20 September 2011

Open House cik yati ^^

0 bebel sama disini!
10 September 2011, Bangi ( rumah manis rumah cik yati ) ^_^

 Girls
 Boys

 Baby tembam yg comeyyyyy.. =) berat woo dukung dia.. sekejap je larat.. huhu =p
 masing2 duduk jarak.. sebab nak crop gambar punya pasal..hahaha..

after eating.. movie!!! 
oh ini budak kecik suka panggil sy yg kurus kering ni aunty gemokkk..
"xpe abg..aunty suker sebenarnye..xpernah org panggil aunty ni gemokk" hehehe.. oh.. dia la hero of the day yg saya sukerrr.. he's so funny and cute.. bkn yg korang *bahan tu ye..

p/s : Thanks to cik yati and family kerana telah menyediakan juadah hari raya yang sangat sedap dan menyelerakan.. =)

08 September 2011

Hari Raya Pertama ku di perantauan

0 bebel sama disini!
Dalam entri aku yang sebelum ni aku dah war-war kan yang aku tak dapat balik beraya kan..so memang betul la aku tak balik.. (-_-) takdernye tetiba boss aku nak cakap.."okay esok raya!! semua boleh cutiii.." tak payah lah kauu nak mengharap dek nonnn oiii.. so tahun ni buat pertama kalinya aku beraya di perantauan.. walaupun beza jaraknye cuma 2jam perjalanan je ke rumah dari ofis.. but still jauh jugak la tu kann.. hari raya pertama tak dapat nak bersalaman dengan mak dan abah serta adik beradik yang lain macam selalunye..walaupun tak dapat berhari raya bersama keluarga, mereka tetap dalam ingatan..tahun ni dapat beraya dengan ofismate pun seronok jugak.. terima kasih kepada team C kerana memeriahkan hari raya aku.. love you all strong2 la.. hehe ^_^

seperti kebiasaanye hanya gambar yang dapat mengambarkan betapa seronoknye berhari raya bersama kawan2 yang sporting habissss.. pengalaman hari raya pertama ku di perantauan yang tak boleh dilupakan.. =)
pelbagai juadah makanan yang tersedia.. masing2 bawak makanan dari rumah dan kampung.. ditambah pulak dengan kek custom made yang di bawa oleh kimie.. aduiii makkk aiii...semuanye sedap =)

makan beramai2 di pagi hari raya..adalah kewajipan walau dengan siapa dan dimana pun kita berada.. begitu juga dengan photoshoot yang melampau banyaknye..sangat bahagia rasanye dapat berkongsi dengan mereka.. =) 










Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua ^_^

p/s : ni baru sikit gambarnye..banyak lagi kat facebook..boleh la tengok mereka2 ni berposing sakan..hehehe.. apepun hari raya pertama saya best!! nasib baik tak sedey dan nangis.. thanks to them..love you all ketat2..hehehe..

Pre-Raya buat ku

1 bebel sama disini!
kenapa harus ada pre-raya untuk aku.. wahhh..mentang2 la sekarang ni tengah hot pasal pre-wedding.. raya pun kauuu nak pre jugak..nevermind laaa..ekceli harus la ada pre raya untuk aku.. sebab raya aku tak dapat balik kampung.. kerja weiii.. tak pernah2 aku raya tempat lain.. selalunya malam raya dan raya pertama mesti ada kat rumah tu.. aduiii makkk aiiii.. ting tong kepala otak aku beberapa hari sebelum nak raya tu.. sekarang ni aku nak cheritaa sikit la apa yang berlaku beberapa hari sebelum nak raya.. so this is my pre-raya.. tahun 2011 adalah tahun yang amat2 berbeza sekali untuk aku.. sejak dah kerja dan bergaji ni.. semuanya aku kena buat sendiri.. kata orang sudah tiba masa untuk kau berdikari.. jangan harapkan orang lain.. sooo.. ye laaa..

duluuu bila minggu pertama puasa je.. mesti dah fikir dah nak beli ape untuk raya nanti.. minggu kedua confirm dah beli laaa orang cakap.. tapi sekarangggg... lagi 5 hari nak raya ni.. satu ape pun tak beli lagiii.. tak pikir pun nak beli apa...

duluuu kalau shopping barang raya mesti berteman.. waktu kecik2 shopping dengan mak ayah.. ape nak mintak je.. waktu study shopping dengan encik boyfren.. tapi sekaranggg.. mak ayah pun dah tak larat nak melayan anak dia yang besar dah ni.. dah bergaji kan.. encik boyfren pun dah menjauh.. ape lagiiii.. shopping sesorang la jawabnyee.. bayar pun sendiri.. siap boleh support duit shopping my lovely sis and my adik kacak.. orang cakap kalau ada rezeki lebih tu.. tak salah kita berkongsi sama2 kan.. yang penting happy.. =)

duluuuu sehari sebelum nak raya barulah sibuk nak mengemas rumah.. pasang langsir.. tukar kusyen sofa.. sapu rumah.. keluarkan gelas2 yang cantik tersimpan dalam almari..bila nak raya je baru keluarkan..hehe..tapi sekaranggg.. disebabkan tak der orang nak tolong my sis mengemas nanti disebabkan adiknye ini sehari sebelum raya kena kerja..sooo awal dari biasa la sesi mengemasnye..at least aku merasa la sikit mood bakal menyambut raya tu kan..huhuuu..

dua hari sebelum nak raya tu aku dah terpaksa balik ke cyberjaya untuk bekerja.. dalam perjalanan balik tu.. al maklum la sejak dah drive sendiri ni.. drive sesorang pulak tu.. jalan aku ke bandar lancar je.. jalan menghala ke kampung..sesak habisss..sedey hati aku time tu..dah separuh jalan da ni..nasib baik aku tak patah balik ke rumah.. hehehe.. balik cyber pun aku kena menumpang kat rumah kawan se ofis.. sebab takut nak duduk sorang2 kat rumah bangi..hmmm..apelahh nasib.. =(

sehari sebelum raya kena bekerja.. ohhhh sayuuu nyee rasa.. dapat pulak kawan2 yang baeekkk punya duk psycho aku sebab aku tak dapat balik beraya.. ada la sekali tu ter-nangis pulak..tapi sekejap je laaa.. huhuhu..sodey sodey sodey.. bila sehari nak raya ni.. terkenang pulak mak dan akak kat rumah tu yang takder assistant yang rajin sesangat niii (aku laaa tuu).. tapi sebelum aku balik ke ofis tu.. mak dah masakkan rendang untuk aku.. aku ler yang mengacaunye sampai kering.. merasa la jugak rendang mak..kalau tak lagi sayuuu la akuu..
sedaaapp rendang mak.. terbaeekkk!!

malam raya pulak.. pertama kali aku drive viva tu ke KL.. tak pernah2 aku drive sendiri ke KL.. pergi pulak Jalan TAR.. takut pun ada jugak..takut sesat dan takut banyak kereta.. hmmm semuanya ok dan lancar waktu sampai situ.. tapi bila sangkut dalam jam.. semua kereta nak cepat je jalannye.. sangat geram bila ada sorang mamat ni bawak kereta nak berlagak dengan awek kat sebelah dia..rapat giler cucuk kereta kancil kat sebelah aku.. cicak pun tak boleh lepas la..nak mengambarkan betapa rapatnye dia cucuk..bila kancil da ke depan kereta aku.. dia cucuk kereta aku pulak... sreettttt bunyinyer habis calar kereta aku.. geram giler aku.. semua yang ada dalam kereta aku waktu tu.. tenung mamat berlagak tu sampai dia tak senang duduk.. dapat pulak simbol geram dari jari aku ni.. memang tak berani nak rapat da lepas tu.. tunduk je bawak kereta.. bodohhh habisss mamat tu..!!! hmmm.. aku maafkan la kau.. sebab ko bodoh aku tak nak diskriminasi terhadap orang bodoh.. sooo i let it go.. sepanjang berjalan kat Jalan TAR tu.. satu ape pun aku tak beli.. sesak dengan orang.. panas nye lagi.. memang mood nak bershopping tu tak sampai ke dalam jiwa..hehe.. so aku bersiar2 je la kat situ.. aptb kan..hahaha..

soooo setakat itu je laaa yang berlaku dari beberapa hari sebelum raya sehingga la ke malam raya aku.. banyak dugaan dan cabaran yang berlaku..ku tempuh dengan hati yang cekal..walaweyyy.. bermadah pulak kauuu..hahaha.. ok la.. babaiiiii... ^_^

05 September 2011

Singgah Sahur kami..!

1 bebel sama disini!
just nak update picture di bulan ramadhan bulan lepas.. hari terakhir kerja shift malam kami bersahur bersama.. tapi mengikut gender masing2 keluarnye.. kami yang gegurl ni upload gambar kt FB terus lepas tu yang boboy pulak upload gambar mereka bersahur jugak.. cuba tengok betul2 perbezaan antara dua gambar di bawah ni.. menurut seorang pelaung pulau (hehe).. gegurl lebih berstandard dari boboy.. ooomaiigoddd.. no no no.. kami biasa2 je ok.. orang cakap dah nak last2 puasa ni..special la sikit kan..hehe..


pelaung pulau caption's :  meja kemas dan cantik bersih, air dan makanan dalam bekas yang sangat proper siap ada tray, berhawa dingin dan sejuk mata memandang. sahur yang selesa.

balas caption pelaung pulau : memang bersih dan selesa tempatnye.. tak boleh nak cakap ape.. sebab klau dine-in memang dia bagi makanan dalam tray kan.. tapi semua kena buat sendiri.. kena beratur untuk place order.. angkat tray sendiri.. sos amik sendiri.. straw pun letakkan sendiri.. sedeyyyy!!! hahaha..


pelaung pulau caption's : air dihidang dalam cawan yang sumbing, tisu bersepah, kotak rokok dan lighter bersepah, jangan kata ada tray, ashtray pon takde. masing2 muka ganas sebab tak puas hati main PES sebelum tu. ini kejam.

balas caption pelaung pulau : cawan lebih better dari cawan kertas kot.. masalah bersepah adalah masalah pengguna tu sendiri yang bersepah kepalanye sebab kalah main game kot.. hehe.. kelebihan anda, dapat layanan dari mamak yang setia berdiri menunggu order, hantarkan pesanan di meja, dapat udara segar waktu pagi buta, oh oh yang paling penting.. kalau ada yang kurang.. boleh jerit je mintak kan.. p/s: boleh ke kat mcD jerit "ais kosong satu" xdapat kan..? hahaha..

boleh baca entry berkaitan sepanjang bulan puasa kami bersama-sama di blog pelaung pulau .. terima kasih ye.. suka baca entry tersebut.. ^_^

p/s: entry ini ditulis bukan untuk mencari gaduh.. tapi untuk memberitahu bahawa walau di mana saja kita berada.. kita semua sama sahaja.. tiada yang di atas atau pun yang di bawah.. renung2kan dan selamat beramal.. (ada tak siapa2 yang nak belanja saya makan..saya dah lapar..tak boleh buat entri berkaitan makanan laaa..aduiyaii..) =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails