21 June 2011

Tanya sama pokok, apa sebab goyang??

0 bebel sama disini!
sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni dah selalu sangat dengar kat mana2 ada ribut sana ribut sini.. angin kuat.. angin kencang.. angin sepoi-sepoi bahasa.. termasuk jugak angin dari manusia.. hohoho.. yang penting apa jua yang berkaitan dengan angin la..

tapi apa yang aku alami ni tak tahu la sama ada ianya betul2 angin yang bertiup atau sebaliknya.. tiada siapa yang dapat mengesahkannya.. hmmmm.. berlaku dua hari yang lepas iaitu pada malam ahad.. aku seperti biasa pulang dari kerja pada pukul 8 dan tiba di rumah pada pukul 9 malam.. ketika itu hanya aku berseorangan di rumah.. setelah mandi aku lepak depan tv sambil meng online kan diri.. sedang aku duk asyik ber pesbuk.. tiba2 laptop kecil ku ini mengeluarkan cahaya kecil di atas nya.. cahaya ape? cahaya webcam la.. eh.. apesal tetiba je on ni..? padahal time tu aku tak bukak YM pun.. software webcam pun aku tak bukak.. camner boleh on tiba2.. tapi sekejap je dia on.. pastu padam.. beberapa minit lepas tu.. dia on balik.. eh.. aku pun pelik la kan.. asyik on off je dari tadi.. padahal aku pesbuk je time tu.. 

apehal pulak laptop aku ni kan.. aku pun terus cari setting camera tu.. mana la tahu aku tersilap setting ke apa ke.. aku pun bukannye tahu sangat.. tak guna pun webcam tu.. aku guna bila gedik2 takder kerja untuk amik gambar je.. bila aku bukak software webcam tu.. of course la kuar muka aku kat screen kan.. terus aku tak berani nak tengok muka sendiri.. takut aku ternampak benda lain kat sekeliling aku pulak.. time tu dah la duk sorang2.. fuhhhhh semangat.. oh ye time tu dah pukul 12 lebih.. nak dekat pukul 1.. cari punya cari aku tak jumpa pulak setting yang tulis auto on ke ape ke.. so aku dengan perasaan takutnye.. terus masuk bilik kunci pintu tutup lampu dan cuba untuk tido.. 

bila sorang2 memang kebiasaan aku tido dengan lagu terpasang supaya aku tak rasa sunyi sangat.. al kisah.. bila aku dah beransur untuk terlelap.. sikit je lagi nak ke dream land.. tiba-tiba pintu aku bergerak dan berbunyi seolah2 ada sesuatu dari luar yang cuba untuk membukanya.. aku dengan beraninya duk usha bawah pintu mana lah tahu kot-kot ada sesuatu di sebaliknya.. tapi tiada.. alhamdulilah.. tapi hati aku tak tenang.. macam2 aku pikir waktu tu.. aku cuba ingat balik.. pintu pagar.. pintu grill.. pintu rumah semua aku dah mangga dah kunci dah selak.. ok.. tak mungkin ada orang masuk.. mintak dijauhkan.. pastu aku pikir.. erk ada hantu ke..?? dah la aku kena kacau dengan laptop aku sendiri tadi.. aduyaiii.. takutnye aku time tu.. seriously memang susah aku nak tido.. aku tutup muka aku dengan bantal.. baca apa yang patut.. cuba untuk melelapkan mata.. tak tahu la pukul berapa aku terlelap.. tiba2 je aku terjaga dengar bunyi jam loceng untuk bangun pergi kerja.. ya Allah..mengantuknya la aku pagi tu.. rasa macam aku baru je tido.. 

selesai mandi dan siap2 untuk pergi kerja.. aku masih dalam keadaan takut dan berjaga2.. berharap tiada apa di luar pintu.. bukak pintu bilik pun aku baca bismillah.. takut punya pasal.. cepat2 aku keluar dari rumah.. sampai kat ofis.. aku ceritakan apa yang berlaku malam tadi kat kawan2 ofis.. ada yang cakap.. "webcam tu menyala tiba2 tu..sebab 'dia' nak tengok wawa la tu" uiiii... jangannnn.. seram mak nok!! lepas tu ada yang cakap "rasanya pintu tu bergerak dan bunyi macam tu sebab angin kot, sekarang ni kan angin kuat" tapiiiiii bila aku pikir-pikirkan balik.. waktu tu tak hujan.. kalau angin kuat.. sudah pasti pintu bilik air aku pun akan bergerak dan berbunyi.. sebab kat situ pun ada tingkap yang terbukak.. hmmmmm... 

so ni salah ANGIN ke..?? salah 'siapa'..??


renung-renung kan dan selamat beramal.... 
haaaaaaaaaaa... sempuuuuttttt...!!!!!

"tanya sama pokok, apa sebab goyang..? jawab ANGIN yang goncang.." lalalala...

p/s : tajuk tiada kena mengena dengan lagu hazama.. hehe.. tapi boleh baca tajuk macam nyanyi lagu dia..=p
peace yo!!!

19 June 2011

Bila Sendiri.. ♥

0 bebel sama disini!

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba tuk hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

p/s : bila sendiri rasa ingin hidup berdua..♥
lagi beberapa tahun akan datang mungkin.. 
(berangan je keje.. buleh bha kalaw kaw!)
InsyaAllah.. =)


Selamat Hari Abah!

0 bebel sama disini!
Selamat Hari Abah!! abahhhh!!! Terima kasih atas semua yang telah abah lakukan untuk membesarkan awa dari kecik sampai lah awa besar.. maafkan segalanya kalau awa ada buat salah dan silap kat abah.. maafkan awa ye.. awa sayang sangat kat abah.. abah jangan terasa tau kalau awa terlalu lebihkan mak atau orang lain lebih dari abah.. awa tahu abah pun sayangkan awa.. awa nak abah tahu awa sayang abah sangat2 walaupun awa tak pernah tunjuk atau ungkapkan pada abah.. awa malu dan segan nak cakap dengan abah.. harap abah sentiasa tahu yang anak abah ni sentiasa sayangkan abah..

awa tak tahu macam mana nak balas jasa, budi dan pengorbanan abah pada awa.. disebabkan restu abah dan mak lah awa di tempat awa sekarang ni.. awa tahu abah risaukan awa kat sini.. walaupun abah tak tunjuk tapi awa tahu.. abah sentiasa ingatkan awa supaya sentiasa hati-hati.. dengan isu2 yang terkini kat dalam berita tu.. awa tahu abah risau..

abah, usia abah dan mak semakin meningkat.. berbanding mak.. abah tak pernah tunjuk yang abah sakit.. abah jaga kesihatan baik2 ye abah.. kadang2 awa risaukan keselamatan abah kat luar sana.. bila abah bawak kereta sorang2.. abah jaga diri baik2 ye kat luar sana.. awa nak abah tahu yang jauh di sudut hati.. awa sentiasa sayangkan abah.. walaupun awa tak pernah ungkapkan kat abah depan2.. terima kasih abah!! awa sayang abah!! ^_^


p/s : suddenly I miss my dad so much!! I'm soo thankful.. I love you dad! I never been like this before.. maybe i'm too sensitive tonite.. hmmm..  T_T

16 June 2011

That day..! ♥

5 bebel sama disini!
Dah lama tak buat entri pasal si dia.. bila da jumpa je baru boleh cerita.. kita orang memang akan jumpa sekali dalam sebulan.. al maklumla, dipisahkan oleh jarak yang tak berapa nak jauh.. tapi sebenarnya jauh jugak la.. kira beruntung la dia sanggup drive ke sini.. bersyukur sangat.. amin.. tapi perjumpaan bulan may kami terpaksa di postpone ke awal bulan june.. disebabkan oleh keadaan yang tak mengizinkan.

ke mana pulak kali ni..? tak pergi jauh2 pun.. takut masa dihabiskan dengan drive dan duduk dalam kereta je.. kami pergi tengok wayang.. movie 3D Pirates of the caribbien.. tapi rasa macam membazir sikit sebab effect 3D nye tak berapa nak nampak.. hmmm.. but overall jalan cerita nye sangat menarik dan best sangat2 sebab dapat lagi tengok Jack Sparrow beraksi. jatuh cinta lagi.. hehe =) 


and yeah! sangat happy sebab dapat sesuatu yang sangat cute.. semua mata memandang benda tu macam kami je ada benda tu padahal diaorang boleh je pergi beli kat depan cinema tu kot.. especially the kids.. saying 'wo..dad, I want that thing! I want it!'.. or maybe diaorang pandang sebab size barang tersebut terlampau besar macam kami ni dahaga sangat ek.. so this is the 'thing'..

nampak macam kami pegang air yang besar kan? but ekceli benda tu attach antara dua.. yang bahagian atas tempat untuk letak popcorn dan yang bahagian bawah adalah air nye.. straw nye tersangat la panjang.. hohoho.. dan amat la payah untuk aku membuka dan meng'attach kan nye kembali sebab sangat ketat y'all.. confirm tak tumpah.. very2 cute thing.. but that day tak tengok kungfu panda pun.. wahaha..


that day also was the last week untuk aku dapatkan gelas coke yang terakhir.. so terpaksa la kami makan McD for lunch.. erk.. ku tahankan jugak kemuakkan aku memakan McD itu.. tapi, yeah I think it very special for me coz dapat cukupkan koleksi gelas aku bersama si dia.. kebetulan pulak ek.. oh ye! sila buat tak nampak ekspresi muka dia yang over tu.. hahaha..

before we eat, kami jalan2 cari handphone.. hehe.. siapa pulak yang nak beli handphone ni kan.. it's me! bukan saja2 beli ok! sebab handphone aku yang dulu tu asyik rosak je.. ada rezeki lebih sikit ni, beli la kan.. alhamdulilah.. dan si dia juga sangat bermurah hati bayarkan 70% dari harga phone tersebut.. thank you so much dear! ♥_♥ Aku tetap nak bayar jugak sebab phone tu aku yang nak pakai kan.. tak patut la nak bagi dia bayarkan semua.. oh ye! mula2 katanya sebagai hadiah hari jadi tahun yang lepas.. lepas tu katanya sebagai 'tanda'.. faham tak? hehe.. orang lain pakai cincin aku pakai handphone.. buleh ke macam tu.. ayoyoyo.. over laaaa.. =p

late evening nye pula kami berehat di taman.. sambil tengok gelagat orang sekeliling.. sangat letih y'all berjalan seharian.. selain dari terperap kat dalam mall yang berhawa dingin tu sesekali hirup udara yang segar pun bagus jugak.. kan kan kan.. dan sudah semestinya bila berjumpa HARUS ada gambar.. hehehe..



gambar si dia yang paling aku suka.. the background view so beautiful and of course him.. sekali pandang rambut dia tu macam hafiz nano nano tu.. hahaha.. tapi tak cukup kembang dan besar rambutye.. wahaha.. xboleh puji lebih2 nanti dia perasan..

ok! that's all for that day! 
^_^
sehingga ketemu lagi!


11 June 2011

Hobi mengumpul, keperluan atau kepuasan?

2 bebel sama disini!
Bagi seseorang yang terlalu meminati atau obses dengan sesuatu barang atau koleksi, sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki barangan tersebut. pelik bila sesetengah orang sanggup menghabiskan jumlah wang yang begitu banyak demi untuk melengkapkan koleksi mereka. Adakah ianya satu keperluan atau kepuasan? sebenarnya, terpulang kepada individu tersebut la kan nak pikir macam mana. duit diaorang, masa diaorang, takde kena mengena dengan kita pun.. hehe.. macam serius pulak topik aku ni kan. no no no. I don't do a serious topic in my personal blog. takut nanti akan menyinggung mana2 pihak yang berkenaan. oppsieeee.. 

well ekceli aku nak cerita tentang satu barang yang aku kumpul sejak sebulan yang lalu.. hohoho.. tak sangka aku begitu gigih untuk melengkapkan koleksi aku. barang apa pulak yang aku kumpul ni kan.. tak pernah2 aku kumpul barang sebenarnya. ntah apa yang berlaku, tup tup cukup koleksi aku. 


pernah dengar tak tentang promosi dari McD ni. beli large set McValue meal + sundae, korang akan dapat satu glass CocaCola. of course la pernah kan. berlambak2 iklan serata McD dan tv takkan tak pernah nampak. sooo.. inilah barang yang aku kumpul. korang tak tahu betapa gigihnya aku bila sekali dalam seminggu aku kena makan Meal ni untuk dapatkan gelas tersebut. erk. sampai ada satu hari tu aku makan sampai nak termuntah sebab muak punya pasal. sampai satu tahap aku dah malas nak teruskan usaha aku mengumpul gelas ni. tapi sebab dah dapat separuh koleksi punya pasal, aku teruskan jugak sampai cukup semuanya. =)

okay! sekarang aku boleh tanya soalan tadi kat diri aku sendiri. hobi mengumpul ni satu keperluan atau kepuasan?

Keperluan : aku rasa ianya satu keperluan sebab aku memang suka barang2 yang unik dan lain dari yang lain ni. aku fikir aku nak gunakan gelas ni untuk rumah aku sendiri nanti (means bila aku dah kahwin la kan, nanti dah tak payah nak beli gelas lagi) hehehe. oh myyy.. berangan lagi ko ni wawa.. =p

p/s : buat masa sekarang ni aku letak dalam almari sebagai perhiasan je la kan (jangan ada yang kebas pulak)

Kepuasan : rasa puas bila dah dapat kumpul semuanya. rasa puas jugak bila selain aku dapat gelas aku jugak dapat makan untuk isi perut aku ni. berbaloi-baloi kan..? hehe.. tapi rasanye aku stop dulu kot makan McD ni.. rasa muak tak hilang lagi.. huhu.. =p


01 June 2011

Misteri hotel "matahari terbit"

2 bebel sama disini!
perjalanan pulang aku ke rumah dari tempat kerja malam yang lepas memang melemaskan aku sedikit.. lemas bukan sebab sesak nafas, air cond kereta rosak atau aku tak bukak tingkap.. tapi lemas dalam perasaan.. eh.? kenapakah? sejak dua menjak tiga menjak bermenjak2 ni.. aku memang malas betul nak drive.. setiap hari rasa jauh je perjalanan.. dalam hati "bila nak sampai ni? kenapa jauh sangat" rasa macam nak upah driver sorang.. wahaha kaya bebenor kau dengan angan2 kan wawa.. =) 

bila pulang dari kerja.. seharian di ofis.. mendak..! lebih2 lagi kerja macam aku ni.. mengadap komputer je la.. walaupun tak banyak kerja.. tapi lotih nye tetap terasa.. nak dimulakan cerita.. tiap2 hari balik dan pergi kerja aku lalu kawasan kampung.. tak lalu highway (malas sebab banyak kereta).. jalan pun kecik je.. confirm kiri kanan cuma pokok, semak.. dan beberapa rumah.. waktu aku balik dari kerja malam tu.. aku lalu jalan tersebut seperti biasa.. entah macam mana.. waktu aku lalu satu kawasan ni.. pandangan sipi aku membuatkan aku lemas bila aku terasa macam aku nampak sesuatu.. mungkin waktu tu kereta tengah berjalan.. so nampak macam 'benda' tu laaa kot.. lagipun nampak sipi2 je.. 'benda' tu serba putih, berdiri di bawah pokok dan menunduk.. disebabkan kereta aku sedikit laju..aku nampak sekali pintas je la.. waktu tu takda kereta lain.. aku tak berani nak usha balik cermin belakang aku sama ada betul ke tak apa aku nampak sebab nampak gelap je..huhu

keesokkan harinya, waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja aku usha balik tempat yang sama aku nampak 'benda' tu.. huuuuuuhhhhh.. lega rasanya bila kat kawasan tu ada satu papan tanda putih yang dah kemek macam dirosakkan orang.. kedudukan nye sebijik mcm 'benda' yang aku nampak tu.. aduiyaii.. bikin aku kacau je.. sejak hari tu.. bila malam, aku dah tak pandang kiri kanan semak tepi jalan.. kalau macam nampak dari pandangan sipi pun.. aku tetapkan dalam fikiran aku benda tu hanya lah papan semata2.. boleh tak? =p

oh! ye.. bercakap pasal 'benda' tu.. aku nak kongsi sikit satu cerita yang aku terbaca kat dalam blog Red Mummy, blog ni aku dapat tahu pun dari kawan ofis aku, bila dah start baca memang seronok.. macam2 cerita yang dia kongsi.. lebih2 lagi cerita pasal 'benda' tu.. berbalik pada cerita tadi.. aku baca kisah ni dengan kawan2 ofis aku.. waktu tu memang tak sangka betul hotel yang kitaorang pernah duduk waktu hari keluarga yang lalu rupanye ada 'something'.. ingat lagi tak entri aku pasal mini family C day bulan lepas.. alaaaa yang sampai 5 part tu.. (gigih bebenor aku time tu menaip blog..hehe) korang boleh baca cerita pasal kami menginap kat hotel tu kat sini - Family day (part 4)

kisah ini aku copy dari blog Red Mummy, tidak terjadi pada red mummy tapi blog reader dia yang kongsi dalam blog dia yang merah membara, vogue n da vass gitu.. ^_^

1st Story

my kazen sefamily serta kawan dia sekeluarga g bercuti ke PD.. time tue cuti sekolah tak silap.. so da takde choice sgt utk resort sume tue kan.. diorang plak plan mmg da last minute.. so dpt lar booking kat S*******.. diorang pun pegi lar check in segala bagai sume tue.. time nie anak kazen yaty 3 orang kot.. tapi yang kecik skali still baby lagik.. yang sulung dlm 4 or 5 thun gitu.. msuk je bilik yang diorang da booking tue, terus anak sulung kazen yaty nie ckp..

“ape yang bertenggek kat tingkap tue abah??”

budak2 biasa lar kan.. mata diorang kan boleh nmpak benda2 mcm nie kan.. sib bek kazen yaty nie jenis yang kuat semangat mcm tue kan.. dia pun jenis yg boleh buat air penawar tue sume.. so, dari jadi benda yang tak elok sume tue, terus lar dia baca2 pape yg patut.. alhamdulillah, mlm tue diorang takde gangguan ape2 pun lar..

then hari yang berikutnya, time nie kazen yaty sorang jer.. yang lain da ada kat dlm bilik kalo tak silap.. masa kazen yaty dari parking nie, nak nek lif ke bilik dia, dia terserempak ngan 1 family dalam lif tue.. family tue ada husband, wife n 2 orang anak.. tapi 4 beranak nie mmg serba putih..**ala2 citer jgn pandang blakang tue** kazen yaty bagi salam pun dorang diam jerk.. tak bercakap sepatah pun.. mmg dorang menunduk je dalam lif nie.. kazen yaty pun pelik lar kan, bagi salam tapi tak jawab.. kebetulan plak dorang pun turun kat floor yang sama ngan kazen yaty.. then dorang terus tuju kat bilik sebelah bilik kazen yaty tue.. lega lar kazen yaty kan, coz ada org lain jugak kat floor dia tue.. msuk2 blik jer dia bgtau lar pada wife dia yang ada org masuk bilik sebelah.. kiranya da ada jiran lar kan..

then malam tue mmg diorang tak boleh nk tdo.. sbb bnyi bising sgt2.. mcm org dok berparty gitu.. ngan bunyi2 seret2 kerusi nye sume lar.. bnyi tue datang dari arah atas bilik diorang.. masa dorang nk check out tue, kazen yaty tnye lar kat kaunter reception tue, ada party ape malam tadi? kemain bising lagik bilik atas tue.. budak2 smpai tak boleh nk tdo sume.. selamba je reception tue ckp 

‘eh bang, xda wat parti pape pun bang.. lagi pun floor abg yang paling atas sekali.. xda floor lain lagik.. lagik pun floor tue, family abg jer.. xda family lain pun yg msuk lagik..’

hah sudah, da tue dari mana plak datangnya bunyi2 bising tue sume kan.. pastu mana pegi family yang kazen yaty jmpe masa dalam lif tue.. otw balik tue baru dia teringt, yang kejadian kat parking tue.. padahal parking tue mmg bawah skali, tapi mcm mane family 4 beranak tue da boleh ada sesiap dlm lif?

wife kwn kazen yaty pun kena gak.. masa dia keluar dari bilik dia, ada sorang cleaner nie dok menyapu jerk.. so wife kwn kazen yaty pun tegur lar.. bagi salam sume.. pun cleaner nie diam jerk.. tekun je dia menyapu.. skali tah mcm mana tah, cleaner nie angkat muka, mata dia mmg merahhhh gilerrr..

yg bijak nye dorang berdua bertukar crita bila da selamat smpai umah masing2.. time kat resort tue, msing2 tak bukak crita langsung.. bila dia crita kat ktorang meremang2 bulu roma.. hihihi..
tak nak pergi situ dah.. nasib baik haritu tak de pape..

blogger punya story : yaty

nak tahu tak sebab apa aku yakin sangat hotel yang blogger ni pergi sama dengan hotel yang kami duduk.. sebab dia ada post gambar hotel tu.. kalau tak caya boleh tengok sendiri dan korang jugak boleh baca cerita yang selebihnya kat sini - kisah hotel "matahari terbit"

p/s : tak pernah2 aku post entri yang berkaitan dengan 'benda' ni.. mintak dijauhkan dari terjadi kepada aku.. nasib baik waktu stay kat hotel tu tak ada apa yang berlaku.. alhamdulillah.. lepas ni jangan harap la nak stay kat situ lagi.. ekceli mana2 tempat pun sama je.. ada je 'benda' yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kita.. yang penting teguhkan iman dalam diri.. jangan buat yang bukan2 di tempat orang..

aaaadiooossss amighossttttt.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails