29 October 2012

Officially Engaged ♥♥

0 bebel sama disini!
Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah....
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya..
pada tanggal 13 oktober 2012 telah berlangsungnya majlis pertunangan aku dan dia..♥ hubungan yang telah terjalin selama lebih hampir 6 tahun perkenalan telah pun secara rasminya di ikat oleh kedua belah keluarga kami.. semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan dalam majlis kami tapi dapat diatasi.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. ku mohon agar hubungan ini berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

pada hari tersebut.. sebelah paginya merupakan majlis bacaan tahlil untuk arwah nenek yang baru saja meninggal dunia pada 9 oktober.. Al-fatihah.. pemergian nenek yang tak dijangka dan semua masih merasa sedih kerana tiada lagi pelapis yang bergelar mak dan ayah kepada anak2nya.. nenek dan atuk kepada cucu2nya.. serta moyang kepada cicit2nya.. semoga roh mereka dilimpahi dan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin... of course perasaan serba salah itu menyinggah dalam hati aku.. nenek baru saja meninggal takkan nak teruskan dengan majlis pertunangan ni kan.. tapi mak cakap.. kita manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.. perkara yang dah terjadi tak boleh dielakkan.. perkara yang dah dirancang perlu diteruskan.. dan Alhamdulillah majlis pertunangan berlangsung pada sebelah petangnya dan semua berjalan lancar dengan izin dari Allah swt.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga di tujukan kepada semua ahli keluarga aku.. dan semua sedara mara dan tetamu yang telah hadir dan banyak membantu dalam menyempurnakan dan memeriahkan majlis.. juga mohon dimaafkan sekiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

♥ goodies bag + DIY mini pelamin ♥

♥ DIY candy buffet ♥

♥ Hantaran for Him ♥

♥ Hantaran for Her ♥

♥ Perbincangan antara wakil pakcik2 kami berdua ♥

 ♥ MOMS ♥

♥ Alhamdulillah.. we are officially Engaged! ♥
Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.. amin..
>_<

25 October 2012

"Onyomat Geset Go" (siap sedia)

0 bebel sama disini!
Semuanya bermula pada tahun yang lepas iaitu 2011 apabila aku telah dilamar oleh dia secara "amareka" nya.. haha.. dia terpengaruh dengan movie and tv series lettew.. boleh baca kisah lamaran tersebut kat [sini] dah baca tu nanti sila jangan muntah.. itulah realiti hidup saya dan saya bahagia.. sekian terima kasih.. =)

setelah episod lamaran itu.. kami berdua menjalani kehidupan seperti kebiasaannya.. tiada yang berubah cuma bila dah masuk ke tahun 2012..kami mengambil keputusan dan bersedia untuk mengikat hubungan ini dengan lebih erat.. Alhamdulillah, tiada halangan dari keluarga kami.. cuma mungkin ada sedikit kesulitan tapi itu biasalah.. adat kehidupan..

segala persiapan telah dibuat 2 bulan sebelum majlis nya berlangsung.. tempah baju tunang, beli cincin, beli barang2 hantaran, beli barang2 goodies dan juga bahan2 untuk membuat perhiasan seperti bunga tisu dan bunga kipas kertas.. semuanya DIY (Do It Yourself) untuk mengurangkan bajet dan tidak mahu berlebihan.. persiapan untuk majlis dibantu oleh my lovely mak dan 2 orang kakak ku, hana dan aien.. mereka yang banyak membantu dari bab membuat perhiasan, menempah kek, mengubah hantaran, menempah katering dan lain2.. terima kasih yang tak terhingga juga di atas jasa baik semua ahli keluarga yang lain yang sedia membantu.. love you all very much.. cewahhh.. >_<

moh ler kita tengok sikit persiapan dua bulan sebelum majlis berlangsung..

 kak aien kita dengan bunga kipas kertas nya.. cantik kan warna warni..

bunga kipas kertas warna ungu untuk background

bunga untuk hiasan hantaran cuma pakai crepe paper.. kak hana yang buat ni.. chantek kan.. =)

 bahan2 untuk membuat props =)
 
 inilah dia props yang sempat aku DIY sendiri.. walaupun tak berapa nak chantek dan kemas.. tapi okaylah sekadar untuk berposing 2 3 saat..

yang ni pulak group whatsapp kami adik beradik.. abang ajam yang create group ni sejak 11/2011.. kesemua 6 adik beradik suka bergosip and sharing kat sini.. oh sila buat tak nampak muka cik aien ada dua.. sebab dia guna 2 nombor..haha.. nak gosip dan bincang pasal majlis aku punya pasal.. siap tukar title group jadi "Pertunangan cik awa 13/10".. okay sesapa yang guna whatsapp tu tahulah kan title tu boleh diubah2.. whatsapp salah satu medium untuk kami berhubung selain call dan message.. al maklumla freeee.. ada emoticon banyak.. fon pulak semua yang ada wifi.. selalu ler online ye tak.. =D

 ini pulak tempat sarung cincin nanti.. belum ada hiasan background lagi time ni.. suci dan murni lagi dinding rumah mak abah aku ni.. banyak jugak cabaran nak memasang background dia.. gam tak lekat la.. pastu asyik tercabut je kertasnya.. hoho..

antara komen2 adik beradik aku lepas share gambar kat whatsapp..
lepas tu ni lah yang jadi....
...
...
lepas satu satu bunga kipas kertas tu terbang sebab gam tak lekat.. hahaha.. sabor je la ye tak.. abah aku cakap.. "macam durian gugurnya bunga kau ni wa" aku pun cakap "dah gugur tu boleh lah kita makan buahnya bah.." hahaha.. abah pun pandai ngacau aku kan.. tapi alhamdulillah.. masalah bunga kipas gugur ni dapat diatasi dan sewaktu majlis tu berlangsung tak da satu pun yang gugur dan terbang.. =)

ini lah baju yang aku pakai waktu majlis tu.. kak aien kita yang rajin tu adalah jahit tangan tambah2 manik sikit.. mekaseh ye.. =)

terasa macam entri ini agak panjang lebar.. cukuplah setakat ini sahaja.. sedikit sebanyak cerita sepanjang persiapan.. lepas ni saya update pasal hari tersebut pulak okay.. sekian.. =)

20 October 2012

Hot Air Balloon with love

0 bebel sama disini!
.....tengah duduk sliding gambar-gambar dalam galery phone.. keluar pulak gambar waktu awal tahun bulan 3/2012.. teringat waktu tu pergi tengok belon panas dengan si dia.. tapi tak pernah hupdate kat blog ni.. mungkin lupa kot.. atau mungkin takda masa.. atau dengan lebih tepatnya malas nak menaip.. lepas tu pulak dua tiga hari yang lepas sembang2 dengan yati pasal t-shirt yang aku pakai.. beli dengan dia waktu tengok belon panas tahun lepas.. boleh baca entri belon panas tahun lepas kat sini.. [Belon Panas 2011]

Tahun ni dapat tengok belon panas dengan orang tersayang.. seronok dapat share moment tu dengan dia.. sebab dia pun tak pernah berkesempatan nak tengok sebelum ni sebab dia kan orang jauh.. nasib baik waktu dia datang ke sini tu sama waktu nya dengan acara belon panas ni.. so boleh la posing gambar 2 3 keping sebagai kenangan.. lets scroll down to see the picture.. =)








>_<

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails