23 July 2011

Eat! eat! eat! =)

1 bebel sama disini!
laju je aku hupdate apa yang berlaku semalam.. letih pun tak hilang lagi ni.. tapi aku tak sabar nak cherita.. heheee.. today seronok sangat dapat hangout dengan ofismate gurl aku.. Syida, Ayu, Janna dan Izzah serta anak buah dia danish.. =)

Izzah dan danish datang lepas solat jumaat sebab waktu solat tu takder orang nak jaga anak2 abang izah.. diaorang datang lepas je kami yang lain ni habis tengok wayang 3D Harry Potter.. kali ni syok wooo.. sebab view dari seat aku terang dan jelas la.. sebelum ni aku tengok..seat aku bahagian bawah dan bahagian tepi.. macam terbatas gitu.. hehee.. disebabkan diorang tak tengok lagi..aku pun ikutkan aje.. best jugak dapat tengok kali kedua.. =)

lebih kurang pukul 2.45 petang kami terus bergerak ke Seoul Garden.. macam yang telah kami rancangkan.. datang IOI pun sebab nak makan kat restoran ni.. kami da lama mengidam nak makan Steamboat and Grilled buffet kat sini.. akhirnya tercapai juga.. hehe.. aku dan janna dapat harga satu kepala yang murah sikit dari orang lain sebab kami tunjuk Student ID.. wahhh.. nasib baik simpan taw.. mula2 tu takut jugak kot2 dia nak scan ke ape ke.. tapi just tengok macam tu je.. awakkk tu da la lamaa pangkat student tu dah kena tarik.. tetiba je ngaku student.. cehhhh.. ape pun tak boleh.. tapi boleh dapat diskaun.. =)

best sangat dapat makan apa saje.. dari makanan seafood ke "landfood" wakakaka.. =p makan aiskrim banyak2.. syok wooo!! Alhamdulilah..kenyang perut kami semua.. sampai susah nak bangun keluar dari kedai tu.. nak dekat 2 jam lebih jugak la kami kat dalam kedai tu..masing2 perut FULL..! heheee.. ^_^ cakap banyak pun tak best.. kita tengok gambar je la.. hanya gambar dapat merungkaikan betapa seronoknye saya hari ini.. ditambah pulak dengan kehadiran si kecik yang kelakar dan banyak kerenah.. =)

 budak kaca mata 3D.. heheee


semua ada.. cakap je apa..seafood..landfood.. hehe


 sampai licin pinggan kami makan isinya.. heheee.. =)

lepas makan si danish terus nak naik benda ni.. seronok je tengok..
dia cakap..
ba bye aunty..! ba bye aunty..! 

kitaorang.. aunty2 dia.. jadi pemerhati je la.. hehe =)

ni la adik danish.. dia kelakar dan comel sangat! seronok dapat jumpa dia! ^_^ nama danish tu sama macam nama anak buah lelaki aku yang sorang tu.. perangai pun sama kot! hehee.. 

p/s : lepas hajat nak makan steambot.. =) end of the day I'm happy! nk hangout lagi!! erk..bila dapat gaji la kot..heheee..


22 July 2011

Beribu Sesalan ku =(

0 bebel sama disini!
pernah dengar lagu "beribu sesalan" nyanyian 3 suara tak? mesti lah pernah kan.. tengah famous amos kot lagu tu.. aku tahu lagu ni pun sebab follow drama Annissa kat tv3.. sedey dan syahdu sungguh lagunya.. setiap kali aku dengar mesti mood aku terus berubah jadi sedey.. sangat mencengkam jiwa.. lebih2 lagi tengok drama Annissa yang sedey tu.. tapi drama tu dah last episode dah semalam.. tapi ending dia tak berapa memuaskan hati aku.. hopefully ada la part 2 kan.. kalau nak tahu ceritanya macam mana.. best ke tak best ke? boleh tengok sendiri kat TONTON ye kawan2.. aku cuma nak share lagu yang sekarang ni aku suka sangat dengar tiap2 hari.. ulang banyak kali pun tak pe.. lirik dia best dan sedey.. tapi aku tak nak la terjadi pada diri aku.. aku cuma suka dengar je.. mintak dijauhkan la ye.. jom kita selami lirik dia..

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku


20 July 2011

one step closer =)

0 bebel sama disini!
Tinggal lagi sebulan lebih je lagi majlis perkahwinan my sis dengan tunangnye yang bakal berlangsung sekali with my bro dengan pasangannya.. I am sooo excited for a big day.. ^_^ oleh itu pelbagai persiapan telah dimulakan.. catering, khemah, pelamin, kad kahwin dan macam2 lagi.. aku pulak jadi seronok bila dapat tengok sendiri mereka buat persiapan.. aku pun baru je apply cuti untuk majlis mereka.. 4 hari bekerja shift malam aku dah di apply untuk cuti.. al kisahya nak ambik 3 hari je.. tapi macam tak berbaloi je.. sebab aku cuti 2 hari.. then masuk kerja sehari pastu amik cuti 3 hari.. baik aku cuti straight je kan.. hehe.. so jumlah cuti aku 8 hari la for the wedding.. heee.. macam aku pulak nak kahwin kan.. =)

berharap agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.. aminnn.. so this is some picture yang aku tangkap beberapa hari yang lepas..

cik aien tengah tempah kad kahwin. =)

 my big bro n lil bro tengah sibuk mencuci lantai di luar rumah. =)

my dad kat belakang tu also bekerjasama.. =)

p/s :  one step closer to the wedding..!! will update more bout the upcoming wedding..! =)

11 July 2011

Unexpected day! ♥

2 bebel sama disini!
Semuanya bermula pada 10 July 2011.. pagi tu aku terjaga dari tido awal dari sepatutnya.. pukul 4 lebih aku dah terjaga.. akibatnya aku terus je online sebab aku bangun dalam terkejut.. semerta aku jadi segar.. aku memang malas nk gerak pagi tu.. terbaring je atas tilam.. mandi pun lambat.. padahal pagi tu.. si dia dah ondaway dari perak untuk berjumpa dengan aku.. sepatutnya aku keluar sehari sebelumnya.. tapi di cancelkan sebab aku tak sedap hati nak keluar dengan perhimpunan yang aman la sangat tu berlangsung pada hari tersebut.. menyusahkan orang betul kan.. haishh.. okay.. berbalik pada cerita tadi.. disebabkan kemalasan aku untuk bangkit dari tilam.. membuatkan aku lambat bersiap pagi tu.. sampaikan si dia dah sampai depan rumah dan dijemput masuk oleh abang aku sendiri.. aduiyaii..sorry la buat awak tertunggu-tunggu.. =[

kami gerak dari rumah pada pukul 10 pagi.. kami terus menghala ke The Mines.. cadangnye mahu ke Alamanda je.. tapi bila difikirkan balik.. kat putrajaya tengah berlangsung pesta floria.. hari ahad pulak tu.. confirm ramai orang bersesak2.. dah la semalam perintah berkurung.. eh betul la kan.. korang keluar rumah ke waktu perhimpunan tu..? sampai je di sana kami terus beli tiket wayang Transformers 3D.. hohoho..memang aku baru nak tengok.. nak buat macam mana.. huhu.. waktu jalan2 sementara nak menunggu wayang kami start.. time tu ada lebih kurang 45 minit sebelum start.. si dia cakap ada hal penting yang dia nak bagi tahu aku.. tapi si dia tak tahu nak mulakan macam mana.. hmmm.. risau aku dibuatnye sebab muka dia memang serius dan sedih.. ehh.. memang la sehari sebelum tu kami ada gaduh..tapiii dah settle kan..? aku pun cakap kat dia.. kita lepak starbucks sambil minum dan cakap kat situ je.. so here it is the  conversation between me, him, and on the phone with my sis and my mum..

Si dia : "sayang.. sy sebenarnye nak mintak breakup dengan awk.. hubungan kita dah tak nampak hala tuju nye ke mana.. sy nak tamatkan hubungan kita ni" (aku sentap habis bila dia cakap macam tu)
Aku : "awk main2 kan..?? (walaupun muka dia time tu serius habis) ..ape yang buat awk tiba2 nak putus dengan sy..??" 
Si dia : "sy tak nampak hubungan kita ni kemana.. kalau kita putus awk boleh jadi kawan sy lagi kan..??" (aku betul2 terpinga2 time tu..lama jugak aku berdiam sebab tak tahu nak cakap ape)
Aku : "kenapa tiba2..? apa punca yang awk tiba2 nak mintak break up dengan sy..?? u must have a good reason for this.." (dalam keadaan tenang ok.. lagipun aku memang blurr habis time tu.. tak boleh terima)
Si dia : "sy dah ada orang lain.. orang lain yang lebih sesuai untuk sy kat sana.." (serius habis muka dia..waaaa.. rasa nak nangis aku time tu..pastu dia cakap lagi..) "kejap2.. bagi sy masa kejap.." (then dia tinggalkan aku kat kerusi starbucks tu selama beberapa saat.. tak nampak langsung kelibat dia.. fikiran aku dah melayang ke mana aku pun tak tahu.. aku dah tak nampak dah orang kiri kanan lalu lalang.. hmmm..then dia datang balik..)
Si dia : "sy sebenarnya memang nak break up dengan awk.. tapi bukan sebab sy tak cintakan awk lagi.. tapi sebab sy nak jadikan awk lebih dari jadi girlfriend sy.." (dia keluarkan kotak cincin dan bukakkan depan aku.. satu cincin emas putih bertatah diamond diletakkan atas meja..)
Si dia : "Will you be my fiancee..?? if you do.. take the ring and sarungkan kat jari awk.. or you can close the box.. but if you close it mean u have reject me.." (my heart that time pounding very fast than usual.. hanya tuhan je yang tahu..)

erk..he proposed me..?? really?? like seriously..?? aku memang tak tahu nak buat dan cakap ape waktu tu.. berbelah bagi aku nak amik cincin tu.. lama jugak aku tenung kotak cincin tu dan sesekali aku pandang dia yang masih tertunggu2 jawapan aku..

Si dia : "kalau tak percaya.. awk boleh call mak.. call aien dan tanya diaorang.. sy dah pun bincang dengan keluarga awk tentang hal ni.. mummy dan baba pun sokong apa yang sy buat.. satu family sy teman sy beli cincin ni untuk awk" 
Aku : "bila exactly awk bincang dengan diaorang semua tentang hal ni..? bukan ke kita dah sepakat yang benda ni lama lagi.."
Si dia : "before 2nd of july lagi.. before our 5th anniversary sy dah bincang dengan diaorang.. sepatutnya sy lamar awk waktu tu.. tapi awk kan tak dapat cuti hari tu.."
Aku : omg! omg! omg! dalam hati aku meronta2 nak jerit.. betul ke ni..? betul ke ni?.. "awk serius ke ni..?" (aku boleh tanya soalan bodoh padahal depan mata aku dah ada kotak cincin dengan muka serius dia tu)
Si dia : "sy pun dah cakap kat abang awk sebelum kita keluar dating waktu awk tengah bersiap pagi tadi.. sy dah bagi tahu sy nak melamar awk dan abang setuju.." (aduiyai..padahal pagi tadi aku tengok abang aku dan dia macam biasa je..pandainye cover..terus aku call aien time tu jugak)
Aku : "aien..kau dah tahu ye pasal hal ni..?"
Aien : sebelum dia cakap dia dah gelak dulu macam tahu je aku tanya pasal ape.. "eh..kau dah jumpa dia ke.. a ah..seminggu yang lepas dia call..dan dia dah cakap dengan mak pun.. tapi mak tak kasi ain bagi tahu kau dulu..mak suruh rahsia..hehehe" (aien pun pass kan phone kat mak)
My Mum : "minggu lepas lagi dia dah call mak cakap pasal hal ni.. dia cakap kat mak.. dia nak memperisterikan kau.. elok lah kalau dia nak buat macam tu.. mak tak kisah.. dia dah mintak kat mak dah.. tak payah pikir pape lagi.. terima je la.. yang lain tak payah la kau risaukan.. terpulang pada kau"

aku rasa nak nangis je bila mak cakap macam tu.. it's not the exact word mak aku cakap macam tu.. tapi gaya mak cakap tu memang betul2 menyokong dan sangat bersetuju.. dan tiba2 aku menangis kat situ jugak.. depan dia.. dan mak kat phone..aku terima dengan hati yang ikhlas dan aku menuruti kata2 mak aku..dan aku yakin kata2 dari seorang mak adalah yang terbaik untuk anaknya.. aku hulurkan tangan dan cincin pun disarungkan oleh si dia.. amik masa selama 20minit jugak untuk aku berfikir sama ada mahu memakai cincin tersebut tanda aku bersetuju atau tidak.. kesian dia.. sorry buat awk tertunggu2.. patutnya sy tak ambil masa yang lama macam tu untuk accept awk.. aku terlampau banyak fikir.. mungkin time tu aku rasa terlalu awal untuk aku jadi tunangan seseorang kot..hohoho...

so here i am ENGAGED TO HIM on 10 July 2011.. alhamdulilah..dengan izin dari Allah..


perasaan aku lepas terima cincin tu.. berbunga2 kot..heee..sekejap2 aku mesti belek cincin kat jari aku tu..then "betul ke ni? betul ke aku da jadi tunang orang ni..?" heeee..dia kat sebelah aku cuma tersenyum bahagia je.. ^_^ dan setiap kali dia panggil aku ni tunang dia..aku macam tak percaya je..serius memang segan betul aku bila dia panggil macam tu.. tapi dalam segan2 tu hati aku berbunga2..cehhh..malu2 konon..hehehe.. It was a biggest and happiest day of my life..!!! well perkara ini belum lagi dikhabarkan pada sedara mara atau keluarga yang terdekat.. ini pun hanya sebagai hantar tanda dari pihak si dia.. will announce it very soon when i'm ready.. =)

p/s : sorry la kalau conversation tu buat si yang tengah membaca ni rasa mcm berdrama tapi itulah realiti nya.. bukan adaptasi dari novel mana2 ok.. =)
I'm so thankful.. and happy.. ^_^ ♥♥♥

04 July 2011

Wedding kak D!! =)

3 bebel sama disini!
3 July 2011 - Bandar Tun Hussien Onn, Cheras.. merupakan hari yang paling bersejarah buat kawan se-training aku waktu kat TM cyberjaya.. di sini berlangsungnya majlis perkahwinan antara Diyana dan suaminya Jasri.. sangat cantik diyana pada hari tersebut.. for your information, aku cari rumah dia pakai google maps je.. terima kasih google maps kerana telah membantu.. al maklumla.. gambar maps yang diyana share kat facebook tu tak berapa jelas di pandangan mata aku.. so amik la initiatif yang lain ye tak.. teknologi kan makin canggih.. nasib baik aku tak sesat.. sekejap je aku dah boleh jumpa rumah dia.. walaupun ada sekali dua aku tersilap masuk jalan.. tapi boleh u turn balik hape.. well diyana.. Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat di samping orang yang tersayang.. >_<

[click picture to enlarge for good resolution picture]






p/s : sempat la jugak aku hamik beberapa keping gambar walaupun tak banyak.. happy for her!! who's next?? heeeee >_<

5 years ♥

0 bebel sama disini!
two days ago on second july was my 5th anniversary!! dah lima tahun saya mengenali si dia! hopefully berkekalan dan berpanjangan usia perkenalan kami berdua.. haritu tak sempat nak hupdate kat sini.. saya ni bz la sangattt kan.. ape pun tak boley! hehe.. well hari tersebut jatuh pada hari sabtu.. sepatutnya boleh la keluar berdating tapi apakan daya hari itu saya kerja.. tak boleh nak apply cuti sebab supervisor tak kasi.. ada orang dah booking cuti on that day.. no empty space for me.. huhu.. its ok.. so dating nye di postpone ke next week.. hope jadi la ek.. excited nak keluar dengan dia lagi.. rinduuu dah sebulan lebih tak jumpa.. hehe.. >_<


I love You..!! Happy 5th Anniversary!! 
♥♥♥♥♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails