya berkaitan dengan awak..sebab saya tahu awak pun rasakan yang sama..


20 June 2010

confused???

0 bebel sama disini!

aku tersangat la runsing dengan kehidupan yang aku ada sekarang nie....semuanye berubah sejak aku berpindah ke suatu tempat yang pada mulanya aku rasa was2 untuk menjejakkan kaki aku kat sana...setelah aku berpijak dan menapak disana..semuanya jadi serba tak kena...ada saja yang menghalang dan cuba untuk menjatuhkan aku...macam2 halangan dan rintangan...aku cuba hadapi dengan tabah...tapi aku tak setabah yang semua orang sangka...setiap malam aku memikirkan selama mana aku boleh bertahan dan sejauh mana kaki aku boleh melangkah...setiap malam juga aku cuba menahan air embun menitis dari daunnye... setiap pagi bila mata aku dibuka...aku berharap yang hari itu akan jadi lebih baik dari hari semalam...tapi ternyata ianya ibarat bulan jatuh ke riba...

tiada benda yang senang dalam dunia nie...semua kesusahan yang datang menguji aku untuk jadi lebih matang dan bersabar...setiap kesusahan yang datang aku tempuh...aku berusaha untuk mengubah diri dan hidup aku jadi lebih baik dari yang sebelumnye...tapi apa yang aku usahakan sentiasa mengecewakan hati dan perasaan aku...kenapa?? kenapa banyak sangat kekurangan dalam diri aku...?? hari2 yang berlalu.. seakan2 memberikan aku petunjuk yang aku sudah tiada harapan untuk melangkah lebih jauh...aku semakin ditinggalkan di belakang..orang sekeliling semakin laju dan jauh meninggalkan aku..aku cuba untuk mengejar...tapi aku tidak berupaya untuk berlari lebih pantas...aku semakin kekurangan tenaga...

bila suatu hari...fikiran mula menguasai diri...aku membuat satu keputusan yang tak sanggup untuk aku luahkan...aku minta pendapat dari orang yang tersayang...mereka cuba untuk membantu aku...aku berterima kasih kerana mereka2 sentiasa ada untuk aku...tapi dalam pada itu...mungkin antara mereka yang merasakan aku mengambil tindakan yang terburu2...aku mungkin berfikiran tak waras bila aku dalam keadaan tertekan...aku cuba menenangkan fikiran aku..tapi ternyata ianya semakin mengusutkan kepala otak aku...mungkin ada diantara mereka yang beranggapan aku tak patut berbuat demikian...aku cuba untuk mendapatkan persetujuan..tapi hanya hembusan nafas yang dapat aku dengar dari mulutnye...teruk sangat ke aku?? mungkin aku dah menghancurkan harapan dia...dan aku tahu aku salah...tapi apakan daya aku...aku cuma berharap dia memahami aku...

sehingga ke saat ini aku masih buntu untuk membuat keputusan yang muktamad...aku keliru dengan keadaan disekeliling aku sekarang nie...fikiran aku bercelaru untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan aku kelak...aku keliru dengan perasaan mereka2...sama ada mereka menyokong atau membangkang...sesetengah orang mungkin merasakan yang mereka mengenali aku dan memahami aku...tapi aku tak boleh salahkan mereka...sebab mereka bukan aku...dan mereka tak tahu ape yang aku rasa...

p/s : keep it to urself!!! just a note of a confused little girl....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails