Showing posts with label Hari Itu Dalam Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Hari Itu Dalam Sejarah. Show all posts

29 October 2012

Officially Engaged ♥♥

0 bebel sama disini!
Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah....
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya..
pada tanggal 13 oktober 2012 telah berlangsungnya majlis pertunangan aku dan dia..♥ hubungan yang telah terjalin selama lebih hampir 6 tahun perkenalan telah pun secara rasminya di ikat oleh kedua belah keluarga kami.. semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan dalam majlis kami tapi dapat diatasi.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. ku mohon agar hubungan ini berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

pada hari tersebut.. sebelah paginya merupakan majlis bacaan tahlil untuk arwah nenek yang baru saja meninggal dunia pada 9 oktober.. Al-fatihah.. pemergian nenek yang tak dijangka dan semua masih merasa sedih kerana tiada lagi pelapis yang bergelar mak dan ayah kepada anak2nya.. nenek dan atuk kepada cucu2nya.. serta moyang kepada cicit2nya.. semoga roh mereka dilimpahi dan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin... of course perasaan serba salah itu menyinggah dalam hati aku.. nenek baru saja meninggal takkan nak teruskan dengan majlis pertunangan ni kan.. tapi mak cakap.. kita manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.. perkara yang dah terjadi tak boleh dielakkan.. perkara yang dah dirancang perlu diteruskan.. dan Alhamdulillah majlis pertunangan berlangsung pada sebelah petangnya dan semua berjalan lancar dengan izin dari Allah swt.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga di tujukan kepada semua ahli keluarga aku.. dan semua sedara mara dan tetamu yang telah hadir dan banyak membantu dalam menyempurnakan dan memeriahkan majlis.. juga mohon dimaafkan sekiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

♥ goodies bag + DIY mini pelamin ♥

♥ DIY candy buffet ♥

♥ Hantaran for Him ♥

♥ Hantaran for Her ♥

♥ Perbincangan antara wakil pakcik2 kami berdua ♥

 ♥ MOMS ♥

♥ Alhamdulillah.. we are officially Engaged! ♥
Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.. amin..
>_<

21 November 2011

Pelangi Petang

0 bebel sama disini!
Buat pertama kalinya dalam hidup aku.. aku tengok pelangi yang betul-betul sempurna dan penuh depan mata macam ni.. gambar ni aku capture sendiri di suatu petang waktu aku tengah bekerja kat ofis.. ini adalah view dari tingkap ofis aku.. bagi aku ianya sangat indah.. susah nak dapat tengok pelangi taw.. bersyukur sangat diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan.. 

I love Rainbow! ops tetiba la pulak kan..hahaha


setelah beberapa minit melihat keindahan ini.. langit semerta nya berubah menjadi gelap.. angin bertiup kencang dan guruh mula berdentum serta kilat sabung menyabung.. akhirnya pelangi pun hilang dan hujan turun dengan lebatnya.. 

langit tak selalunya cerah..
kehidupan tak selalunya indah..
hargai dan bersyukur apa yang ada di depan mata..
kerana sampai satu saat..
ianya akan hilang dalam sekelip mata..

02 April 2011

Menyervis!

0 bebel sama disini!
erk ! ape itu 'menyervis'? of course kalau cari dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, memang korang takkan jumpa. suka suki hati aku je buat ayat sendiri. sila dapatkan dipasaran ok! limited edition "kamus wawa" hehe.. aduiiyaii aku ni memang tak boleh dibiarkan. kalau tidak melalut berpanjangan. orait! 'menyervis' tu adalah men'servis ye adik2! =)

hohoho.. pertama kali aku pergi servis kereta sorang2.. sebelum ni ada jugak aku teman seseorang pergi servis kereta dia. tapi tu lain sebab aku cuma temankan. mula2 nak gerak ke tempat servis tu memang takut sangat sebab aku sesorang je. malam sebelum hari tersebut, abang aku ada ajak keluar pergi survey jalan ke tempat servis sebab aku tak tahu jalan ke sana. esoknye abang aku kerja, tak boleh nak temankan. al kisah! so aku kena la jadi independent untuk keesokkan harinye. hehe

esoknye..sampai saje di tempat tersebut, parking punya la terhad. aku ingatkan tak ramai orang. ye la. sebab hari biasa kan. semua orang bekerja. tapi nasib aku baikla jugak sebab ada satu parking side tepi. erk! aku teramat lah fail kalau nak parking tepi. kenapa ntah. aku tak boleh nak bajet space. kekadang aku rasa aku dah nak terlanggar kereta belakang. kekadang takut termasuk longkang tepi. aduiiyaii. sindrom ape la yang aku alami ni. huhu. nak kena praktis parking masuk tepi lagi lepas ni. hmmm.. last2 aku keluar kereta, suruh abang yang kerja kat tempat servis tu tolong parking kan. hehe. malu nye la aku.

aku masuk dalam dan confirmkan appointment. rupanye kereta yang berlambak kat luar tu tadi. semuanye belum diservis lagi. aduiiyaii. bape lama lah aku nak kena tunggu kan. nasib baik la ruangan menunggu dia best! boleh tahan selesa la jugak. ada wifi yang laju dan tv astro. nasib baik bawak laptop. aku pun ape lagi. meng'onlinekan diri aku tanpa menghiraukan kiri dan kanan sambil layan cerita P.Ramlee kat tv.

ruang menunggu ni boleh nampak kereta kita di servis. disebabkan belakang aku takder orang. aku pun mem'webcam kan diri aku untuk snap gambar ni. haha.

aku terpaksa menunggu selama 2 jam lebih, then barulah kereta aku siap di servis. merasa bangga sedikit sebab aku rasa aku dah boleh berdikari dengan sendirinye. hehe =p sejak aku pakai kereta sendiri ni. terasa banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. as i'm paying for my car servis and paying for car monthly and fuel every weekly. aku rasa aku dah cukup mampu untuk menyara diri aku sendiri. Alhamdulilah.. aku diberikan kerja yang bagus dan gaji yang berpatutan. hopefully segala urusan aku dipermudahkan oleh Nya.. Aminnn.. =)

p/s : dan dengan secara tidak langsungnye. aku pun telah 'menyerviskan' diri aku semenjak mempunyai kereta. semoga kehidupan aku akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnye. kahwin pulak.. ok tak ?? haha =D

31 March 2011

belon udara panas

0 bebel sama disini!
Baca tajuk pun mesti semua dah dapat agak kat mana belon udara panas ni telah berlangsung kan. yup! betul..putrajaya.! pesta tersebut bermula pada 17 hingga 20 march 2011 yang lepas. korang pergi tak tengok?? sangat mendukacitakan kerana sepanjang 4 hari pesta tu berlangsung, cuaca tidak mengizinkan, asyik hujan je setiap kali menyinggah. gaya cakap macam pergi tiap2 hari pulak kan tak der la..aku pergi hari pertama dan hari kedua je. lepas tu dah tak der mood nak berbelon2 udara der..huh.

Hari Pertama

Merupakan hari pertama aku cuti, minggu nie aku tak balik kampung disebabkan pesta belon udara panas ni la. pada mulanye dah berjanji nak pergi dengan si aien, tapi dia tak dapat datang pulak, tahun depan la nampaknye ye aien. ayoyoyo. hari pertama tu, abang dan family dia nak pergi tengok belon, so aku pun menyibok la ikut sekali. aduiyai. nak duk rumah, bosan tak buat pape. hmm.. sampai saje di putrajaya, keadaan sekeliling memang lenggang sangat2. tak ramai orang pun. mungkin hari orang bekerja, waktu sampai kat situ takder satu pun belon yang naik kat udara sebab belum masanye lagi. kami pun jalan2 je la di sekitar booth2 yang dibuka.


sampai di suatu booth ni, diaorang ada buat promotion naik cruise untuk separuh harga. sangat berbaloi, sebab dulu aku naik 2 orang dah RM60 hinggit. waktu tu cuma aku, abang ajam, kak aini dan dua orang anaknye yang comel tu, lebih kurang RM60 hinggit je..tapi 5 orang boleh naik.. berbaloi kan?? Hanya kami berlima je yang ada dalam cruise tu, dah rasa macam cruise tu kami yang punya of course la ada pemandu cruise dan penolongnye, takkan aku pulak yang bawak. hohoho. sangat seronok sebab dapat duduk kat bahagian deck depan sepanjang perjalanan. menikmati suasana petang, bersiar2 mengelilingi tasik putrajaya. pukul 6 petang, kami terpaksa bergegas pulang sebab guruh dah berdentum, hujan pun dah turun rintik2. jalan punya la laju nak sampai ke kereta, nasib baik sempat sebelum hujan turun dengan lebatnye. a lil bit disappointed sebab tak dapat nak tengok belon naik. sepatutnye pukul 6 tu diaorang dah start pam belon. hmmmm..

Hari Kedua

menelefon lagi si budak aien untuk confirmkan sama ada dia nak pergi ke tidak. tapi jawapan tetap sama. tak boleh datang. hmmm. arini hari kedua aku cuti. esoknye baru keje malam. haish. lamo sunggoh teraso cutinyee.. ape aku nak buat hari ni ye. hmmm. niat di hati, nak aje aku lepak kat ice room, makan ice cream sambil online. sorang2 pun takpe kalau aku dah menghadap depan laptop. ajak kengkawan yang lain keluar, sorang pun tak free. tapi nasib aku cukup baik 'sekejap' sebab yati, kawan ofis aku nak temankan aku keluar.  cadangnye nak pergi tengok belon lagi hari tu. planning nak pergi pukul 4, tapi hati yang bermood baik tadi dah berubah jadi hambar pulak. sebab hujan, kilat dan guruh berdentum2 start dari pukul 2. haish. disebabkan itu, aku pun tertido sampai la pukul 4.30

bangun2 je tido aku tengok hujan dah berhenti dan matahari memancarkan sinarnye. cewahh.. cuaca panas la jugak. terus call yati. suruh dia bersiap. dalam pukul 5 kami pun bergerak ke putrajaya. sesampai je di sana. meriah terasa bila mereka dah mula start mengepam belon. excited nak tengok belon doraemon, tapi belon tu naik lambat. tak sempat nak tengok sebab dah hujan rintik2. sekejap je kami kat situ. dalam setengah jam lepas tu kami balik. haish. 









jadi la dapat tengok sikit. daripada tak pernah tengok langsung kan. tahun2 yang sudah aku tak pergi. tahun ni je la berkesempatan. tahun depan?? tengok la macam mana. =p

12 February 2011

Aku kuat makan! =D

0 bebel sama disini!
hohoho. aku memang kuat makan.! tapi berat aku tak naik2. muscle aku pun tak naik2. kenapa ye? huhu. kurus kering kontang je aku kan..hehe.. erk! macam mana agaknye nak naikkan berat badan dan supaya aku nampak gemok sikit. hoho..kalau korang suggest kat aku makan suplement yang mahal2 tu. mintak maap sangat2. aku takder budget untuk itu. huhu. aku sederhana je. tak mampu. huhu. =( then what to do? makan sebanyak yang boleh dan mampu. then aku gemok la satu hari nanti kan?? sedap kan hati sendiri..hehe. ada jugak aku dengar cakap2 orang. kalau dah kahwin nanti gemok la kau..! erk kenapa kah? bagaimanakah? betul ke? boleh percaya ke? wah! banyak sungguh pertanyaan! ok stop it.!

ekceli aku nak cerita sikit nie. arini hari pertama aku masuk shift malam. hari pertama ni jugak la. rezeki aku datang melimpah2. syukur alhamdulillah! aku pun dah dapat gaji aku untuk bulan lepas. huh. setelah seminggu gaji keluar baru hari ini aku dapat gaji aku. nasib baik aku tak mengamuk gi serang ofis dia. bak mutiara kata. sabar itu separuh daripada imannnnn...=)

ok! back to the story. hari ni aku dapat makan free. banyak pulak tu. thanks kepada ofismate aku yang bermurah hati bagi aku dan ofismate yang lain makan. makanan sangat sedap taw! mak yati masak nasi lemak, mior pulak bawak nasi beriyani, erk! betul ke aku ni.? ekceli tak confirm tu nasi ape? aku bedal je. haha untuk makan malam saje aku da bedal sampai 2 pinggan. fulamak. tak pernah2 aku makan malam banyak sampai macam ni sekali. terkejut perut aku makan 2 menu yang berbeza. huhu. pastu ditambah pulak dengan pencuci mulut dari sarawak. ashraf bawak kek lapis. sedap yang amat. ape lagi. naik hantu la aku makan. hoho. terima lah kasih dari ku sekali lagi untuk kamu kamu yang bermurah hati bagi aku makan..=)  

bercakap pasal nasi lemak, aku teringat nasi lemak yang di masak oleh seseorang. ops! siapakah? waktu raya cina baru2 ni punye cerita la ni. meh aku nak story mory sikit. =D orang nye chanteq, asal dari sarawak. datang bertandang ke rumah aku. namanya Alysa. aku panggil dia kak lysa je. dia adalah teman istimewa abang arieq aku. orangnye baik dan pandai masak! serious tak tipu! memang pandai masak. waktu datang rumah dia bawak kuih siput, kuih tart, dan 2 jenis kek. hasil air tangan sendiri taw. sedap sedap. semuanye aku dah try. hehe. pagi hari raya cina tu. pagi2 lagi dia dah masakkan nasi lemak untuk kami sekeluarga. terima kasih akak! sangat sedap! tak cukup dengan itu. akak masakkan pulak lauk makan tengah hari untuk kami sekeluarga. ayam kari berempah. fulamak! cayalah akak! akak jangan salah faham pulak ye. kami sebenarnye tak paksa akak masak pun. tak der niat nak buli akak atau ape pun. be happy ok. kami semua cool je. jangan stress sangat bila dengan kami. hehe. anyway, thanks akak sebab bersusah payah melayan kami sekeluarga. patutnye tuan rumah layan tetamu. suda tukar ka? hehe. 

pada petang raya cina pulak, aku, aien, amirul, abang arieq dan kak lysa spent time together gether tengok wayang cerita "Shaolin" woooo.. wa cakap sama lu. ganas dan kejam giler cerita ni. pegi la tengok kalau berani. haha. Dengar cerita kak lysa tak boleh nak concentrate tengok cerita ni. sebab kejam sangat. hehe. len kali kalau ada masa kita tengok cerita yang romantik or funny k! hehe. habis wayang kami singgah makan sebentar dan minum petang. borak2 sebentar dan pulang ke rumah. malam nye pulak kak lysa dan abang balik sebab komitmen kerja. sekejap je dapat spent time. huhu. tapiii..aku happy sebab dapat jumpa akak dan buat pertama kali aku dapat angpau pada hari raya cina. thanks akak! =)

 Dari kiri : kak lysa, aku, aien dan amirul. abang arieq jurufoto 
(skema tak ayat aku.. hehe)!
p/s: akak! nanti bila2 datang la lagi. sentiasa mengalu2kan kedatangan. =)

Footnote : banyak sunggoh aku cerita pasal makanan. kan aku dah cakap! aku kuat makan! =D 


31 January 2011

Burung kakak tua

0 bebel sama disini!
Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

lalalalalalalalalala

ehem. ehem. best tak suara aku? hehe. well! boleh kan kalau nak jadi protege edry KRU tu. haha. berangan je kau tahu kan wa! kenapa aku tetiba nyanyi lagu burung kakak tua ni. sebenarnya, aku teringat nak posting tentang satu peristiwa. sebelum cerita pasal tu. aku nak cerita apa yang berlaku pada hari sabtu yang lepas. nak tahu apa yang aku buat? aku pergi berdating!! sangat seronok dapat dating berdua. of course la berdua kan. kalau beramai bukan dating namanya. hehe. 

for me, aku happy sangat hari tu. walaupun penat sebab pukul 8 pagi sabtu tu aku baru balik kerja sebenarnya. tido pun belum cukup lagi. last minute plan. petang dalam pukul 4, dia datang ambik aku kat rumah. masing2 belum sempat mengisi perut. aku pulak balik keje terus tido. lunch semua aku tak nampak dah. aku nampak tilam je. hehe. 

taaaapiiiiiiiiiiiiiiiiiii....aku bukan dating dengan boyfriend aku taw. tapi dengan orang lain. erk! aku berlaku curang seharian. hahaha. aku dating dengan kakak aku ler. not really my sibling taw. boleh dikatakan kakak angkat aku ler. dalam entri aku sebelum2 ni. aku banyak cerita pasal dia. remember? click older post k! before jalan2. kitaorang gi isi perut dulu. aku bawak akak pegi makan kat Ice Room. nasib baik dia belum pernah makan kat situ. so it will be special for her. best kan kak? sedap kan.. nyum nyum! 

after makan kami bercadang nak pergi tengok wayang. so kami pun berangkat la ke The Mines. kami tengok cerita Faster lakonan The Rock! boleh tahan best la jugak ceritanya. cuba la pi try tengok nanti ye!  sebelum wayang tu start. kami ada masa dalam sejam lebih gitu. kami malas nak jalan2 shopping sebab macam tak de keperluan je nak beli. then kami jalan2 kat luar mines je. hasilnye :







ada Burung, ada Kakak, ada Tua (tua tukar jadi dua la ek, kami belum tua! haha)

p/s : happy dapat dating dengan akak! hangout berdua for the last time before akak berpindah ke tempat lain. take care your self over there! lain masa kita jumpa lagi.. =)


31 December 2010

Jauh sungguh perjalanan!

0 bebel sama disini!
huh..memang terasa jauh perjalanan aku kali ni ke kampung. rasa macam drive ke utara. padahal kampung kat kuala pilah je. ye betul..DRIVE! saya drive ke kampung. dalam entri yang sebelum ni saya ada bagi tahu yang abang saya suruh drive balik kampung kan..? termakbul jugak cadangan dia tu. pada mulanye memang saya rasa was2 nak drive. ye la sorang2 kot. kereta baru pulak tu. nervous saya dibuatnye. tapi saya gagahkan jugak diri ini dan menenangkan diri ini dengan sendirinye. kang kalau tak tenang, gelabah pulak aku. break ke mana, minyak ke mana. so tenang! dan macam saya cakap tadi. saya boleh tenang dengan sendirinye. sebabnye saya drive sorang dan takde gangguan dari orang lain di kiri dan belakang saya. maksud saya dalam kereta la tu. 

saya ada pengakuan nak buat! wah! macam buat salah besar je kan.
sebenarnye dah 3 tahun lebih saya tak drive. sebab tu bila abang suruh bawak tu saya jadi was2. ye la cuba bayangkan. dengan tak praktis nye. tup tup terus bawak. wah! pro sungguh adikmu ini kan. hehe.
tapi bila fikir2 balik. sampai bila nak gelabah dan takut nak drive. so adiknye ini memberanikan dirinye sendiri. =D

saya drive ikut kereta abang kat depan. abang pun dengan baik hatinye sanggup menunggu dan drive keretanye dengan perlahan sebab adiknye ini bawak kereta macam siput. sampai abang tegur "cuba la ko bawak laju sikit" saya pun apa lagi. bila sudah diberi green light. paling laju saya bawak pun 100km/j je..haha.
memang saya akui, banyak jugak kesilapan jalan raya yang saya lakukan. tapi saya janji saya akan memperbaiki dan melatih diri saya supaya tidak berlaku lagi hal sedemikian.

oh ye! detik paling memalukan saya ketika drive. waktu kat plaza tol. hehehe. tetiba rasa malu pulak nak cerita kat sini. ish. lantak la. ceritanye begini. saya masuk tol. then orang yang jaga tol tu remaja lelaki, lebih kurang baya saya kot. 20 an gitu. dan boleh tahan rupanye. hehe. =p waktu berhenti kat tol tu, dia hulur tangan. saya pulak blur tetiba! pastu saya boleh pulak pergi tanya dia
saya : mintak ape? ada kad ke tadi?  
dia : tadi sebelum sampai sini awk masuk macam mana? sambil tersenyum
saya : ada kad ek? saya pun terus meraba ke sana sini dalam kereta dengan gelabahnye.
dia : cuba cari kat atas tu ke. kat tengah ke. tersenyum lagi
saya : ha. da jumpa! bawah peha saya sebenarnye, jumpa bila terjatuh kat bawah seat 
dia : masih tersenyum dengan ramahnye. 
saya : sorry! senyum balik dan buat muka tebal. 

Hahahaha..! sumpah malu sangat. hehe. apelah saya ni kan. pengajaran nye. lepas ni kalau ada tiket tol saya akan letak kat depan stering. huh. kang hilang lagi pulak kan. tak sanggup saya!

orait! overall semuanye okay. saya sampai rumah dengan selamatnye. Alhamdulilah. abang bagi saya markah 7/10. hehe. okay la tu kan. untuk pertama kali drive setelah lama tak drive. =)
fuhhhh...lega!!! dan saya da dapat confident saya sedikit.
saya kena biasakan diri supaya saya terbiasa dengan keadaan di jalan raya.
betul tak? hehe

pesanan khidmat masyarakat : berhati-hati di jalan raya! =)

26 December 2010

Swimming!

0 bebel sama disini!
oh yeah! saya da pandai berenang sekarang. badan saya da boleh terapung dalam air. haha. oh ye sebelum nie kalau dalam kolam. saya diri dan lompat2 je. yeah right. sangat penakut! entah kenapa, saya fobia air. takut LEMAS! betul. saya tak tipu. huhuhu.

tapi sejak saya kenal dengan kakak enny. dia yang banyak mendorong saya untuk beranikan diri berenang sendiri. sampai dia sanggup pinjamkan saya papan berenang untuk saya belajar berenang. hehe. =p

kalau tak silap saya. dah 3 kali dia ajak saya berenang kat apartment abang dia tinggal. sangat cantik tempatnye. dan tak ramai orang. so. boleh sesuka hati berenang kesana kemari tanpa gangguan.

kali ketiga adalah kali terakhir saya berenang bersama kak enny. waktu tu jugak la saya da boleh terapung dan berenang sendiri. tapi dengan bantuan papan. tak kisah la kan. asalkan saya bergerak di dalam air tanpa berjalan. HEHEHE.

THANKS AKAK! nanti ada masa kita berenang sama2 lagi ye. =)

kat sini la saya berenang bersama akak enny...
cantik kan tempat nie. best giler! 


p/s : gambar adalah hiasan semata2. kalau betul2 tak hingat nak balik rumah rasanye. berenang tanpa henti KOT! hahaha..

25 December 2010

moments with sister!

0 bebel sama disini!
weeee...saya sangat seronok dapat spend time with my two sister. kak Deezex Noor Ainizaa dan kak Diyana. mereka berdua sangat sweet dan mereka berdua lagi tua dari saya. umur dirahsiakan atas sebab2 tertentu. hehe. kami planning last minute for this hangout together. hari rabu lepas kerja kami bertiga terus ke Alamanda putrajaya untuk men'survey bau-bauan minyak wangi. sebab nak order minyak wangi kat orang tapi tak tahu bau perfume tu macam mana. semua kerja kak enny dan kak D. saya tak minat beli2 perfume nie. =p 

lepas survey perfume, kita orang gi makan kat food court alamanda. terserempak dengan dilla dan amiza (bebudak training jugak). diaorang tengah makan kat tempat yang sama. hehe. lepas makan kami terus gerak ke Domain cyberjaya. untuk ape ke sana? kami SWIMMING! hehehe. abg akak enny ada sewa rumah kat apartment tu. so akak enny ajak la kami berdua swim kat kolam renang apartment tu. sangat seronok OK! hanya kami bertiga. mandi tak hingat dunia. kuang2. Oh! lupa nak kasi tahu. waktu jalan2 kat alamanda. akak enny boleh plak pergi beli papan untuk swim. semata2 sebab kami nak pergi swim lepas tu. comey je gambar princess. macam papan budak2.. =p after swim kami bertiga pulang ke rumah makcik akak enny kat puchong. tido sana semalam. sebab esoknye kami kerja. nak balik rumah sendiri macam menyusahkan je. esoknye boleh pergi kerja sama2. sebelum pulang ke rumah masing2 perut lapar. so kami pun supper la dekat McD. makan2 then balik rumah.

ini merupakan kali kedua saya bermalam di rumah akak enny. kali pertama saya tido dirumah dia sebab akak ajak swim jugak. then pergi jalan2 dan tengok midnight movie dengan akak dan adik akak. pengalaman yang sangat seronok. sementara tunggu movie start kami habiskan masa bermain game. kami racing kereta tapi saya kalah. huhu. after that kami main bowling. and guess what. SAYA MENANG! hehe. tak main tipu ok. saya memang pandai main bowling. saje tak nak tunjuk. hehe. malam tu kami tengok Harry Potter Part 1. best sangat! =)

kak Diyana, saya dan kak Enny. 
curik gambar ceremony. hehe. kami swim tak amik gambar.
jangan nak ngada plak nak tengok. huhu.


18 December 2010

Interview

0 bebel sama disini!
30 September 2010..


adalah tarikh buat pertama kalinye aku menghadiri interview..
oo my god.. sangat cuak dan teruja giler..
smpai tak boleh nak tido malam sebelumnye..
bukan interview kerja pun.. tapi interview utk masuk training.. program under MDEC dan TM.. ICONapps Training namanye..

aku pergi interview sendiri plak tu.. pagi2 keluar rumah.. dari bangi naik KTM tukar LRT kat KL sentral.. huh.. buat pertama kalinye merasa kesesakan orang pergi berkerja pada waktu pagi.. sangat sesak OK! pada mulanye takut jugak aku.. ye la.. da la sesorang.. huh.. ingat nak melencong tempat lain je.. tak nak pegi interview.. haha.. takut punya pasal.. tapi aku beranikan diri jugak..

interview kat Menara TM.. sampai2 je aku terus kena isi borang n bagi resume aku semua.. huh.. hati makin kencang.. da la aku datang paling awal.. pastu masuk bilik interview pun mesti la yang pertama kan.. nasib baik masuk sekali 3 orang.. kalau sorang.. aku mesti pengsan.. hahaha..=p over all interview berjalan lancar.. sekejap je pun.. tengah hari aku da balik umah..

dan pada petang hari yang sama.. aku dapat panggilan yang mengatakan aku telah LULUS interview.. wah! teramat sangatlah happy.. keesokkan harinye.. aku sekali lagi ke Menara TM untuk menandatangani kontrak training..
training bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Disember 2010.. 3 bulan je.. dan aku diberi elaun sebanyak RM1k sebulan.. aku telah dicampakkan ke TM cyberjaya.. di bahagian IPTV Compliance.. tugas aku dalam training nie lebih kurang senang je.. aku duk bahagian broadcasting dan lebih kepada media editing.. best2.. seronok je buat kerja nie.. tak stress pun..

hopefully aku dapat habiskan training nie sampai 3 bulan..
semoga aku mendapat pengalaman bekerja dan berjumpa dengan orang baru..

17 September 2010

selamat hari raya!

0 bebel sama disini!
Selamat hari raya maaf zahir dan tiada batin diucapkan pada semua kenalan.

cerita pada hari raya.. tak banyak yang boleh diceritakan pada hari raya tahun ni.. sebab semuanya dah tak seindah dan semeriah waktu aku muda-muda dulu.. eh sorry.. aku belum tua tapi masih muda ok.. hmm.. tahun nie aku langsung tak ada persiapan.. baju kurung pun pakai yang lama punya.. selalunye setiap kali menjelang raya mesti nak kena beli barang baru kan? contohnya macam jeans, t-shirt or kasut baru.. tapi tahun ni aku tak merasai langsung semua tu.. nak berjalan bershopping pun aku tak dapat..huh..memang pada mulanye aku rasa tak puas hati.. sedey pun ada.. tapi bila fikir balik aku tak ada hak pun nak minta lebih2.. tak apa la..

tapi hari hari raya aku dilalui seperti biasa.. aku masih dapat duit raya dari adik beradik aku yang lagi tua dari aku.. raya pertama je aku berjalan.. memang da kewajipan.. balik kampung mak dan abah.. lepas tu beberapa rumah lastly duduk rumah tunggu orang datang.. aku memang payah sikit nak pegi berjalan raya rumah kawan2.. bukan tak sudi.. cuma x berkesempatan.. rumah korang jauh2.. aku mana ada kenderaan bergerak.. haish.. terpaksa la ku batalkan niat dari dulu lagi nak beraya ke rumah kawan2.. tapi yang paling aku respect.. tiga orang kawan aku yang tiap2 tahun akan datang ke rumah aku pada hari raya.. ridhuan, aidi dan zaiful.. diaorang bertiga memang rajin sangat berkunjung ke rumah.. korang bertiga la kawan yang tak pernah lupa kawan...hehe.. terima kasih kawan!

apa lagi yang boleh diceritakan tentang hari raya.. hmm.. hari-hari raya aku cuma dirumah dan didepan tv.. tengok cerita2 yang diulang berulang2 kali.. habiskan kuih raya sendiri.. itu je la kot.. seday je kan..xpe la.. hope raya tahun yang akan datang akan berubah..
oh ye.. tahun nie aku tak dapat beraya dengan si dia.. sebab dia dah habis study.. dah balik ke kampung halaman dia.. tak tahu la bila aku boleh jumpa dia lagi.. tahun2 yang sebelum nie.. si dia yang temankan aku bershopping.. sedey je bila terkenang zaman dulu2..haish.. rindu nak ke zaman tu balik..

p/s : disini saya salwa bt redzwan ingin memohon maaf sekiranya pernah melakukan salah dan silap yang tanpa disedari oleh saya sendiri.. selamat hari raya!

18 August 2010

Ramadhan datang lagi!!

0 bebel sama disini!
pejam celik..celik pejam balik..macam baru je kita berpuasa tahun lepas..tengok2..eh esok puasa? hehe..umat islam serata dunia mesti menantikan bulan yang penuh dengan keberkatan nie..sama2 lah kita banyakkan berbuat amalan dan hindari berbuat dosa ye kengkawan..
cerita pasal bulan ramadhan nie..teringat aku waktu zaman kat kolej legenda dulu..menyambut bulan ramadhan bersama kawan2 kolej dan yang paling penting dengan si dia..hehe..rindunye nak berbuka puasa bersama2..

aku ingat lagi ada satu hari puasa tu hari jadi aku..da lama da cerita nie..waktu tahun pertama kat kolej legenda.. aku, dia yang waktu tu belum jadi bf aku lagi dan housemate aku berbuka puasa kat luar.. penat seharian berjalan sekitar terminal one tunggu waktu berbuka.. disebabkan hari tu hari jadi aku..so aku da janji nak belanja..aku pun ikut je la kemana diorang melangkah..aku tak tahu menahu pun yang sebenarnye ada orang da booking tempat dan bayar semua makanan berbuka hari tu..rupa2nye ada surprise untuk aku..well..thanks a lot kat u guys..walaupun da lama..but still aku ingat lagi..
ingat lagi tak gambar nie..?? nie la gambar waktu berbuka puasa tu..gambar nie je yang aku ada.. tu pun copy kat friendster..hehe..gambar kawan2 yang lain hilang akibat laptop diformat..sorry ye..tapi gambar korang masih jelas dalam ingatan..
mereka2 ini la housemate aku waktu kat kolej legenda dulu..
iewa, jue, adik, ika, sara dan lin(tiada dalam gambar)..


ingat lagi..waktu dulu2..bersama2 dgn housemate aku..masak bersama..berbuka dan sahur bersama..tapi tu dulu la kan..sekarang da tak boleh da..masing2 da bawa haluan masing2..apepun kenangan bersama tak pernah dilupakan..hehe..

kenangan di bulan puasa waktu kat kolej legenda yang paling aku tak boleh lupakan..bila dapat berpuasa bersama dengan orang yang tersayang..sejak aku dan dia da jadi pasangan kekasih..kami sentiasa berbuka puasa bersama..dan yang paling penting..tiap2 hari aku masakkan lauk berbuka puasa untuk dia..setiap kali waktu berbuka jugakla..aku dan dia akan bersila kat bawah blok untuk makan bersama..hehe..sangat seronok dan rindu nak berbuka bersama lagi..

p/s : suatu hari nanti kita akan berbuka puasa bersama lagi ye b..waktu tu kita akan bersahur plak bersama..kita tunggu je la waktu tu tiba ye..rindu awak selalu..
MySpace

09 August 2010

snake and me??

0 bebel sama disini!


saya takut ular sebenarnye..
waktu nak pegang tu..rasa nak lari jauh2..

tapi tetap maintain senyum depan camera..

hehehe..




p/s : kalau lepas nie kena pegang ular lagi..saya tak takut da kot..haha..sebenarnye "SAYA TAK NAK PEGANG DA" it would be my first and last time..no more snake please!!
pengalaman yang seronok bersama dengan mereka2..

21 July 2010

The sweet escape

2 bebel sama disini!
macam tajuk lagu gwen stefani la plak kan..
If I could escape
And re-create a place as my own world

And I could be your favorite girl

Forever, perfectly together

Tell me boy, now wouldn't that be sweet?


aww..sweet kan..alrite..lupakan pasal lirik tu sekejap..aku nak cerita "The Sweet Escape" yang berlaku pada 15 julai yang lalu.. hari tu memang hari yang paling seronok sekali untuk tahun 2010 nie..KAMI..aku, jay my love, my bestie kina n ryan.. melepaskan diri masing2 dari kekusutan dan kesibukkan kota.. dan kami beralih ke genting highland kota keriangan.. memang riang yang tak terkata la.. masing2 main game outdoor tak ber'hinggat.. semua nye nak cuba.. sakit badan aku seharian.. ouch.. tapi apepun memang seronok sangat dapat hangout dengan my love and my bestfriend main2 macam budak2.. serius rindu sangat nak sweet escape macam nie lagi.. hanya gambar yang dapat mengambarkan betapa indahnye kenangan bersama dengan orang yang tersayang.. i heart them all..

aww...i love this pic sooo much.. rasa macam kat luar negara pulak.. yang paling penting dengan siapa gambar ini diambil.. i heart u so much bestie..!!
kegilaan kami yang ditahap memuncak..hahahaha.. serius giler happy!!
mereka berdua nie sangat sporting.. dan yang paling penting berani betul.. game yang aku n jay tak sanggup naik diaorang try.. kitaorang juga first time pegang dan bergambar dengan ular.. tapi gambar tu takda dengan aku..
"babe nanti upload gambar tu ek.." hehe
i win this teddy!! main game lontar gelung masuk botol..
serius geram kat abg2 yang jaga game tu..
waktu gelung tu masuk.. dia selamba je gi buang gelung tu..
n buat macam gelung tu tak penah masuk..
aku da nak mengamuk da kat situ..
nasib baik cuma drama abg2 tu semata2.. ceh!!

p/s : tarikh kat gambar tu tak betul.. kina silap setting date camera dia la nie.. apepun percutian yang paling menyeronokkan yang pernah aku alami bersama dengan rakan2 yang paling sporting..sayang korang sangat..korang la kawan baik aku sampai bila2.. my love will always be my no 1 bestfriend.. mmmwahhhh!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails