11 July 2011

Unexpected day! ♥

Semuanya bermula pada 10 July 2011.. pagi tu aku terjaga dari tido awal dari sepatutnya.. pukul 4 lebih aku dah terjaga.. akibatnya aku terus je online sebab aku bangun dalam terkejut.. semerta aku jadi segar.. aku memang malas nk gerak pagi tu.. terbaring je atas tilam.. mandi pun lambat.. padahal pagi tu.. si dia dah ondaway dari perak untuk berjumpa dengan aku.. sepatutnya aku keluar sehari sebelumnya.. tapi di cancelkan sebab aku tak sedap hati nak keluar dengan perhimpunan yang aman la sangat tu berlangsung pada hari tersebut.. menyusahkan orang betul kan.. haishh.. okay.. berbalik pada cerita tadi.. disebabkan kemalasan aku untuk bangkit dari tilam.. membuatkan aku lambat bersiap pagi tu.. sampaikan si dia dah sampai depan rumah dan dijemput masuk oleh abang aku sendiri.. aduiyaii..sorry la buat awak tertunggu-tunggu.. =[

kami gerak dari rumah pada pukul 10 pagi.. kami terus menghala ke The Mines.. cadangnye mahu ke Alamanda je.. tapi bila difikirkan balik.. kat putrajaya tengah berlangsung pesta floria.. hari ahad pulak tu.. confirm ramai orang bersesak2.. dah la semalam perintah berkurung.. eh betul la kan.. korang keluar rumah ke waktu perhimpunan tu..? sampai je di sana kami terus beli tiket wayang Transformers 3D.. hohoho..memang aku baru nak tengok.. nak buat macam mana.. huhu.. waktu jalan2 sementara nak menunggu wayang kami start.. time tu ada lebih kurang 45 minit sebelum start.. si dia cakap ada hal penting yang dia nak bagi tahu aku.. tapi si dia tak tahu nak mulakan macam mana.. hmmm.. risau aku dibuatnye sebab muka dia memang serius dan sedih.. ehh.. memang la sehari sebelum tu kami ada gaduh..tapiii dah settle kan..? aku pun cakap kat dia.. kita lepak starbucks sambil minum dan cakap kat situ je.. so here it is the  conversation between me, him, and on the phone with my sis and my mum..

Si dia : "sayang.. sy sebenarnye nak mintak breakup dengan awk.. hubungan kita dah tak nampak hala tuju nye ke mana.. sy nak tamatkan hubungan kita ni" (aku sentap habis bila dia cakap macam tu)
Aku : "awk main2 kan..?? (walaupun muka dia time tu serius habis) ..ape yang buat awk tiba2 nak putus dengan sy..??" 
Si dia : "sy tak nampak hubungan kita ni kemana.. kalau kita putus awk boleh jadi kawan sy lagi kan..??" (aku betul2 terpinga2 time tu..lama jugak aku berdiam sebab tak tahu nak cakap ape)
Aku : "kenapa tiba2..? apa punca yang awk tiba2 nak mintak break up dengan sy..?? u must have a good reason for this.." (dalam keadaan tenang ok.. lagipun aku memang blurr habis time tu.. tak boleh terima)
Si dia : "sy dah ada orang lain.. orang lain yang lebih sesuai untuk sy kat sana.." (serius habis muka dia..waaaa.. rasa nak nangis aku time tu..pastu dia cakap lagi..) "kejap2.. bagi sy masa kejap.." (then dia tinggalkan aku kat kerusi starbucks tu selama beberapa saat.. tak nampak langsung kelibat dia.. fikiran aku dah melayang ke mana aku pun tak tahu.. aku dah tak nampak dah orang kiri kanan lalu lalang.. hmmm..then dia datang balik..)
Si dia : "sy sebenarnya memang nak break up dengan awk.. tapi bukan sebab sy tak cintakan awk lagi.. tapi sebab sy nak jadikan awk lebih dari jadi girlfriend sy.." (dia keluarkan kotak cincin dan bukakkan depan aku.. satu cincin emas putih bertatah diamond diletakkan atas meja..)
Si dia : "Will you be my fiancee..?? if you do.. take the ring and sarungkan kat jari awk.. or you can close the box.. but if you close it mean u have reject me.." (my heart that time pounding very fast than usual.. hanya tuhan je yang tahu..)

erk..he proposed me..?? really?? like seriously..?? aku memang tak tahu nak buat dan cakap ape waktu tu.. berbelah bagi aku nak amik cincin tu.. lama jugak aku tenung kotak cincin tu dan sesekali aku pandang dia yang masih tertunggu2 jawapan aku..

Si dia : "kalau tak percaya.. awk boleh call mak.. call aien dan tanya diaorang.. sy dah pun bincang dengan keluarga awk tentang hal ni.. mummy dan baba pun sokong apa yang sy buat.. satu family sy teman sy beli cincin ni untuk awk" 
Aku : "bila exactly awk bincang dengan diaorang semua tentang hal ni..? bukan ke kita dah sepakat yang benda ni lama lagi.."
Si dia : "before 2nd of july lagi.. before our 5th anniversary sy dah bincang dengan diaorang.. sepatutnya sy lamar awk waktu tu.. tapi awk kan tak dapat cuti hari tu.."
Aku : omg! omg! omg! dalam hati aku meronta2 nak jerit.. betul ke ni..? betul ke ni?.. "awk serius ke ni..?" (aku boleh tanya soalan bodoh padahal depan mata aku dah ada kotak cincin dengan muka serius dia tu)
Si dia : "sy pun dah cakap kat abang awk sebelum kita keluar dating waktu awk tengah bersiap pagi tadi.. sy dah bagi tahu sy nak melamar awk dan abang setuju.." (aduiyai..padahal pagi tadi aku tengok abang aku dan dia macam biasa je..pandainye cover..terus aku call aien time tu jugak)
Aku : "aien..kau dah tahu ye pasal hal ni..?"
Aien : sebelum dia cakap dia dah gelak dulu macam tahu je aku tanya pasal ape.. "eh..kau dah jumpa dia ke.. a ah..seminggu yang lepas dia call..dan dia dah cakap dengan mak pun.. tapi mak tak kasi ain bagi tahu kau dulu..mak suruh rahsia..hehehe" (aien pun pass kan phone kat mak)
My Mum : "minggu lepas lagi dia dah call mak cakap pasal hal ni.. dia cakap kat mak.. dia nak memperisterikan kau.. elok lah kalau dia nak buat macam tu.. mak tak kisah.. dia dah mintak kat mak dah.. tak payah pikir pape lagi.. terima je la.. yang lain tak payah la kau risaukan.. terpulang pada kau"

aku rasa nak nangis je bila mak cakap macam tu.. it's not the exact word mak aku cakap macam tu.. tapi gaya mak cakap tu memang betul2 menyokong dan sangat bersetuju.. dan tiba2 aku menangis kat situ jugak.. depan dia.. dan mak kat phone..aku terima dengan hati yang ikhlas dan aku menuruti kata2 mak aku..dan aku yakin kata2 dari seorang mak adalah yang terbaik untuk anaknya.. aku hulurkan tangan dan cincin pun disarungkan oleh si dia.. amik masa selama 20minit jugak untuk aku berfikir sama ada mahu memakai cincin tersebut tanda aku bersetuju atau tidak.. kesian dia.. sorry buat awk tertunggu2.. patutnya sy tak ambil masa yang lama macam tu untuk accept awk.. aku terlampau banyak fikir.. mungkin time tu aku rasa terlalu awal untuk aku jadi tunangan seseorang kot..hohoho...

so here i am ENGAGED TO HIM on 10 July 2011.. alhamdulilah..dengan izin dari Allah..


perasaan aku lepas terima cincin tu.. berbunga2 kot..heee..sekejap2 aku mesti belek cincin kat jari aku tu..then "betul ke ni? betul ke aku da jadi tunang orang ni..?" heeee..dia kat sebelah aku cuma tersenyum bahagia je.. ^_^ dan setiap kali dia panggil aku ni tunang dia..aku macam tak percaya je..serius memang segan betul aku bila dia panggil macam tu.. tapi dalam segan2 tu hati aku berbunga2..cehhh..malu2 konon..hehehe.. It was a biggest and happiest day of my life..!!! well perkara ini belum lagi dikhabarkan pada sedara mara atau keluarga yang terdekat.. ini pun hanya sebagai hantar tanda dari pihak si dia.. will announce it very soon when i'm ready.. =)

p/s : sorry la kalau conversation tu buat si yang tengah membaca ni rasa mcm berdrama tapi itulah realiti nya.. bukan adaptasi dari novel mana2 ok.. =)
I'm so thankful.. and happy.. ^_^ ♥♥♥

2 comments:

kimee said...

tahniah2..

wawa said...

terima kasih cikkimie.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails