28 August 2014

Syawal 2014

0 bebel sama disini!
Assalammualaikum.. ^_^

First of all.. aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin.. Masih belum terlambat untuk diungkapkan walaupun syawal dah pun berakhir.. Sorry lah sebab tak sempat nak update.. masa tu ada tapi banyak buang masa buat benda lain.. hehehe..

Okay.. ada apa dengan raya tahun ni? Raya tahun ni betul2 berbeza dengan tahun2 sebelumnya.. sebab apa aku cakap berbeza? Ada macam2 sebab.. :D ecece seteriktodapoint je la wawa oii.. okay2.. berbeza sebab tahun ni aku raya dah ada suami.. yayy.. disebabkan ini tahun pertama beraya sebagai suami isteri.. memang pada awalnya dah bincang nak balik kampung siapa dulu.. sayang isteri kena la beralah ye tak.. ofcourse balik negeri sembilan sebab dah sah2 duduk perak dari mula2 kahwin kan.. nampak tak winning point disitu.. hahaha.. :p but sadly tahun depan kena raya perak dulu.. sistem giliran katanya.. okay2 tiada bantahan.. (dalam hati dah plan raya kedua balik kampung saya pulak.. hahaha)

Tahun ni memang payah betul nak cari baju raya.. takde satu pun yang berkenan di hati.. Kononnya nak bergaya sedondon dengan si suami.. suami pulak satu jenis tak suka pakai baju melayu sepasang.. bila pikir2 macam rugi pulak kalau beli yang baru sebab baju2 melayu dia yang tahun2 lepas tergantung macam tu je dalam almari.. disebabkan oleh itu, baju raya aku tahun ni memang ikut kaler baju lama dia je.. senang kan.. tapiii.. saiz tubuh badan aku yang makin bertambah sebab my baby junior tengah membesar kat dalam perut mama dia.. ^_^ jadinya memang payah nak cari saiz baju.. Last2 aku beli jubah je.. yang penting ada..

Tahun ni suami cakap barulah dia merasa beraya kat rumah2 kampung.. merasa suasana raya di kampung.. sebabnya atuk nenek dia pun dah takda.. so takda kampung nak balik.. Tapi tu la.. sampai raya kedua je kat kampung juasseh.. kena la beraya kat ipoh pulak kan.. rasa sekejap je.. alkisahnya suami dah dapat rumah sewa kat tapah.. balik awal supaya dapat bersihkan rumah dan pindah masuk barang sementara suami bercuti raya.. Dah berbulan kahwin baru ada kesempatan hidup berdua di rumah sendiri walaupun menyewa.. Alhamdulillah.. :) pada 9 ogos 2014 bermula lah kehidupan kami suami isteri berdikari.. cewah..

Pada bulan syawal ni jugak kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa.. salah satunya insiden kapal terbang MAS yang ditembak jatuh pada bulan puasa yang lalu.. pada syawal yang ke 26.. beberapa jenazah rakyat malaysia yang telah dikenalpasti dibawa balik ke malaysia.. aku yang menonton siaran langsung di TV istiadat ketika jenazah dibawa turun dari kapal terbang jadi sebak bila memikirkan perasaan waris ahli keluarga mangsa.. Semoga mereka tabah dengan dugaan yang menimpa.. Al-Fatihah.. :(

Ape lagi nak cerita pasal bulan syawal tahun ni ye.. rasanya takde dah.. semuanya berlalu seperti biasa.. tahun depan insyaAllah beraya bertiga pulak bersama2 dengan junior.. lagi 2 bulan lebih.. tak sabar nak sambut junior lahir ke dunia.. doakan aku dan junior sentiasa sihat ye.. insyaAllah.. amin.. di kesempatan ini juga aku nak mintak maaf sekiranya ada salah dan silap aku terhadap sesiapa yang mengenali aku..

Okay till next entry.. take care!

02 July 2014

In Relationship

0 bebel sama disini!
Assalammualaikum..
Sebelum bercerita pasal tajuk 'in relationship'.. di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak.. tahun ni bermula la kehidupan berpuasa sebagai isteri orang.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa penuh pada tahun ini, InsyaAllah.. harap2 aku mampu untuk berpuasa bersama suami dan junior yang Alhamdulillah makin membesar dalam rahim aku (^_^).. of course atas nasihat dari doktor kalau aku makan sahur dan vitamin yang doktor bagi bolehla bertahan sampai ke petang.. risau itu selalu ada.. tapi insyaAllah aku takkan paksa diri kalau terlalu memudaratkan.. Doakan me and junior sentiasa sihat ye awak! who read this :)

ohhh boleh dikatakan me and junior pun sebenarnya now in relationship la kan.. sebab dia boleh rasa aku dan aku boleh rasa dia.. subhanallah hanya tuhan yang tahu bahagia nya rasa bila dapat merasa setiap detik perkembangan junior dalam diri aku.. Alhamdulillah.. lagi 2 minggu usia kandungan aku nak masuk 6 bulan.. aku dah boleh rasa pergerakkan dia.. jantina dia pun kami suami isteri dah tahu.. tak sabar sebenarnya nak tunggu kelahiran junior.. semoga dia sihat, sempurna sifat akal dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin..

Berbalik kepada tajuk 'in relationship' sebenarnya aku nak cerita pasal tarikh harini.. 2 julai merupakan tarikh di mana genap 8 tahun aku mengenali lelaki yang bernama sabri.. Dia yang dulunya cuma kawan biasa.. menjadi geng.. kawan baik.. dan akhirnya kami jatuh hati pada satu sama lain.. 2 julai adalah tarikh di mana kami membuat keputusan untuk lebih serius in our relationship.. aku bahagia bila bersama dengan dia.. walaupun ada pelbagai dugaan antara kami dan ditambah pulak dengan cakap2 orang tentang kami.. maklum saje lah dengan fizikal kami yang tak serasi.. tapi semua tu bukan penghalang.. yang penting we love each other dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri masing2..

Alhamdulillah.. fasa relationship kami berkembang sehingga mengikat tali pertunangan.. dan akhirnya kami berkahwin pada 1 november 2013.. rasa sangat bersyukur dengan kehadiran dia yang selama ini sentiasa sabar menjaga dan menyayangi aku sepenuh hati dia.. Terima kasih sayang! (^_^) aku sentiasa berharap dan berdoa agar hubungan kami berkekalan hingga ke syurga.. amin.. Dia adalah suami yang terbaik buat aku.. dan yang paling istimewa ialah anugerah dari Allah dengan bakal kehadiran junior dalam hidup kami berdua nanti.. InsyaAllah

Well, bulan julai is one of my favourite month in a year.. sebab bulan ni jugalah dia melamar aku.. iaitu pada 10 haribulan.. hehehe.. tak pernah lupa saat2 manis tu sampai lah sekarang.. and I will never get tired to talk about him and our relationship all over again..
thanks baby! I love you so much..
Happy Anniversary sayang! (^_^)

06 June 2014

Update ke?

0 bebel sama disini!
Assalamualaikum, hai kepada yang sedang membaca. ^^,
Dah lama aku tak membebel kat sini sorang2.. hihi
Tahu tak berapa lama???
Sudah setahun lebih sejak 1 november 2012 entri blog post yang terakhir.
Alahai laa wawa disiplin sikit okay lepas ni. :p

Nak dijadikan cerita, macam2 perkara yang dah berlaku dalam setahun lebih yang lalu. Sambungan kepada entri terakhir aku. Al kisah lepas dari kejadian tu. Tiada lagi aktiviti bersama keluarga C. Atas sebab2 tertentu boss telah membuat undian dan memecahkan kami kepada kumpulan yang lain. It was sad at that moment sebab kitaorang dah lama kerja sama2, makan sama2, happy sama2. Tapi tak sangka one day kena berpecah ke group yang lain.

Memula bekerja dalam group yang lain tu aku agak kekok la sikit. Tapi lama2 dapat sesuaikan diri dengan kawan sekerja yang baru. It was not bad after all. Group baru aku namanya group Y. Tapi tak lama pun aku dapat bekerja dengan group yang baru ni sebab pada akhir bulan oktober 2013 aku telah pun meletakkan jawatan sebagai censorship editor,HyppTv.

Keputusan untuk berhenti kerja ni pun dah lama sebenarnya aku fikirkan. Sejak dari aku bertunang lagi. Al maklumla encik tunang menetap dan bekerja di perak, disebabkan itu bila nanti aku menjadi isteri dia yang sah kena ikut suami la ye tak. After berhenti kerja di akhir bulan oktober, bulan november aku dan encik tunang pun berkahwin. ^^, kisah tentang tu aku cerita lain kali la pulak ye. Okay lah, that's it for now throwback aku pada kali ini. okay bye :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails