31 December 2010

Habis Suda!

0 bebel sama disini!
huhuhu..sedeynye bila dah habis training. macam sekejap je rasanye bersama dengan budak2 training yang lain. ini merupakan kali pertama aku terlibat dalam dunia training ataupun senang cakap dunia pekerjaan. banyak pengalaman yang aku timba waktu aku menjalani training kat IPTV Compliance cyberjaya. yang paling penting aku dapat gunakan kemahiran aku menggunakan komputer. nasib baik ada kena mengena dengan course aku waktu diploma dulu. so aku takder la kekok sangat kot. best dapat terlibat dalam dunia braodcasting ni.

berbalik kepada cerita aku. aku rindu sangat kat bebudak training yang lain. bila mengenangkan yang lepas ni memang susah giler nak jumpa diaorang. rasa sayu pulak hati ini. huhu. mereka2 sangat sporting, ramah, mesra dan tidak sombong. senang cakap best giler dapat bergaul dan hangout dengan diaorang. walaupun pada hakikatnye aku ni tak banyak cakap, aku gembira tengok mereka gembira. =)

terlalu banyak kenangan yang aku dapat bersama dengan mereka2. kalau tak caya cuba tengok entri2 aku sebelum nie. or click je kat sini. kenangan bersama mereka! hmmm...best kan. if korang budak2 training baca blog aku yang tak seberapa ni. aku nak cakap sorry sangat2 sebab gunakan nama dan gambar2 korang dalam blog aku tanpa persetujuan dari korang.  jangan mintak royalti plak ye nanti. kopak i! hehe. dan terima kasih banyak2 sebab sudi berkawan dan berkongsi pengalaman dengan saya. sangat seronok dapat mengenali korang dan hopefully perkenalan kita akan berkekalan sehingga bila2. =) mood touching jap! 

orait! macam aku cakap sebelum nie. habis suda training aku. ceremony terakhir bersama dengan rakan2 training yang lain telah diadakan di Menara TM pada 24hb Disember. tak banyak rasanye gambar diambil waktu tu. sebab aku ada sikit je gambar nie. so, mari kita tengok sesi terakhir bergambar bersama2 dengan budak2 training. haish sedey plak guna ayat terakhir tu. nanti kalau jumpa lagi kita amik gambar lagi ye kengkawan. =)







 yay! saya dapat bergambar dengan abg bobos comey! suka tengok dia senyum!





HABIS SUDA!
I'LL MISS U GUYS SOOOO BADLY!
LOVE THEM!

Jauh sungguh perjalanan!

0 bebel sama disini!
huh..memang terasa jauh perjalanan aku kali ni ke kampung. rasa macam drive ke utara. padahal kampung kat kuala pilah je. ye betul..DRIVE! saya drive ke kampung. dalam entri yang sebelum ni saya ada bagi tahu yang abang saya suruh drive balik kampung kan..? termakbul jugak cadangan dia tu. pada mulanye memang saya rasa was2 nak drive. ye la sorang2 kot. kereta baru pulak tu. nervous saya dibuatnye. tapi saya gagahkan jugak diri ini dan menenangkan diri ini dengan sendirinye. kang kalau tak tenang, gelabah pulak aku. break ke mana, minyak ke mana. so tenang! dan macam saya cakap tadi. saya boleh tenang dengan sendirinye. sebabnye saya drive sorang dan takde gangguan dari orang lain di kiri dan belakang saya. maksud saya dalam kereta la tu. 

saya ada pengakuan nak buat! wah! macam buat salah besar je kan.
sebenarnye dah 3 tahun lebih saya tak drive. sebab tu bila abang suruh bawak tu saya jadi was2. ye la cuba bayangkan. dengan tak praktis nye. tup tup terus bawak. wah! pro sungguh adikmu ini kan. hehe.
tapi bila fikir2 balik. sampai bila nak gelabah dan takut nak drive. so adiknye ini memberanikan dirinye sendiri. =D

saya drive ikut kereta abang kat depan. abang pun dengan baik hatinye sanggup menunggu dan drive keretanye dengan perlahan sebab adiknye ini bawak kereta macam siput. sampai abang tegur "cuba la ko bawak laju sikit" saya pun apa lagi. bila sudah diberi green light. paling laju saya bawak pun 100km/j je..haha.
memang saya akui, banyak jugak kesilapan jalan raya yang saya lakukan. tapi saya janji saya akan memperbaiki dan melatih diri saya supaya tidak berlaku lagi hal sedemikian.

oh ye! detik paling memalukan saya ketika drive. waktu kat plaza tol. hehehe. tetiba rasa malu pulak nak cerita kat sini. ish. lantak la. ceritanye begini. saya masuk tol. then orang yang jaga tol tu remaja lelaki, lebih kurang baya saya kot. 20 an gitu. dan boleh tahan rupanye. hehe. =p waktu berhenti kat tol tu, dia hulur tangan. saya pulak blur tetiba! pastu saya boleh pulak pergi tanya dia
saya : mintak ape? ada kad ke tadi?  
dia : tadi sebelum sampai sini awk masuk macam mana? sambil tersenyum
saya : ada kad ek? saya pun terus meraba ke sana sini dalam kereta dengan gelabahnye.
dia : cuba cari kat atas tu ke. kat tengah ke. tersenyum lagi
saya : ha. da jumpa! bawah peha saya sebenarnye, jumpa bila terjatuh kat bawah seat 
dia : masih tersenyum dengan ramahnye. 
saya : sorry! senyum balik dan buat muka tebal. 

Hahahaha..! sumpah malu sangat. hehe. apelah saya ni kan. pengajaran nye. lepas ni kalau ada tiket tol saya akan letak kat depan stering. huh. kang hilang lagi pulak kan. tak sanggup saya!

orait! overall semuanye okay. saya sampai rumah dengan selamatnye. Alhamdulilah. abang bagi saya markah 7/10. hehe. okay la tu kan. untuk pertama kali drive setelah lama tak drive. =)
fuhhhh...lega!!! dan saya da dapat confident saya sedikit.
saya kena biasakan diri supaya saya terbiasa dengan keadaan di jalan raya.
betul tak? hehe

pesanan khidmat masyarakat : berhati-hati di jalan raya! =)

30 December 2010

saya menang kereta!

0 bebel sama disini!
EH..?? aku menang kereta ke? betul ke aku ni? hmmmmm....bila masa entah aku masuk pertandingan or isi borang peraduan. sangat tidak betul OK!

yang sebetulnye. my abang Nizam beli kereta baru untuk aku pakai ke tempat kerja. tapi aku yang kena bayar bulan2. maknanye kereta sape? hehe. tapi kereta tu atas nama abang, so bukanla kereta aku. aku hanya menjaga dan memelihara

pasal order meng'order, insurans kereta, no plat, road tax dan sebagainye semuanye aku serahkan kepada abang aku. sain kontrak hari isnin. hari jumaat aku dah dapat kereta. huh advanced sungguh kan. kereta ready stock boleh la. oh ye tak payah la tahu isnin dan jumaat tu berapa hari bulan. =p

aku sangat teruja! excited! nervous! semua ada. bak kata astro. MACAM MACAM ADA! hehe.
tapi malu nak tunjuk kat abang. so i just act COOL. haha. =D

oh ye! ESOK!?
ada ape dengan hari esok?
esok adalah hari aku balik ke kampung.
Tapiiiiiiiiiiiii............
abang suruh drive sorang balik kampung.?
what will happen? hurmmmm....

28 December 2010

Picnik with trainees!

0 bebel sama disini!
20 December 2010

merupakan hari yang paling have fun dan sempoi sepanjang menjalankan training. kuang2..ye ke? ada la kakak kita 2 orang tu nak belanja kami semua makan Domino. woot woot. bestnye ada orang belanja kan. mereka ialah kak enny dan kak D. tetiba rasa 2 3 entri aku sebelum ni asyik cerita pasal akak dua orang nie je. kan? hehe. popular jap kamu berdua. =p  

orait, berbalik kepada cerita tadi. mereka berdua nak belanja kami bebudak training yang lain makan domino. kata mereka sempena mereka nak Blah! oh sedey giler diaorang cakap macam tu. memang diaorang pasni takkan ada kat TM lagi atas sebab2 tertentu. huhu. =(

sampai domino akak order take away! memang pada mulanye aku ingatkan mereka nak makan kat situ je. rupanye diaorang nak berpicnik bagai. wahaha. aku ikutkan je. tak kisah pun sebenarnye. selepas order siap, kami semua pun bergerak ke taman yang berdekatan. kamu semua takkan percaya kalau saya cakap dekat cyberjaya yang sunyi sepi dan hanya ada bangunan untuk bekerja dan hanya ada orang bekerja je. tersembunyi nye satu tempat yang sangat indah dan cantik. sangat tenang! takda kekusutan.

kalau tak percaya. tengoklah model2 kat bawah nie berposing sakan kat tempat yang indah tu. =D

mereka belanja kami makan! terima kasih akak2 ku!
KAMI!


 ni semua duk menunggu self timer camera..haha..
yay! kita lompat! cadangan izaa tapi.. dia tak lompat?



kami semua! sorry pada trainees yang lain. bukan kami tak ajak tapi ini last minute planning. lain kali kita planning dan pergi beramai2 OK!

p/s : totally have fun with you guys! love them! =D

Checkers Day!

0 bebel sama disini!
weeeee...it's true! it's checkers day! sangat superb! sebabnye hari tersebut merupakan hari saya, akak enny dan kak D berjanji untuk memakai kemeja checkers bersama2. hahaha. sangat kelakar, bila semua orang sekeliling tengok kami macam kami tak pakai baju je. ops! takder lah. cuma kiasan semata2. ditambah pulak dengan sorang lagi trainee, izaa. oh ye aku tak pernah mention nama dia dalam entri aku sebelum nie. dia pun pakai kemeja checkers jugak! and guess what baju2 kami ini ditaja sendirian berhad dan dibeli ditempat yang sama. ops! sorry! saya bocor rahsia! kuang2.. 

cantikkan? hehe. sampai bos kami ckp "silau, sebab warna terang sangat" haha. sabar je la.

saya, kak enny, kak D and Izaa. =D

26 December 2010

Swimming!

0 bebel sama disini!
oh yeah! saya da pandai berenang sekarang. badan saya da boleh terapung dalam air. haha. oh ye sebelum nie kalau dalam kolam. saya diri dan lompat2 je. yeah right. sangat penakut! entah kenapa, saya fobia air. takut LEMAS! betul. saya tak tipu. huhuhu.

tapi sejak saya kenal dengan kakak enny. dia yang banyak mendorong saya untuk beranikan diri berenang sendiri. sampai dia sanggup pinjamkan saya papan berenang untuk saya belajar berenang. hehe. =p

kalau tak silap saya. dah 3 kali dia ajak saya berenang kat apartment abang dia tinggal. sangat cantik tempatnye. dan tak ramai orang. so. boleh sesuka hati berenang kesana kemari tanpa gangguan.

kali ketiga adalah kali terakhir saya berenang bersama kak enny. waktu tu jugak la saya da boleh terapung dan berenang sendiri. tapi dengan bantuan papan. tak kisah la kan. asalkan saya bergerak di dalam air tanpa berjalan. HEHEHE.

THANKS AKAK! nanti ada masa kita berenang sama2 lagi ye. =)

kat sini la saya berenang bersama akak enny...
cantik kan tempat nie. best giler! 


p/s : gambar adalah hiasan semata2. kalau betul2 tak hingat nak balik rumah rasanye. berenang tanpa henti KOT! hahaha..

25 December 2010

Hot stuff!

0 bebel sama disini!
my current desktop wallpaper
I'M LOVIN IT!

i love HAYLEY WILLIAMS! 
adore her so damn much. really wanna be like her. so cute! yeah..in my dream..i know! 

moments with sister!

0 bebel sama disini!
weeee...saya sangat seronok dapat spend time with my two sister. kak Deezex Noor Ainizaa dan kak Diyana. mereka berdua sangat sweet dan mereka berdua lagi tua dari saya. umur dirahsiakan atas sebab2 tertentu. hehe. kami planning last minute for this hangout together. hari rabu lepas kerja kami bertiga terus ke Alamanda putrajaya untuk men'survey bau-bauan minyak wangi. sebab nak order minyak wangi kat orang tapi tak tahu bau perfume tu macam mana. semua kerja kak enny dan kak D. saya tak minat beli2 perfume nie. =p 

lepas survey perfume, kita orang gi makan kat food court alamanda. terserempak dengan dilla dan amiza (bebudak training jugak). diaorang tengah makan kat tempat yang sama. hehe. lepas makan kami terus gerak ke Domain cyberjaya. untuk ape ke sana? kami SWIMMING! hehehe. abg akak enny ada sewa rumah kat apartment tu. so akak enny ajak la kami berdua swim kat kolam renang apartment tu. sangat seronok OK! hanya kami bertiga. mandi tak hingat dunia. kuang2. Oh! lupa nak kasi tahu. waktu jalan2 kat alamanda. akak enny boleh plak pergi beli papan untuk swim. semata2 sebab kami nak pergi swim lepas tu. comey je gambar princess. macam papan budak2.. =p after swim kami bertiga pulang ke rumah makcik akak enny kat puchong. tido sana semalam. sebab esoknye kami kerja. nak balik rumah sendiri macam menyusahkan je. esoknye boleh pergi kerja sama2. sebelum pulang ke rumah masing2 perut lapar. so kami pun supper la dekat McD. makan2 then balik rumah.

ini merupakan kali kedua saya bermalam di rumah akak enny. kali pertama saya tido dirumah dia sebab akak ajak swim jugak. then pergi jalan2 dan tengok midnight movie dengan akak dan adik akak. pengalaman yang sangat seronok. sementara tunggu movie start kami habiskan masa bermain game. kami racing kereta tapi saya kalah. huhu. after that kami main bowling. and guess what. SAYA MENANG! hehe. tak main tipu ok. saya memang pandai main bowling. saje tak nak tunjuk. hehe. malam tu kami tengok Harry Potter Part 1. best sangat! =)

kak Diyana, saya dan kak Enny. 
curik gambar ceremony. hehe. kami swim tak amik gambar.
jangan nak ngada plak nak tengok. huhu.


24 December 2010

Impossible - Shontell

0 bebel sama disini!


I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did

And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be the
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know

Thinking all you need is there
Building faith on love is worst
Empty promises will wear
I know, I know

And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be the
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible!
Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be the
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did...

MDEC ceremony

0 bebel sama disini!
1 December 2010.

hari ini semua bebudak training dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian sijil di Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. woot woot. sangat seronok. ramai yang hadir, bukan kami budak2 IconApps je yang ada. bebudak training under program lain pun ada jugak. sangat ramai. ala-ala konvo jugak pada hari itu. sebab aku kena naik pentas amik sijil. nama ku disebut dan nama kolej jugak disebut. oh! aku segan giler. kolej yang bermasalah! sorry to say! sijil tu sebenarnye sijil tipu je pun. sijil sebenar belum dapat lagi sebab aku masih dalam training. ada sebulan lagi untuk dihabiskan. pergi sana saje nyibuk. haha.

Macam biasa, cakap banyak pun tak best kalau takder gambar. mereka2 semua nie gila bergambar. nampak je kamera terus posing. hehe. jangan marah! =p

cantik kan gambar nie..I LIKE..
ini lah dia Pullman Putrajaya. sangat cantik!
kami semua bergambar. nie baru sikit. ada 3 sesi taw mcm nie.
after ceremony kami makan besar di Laguna..heeeee..=)


 mereka2 nie adalah kaum lelaki yang training sekali di cyberjaya. =)

itu sahaja untuk hari ini. banyak lagi gambar. kalau nak tengok. sila rajinkan diri anda ke facebook saya atau kawan2 training saya OK! adios!

Sibling's Day Out + Shout! Awards

0 bebel sama disini!
yay!! saya dapat tiket free ke Shout! Award. Terima kasih kepada cik Aien kerana mendermakan tiket tersebut kepada saya dan adik kecik kami dak ayoi. kami pergi bertiga je. budak2 kecik je layan nak pergi benda ni semua. sebenarnya ada 3 je tiket sebab tu tak bawa orang lain.. hehe. 

tokey tiket of the day. =)

hari ini sangat kelam kabut ok! takut sangat tak sempat menghadiri. dak ayoi plak datang dari San Jose. nak naik flight lagi, train lagi, kul bape plak nak sampai bukit jalil nanti. cik aien kita datang dari melaka naik motor dengan tunangnye. oo my god, sanggup! semata-mata nak pergi awards nie. anyway thanks kerana bersusah payah.hehe =)

kami pergi bulit jalil naik KTM je pun, sampai bandar tasik selatan kami tukar train ke bukit jalil. jumpa dak kecik pun dalam train. nasib baik jumpa, kalau tak menangis budak kecik tu sesorang. huhu. sampai bukit jalil dalam pukul 6. kami makan dulu sebelum masuk, takut lapar plak nanti. oh ye! kami ada beli air mineral 2 botol untuk diminum takkan mandi plak kan, huh tapi masa nak masuk kena rampas. sangat tidak bertimbang rasa dan menyakitkan hati. kalau murah takpe ok! bila da masuk dalam tengok2 diaorang sebenarnye jual air kat dalam tu, diaorang tak kasi bawak masuk air sebab nak laku kan jualan kat dalam stadium. oh sungguh geram! terpaksa jugak beli sebab haus. huh! 

OK lupakan kegeraman tersebut sebentar. jom kita tengok 3 budak kecik yang GILA bergambar nie. confirm tak geram da. sebab comey sangat. haha.

 the show time begin!
 dak kecik ni bakal lalu red carpet nanti. InsyaAllah. =)
 oh! kami pun nak glamor jugak OK! hehe
 ni adik saya! hensem kan..hehe
mereka adik beradik saya! luv them!
 sape paling comey? SAYA! haha
 ni sape akak sape adik ni? confius!
OK cukup! masa untuk balik. sudah2 la bergambar. banyak lagi gambar sebenarnye, kalau upload semua semak blog aku nie. semua posing tak hingat bateri kamera nak habis agaknye. penat model of the year (saya) nak posing! hahahahaha.=D

p/s: sangat gembira kerana dapat luangkan masa bersama adik beradik ku 2 orang nie. first time bersama tengok awards! sangat teruja! hehe. =D

20 December 2010

Menuai padi di PADI HOUSE!

0 bebel sama disini!
inilah dia PADI HOUSE di Cyberjaya..
makan kat sini pun sebab pada mulanye nak cari kedai THAI.. tapi tak jumpe.. silap kawasan la plak.. last2 kami decide makan di sini je.. sebab tempat nie dari luar nampak cantik.. masuk dalam lagi cantik..
hehe.. =)


uish..nie terlebih muatan meja nie..patutnya 5 orang je.. tapi kami ber-8.. =)
sape yang belanja nie? baik sungguh masing2 belanja diri sendiri kan..=p
gambar di bawah adalah sebahagian dari menu yang kami makan..
overall semuanye sedap!
chef su yg buat hiasan ini..cantik tak? =p


yg nie sedap..tapi tuan dia tak habis makan pun..hehe..

KAMI selepas kekenyangan! blurppp..Alhamdulilah..

p/s: tiada siapa yg memerah tenaga menuai padi pun..hanya title semata2..blueekk..! =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails