29 October 2012

Officially Engaged ♥♥

Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah....
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya..
pada tanggal 13 oktober 2012 telah berlangsungnya majlis pertunangan aku dan dia..♥ hubungan yang telah terjalin selama lebih hampir 6 tahun perkenalan telah pun secara rasminya di ikat oleh kedua belah keluarga kami.. semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan dalam majlis kami tapi dapat diatasi.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. ku mohon agar hubungan ini berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

pada hari tersebut.. sebelah paginya merupakan majlis bacaan tahlil untuk arwah nenek yang baru saja meninggal dunia pada 9 oktober.. Al-fatihah.. pemergian nenek yang tak dijangka dan semua masih merasa sedih kerana tiada lagi pelapis yang bergelar mak dan ayah kepada anak2nya.. nenek dan atuk kepada cucu2nya.. serta moyang kepada cicit2nya.. semoga roh mereka dilimpahi dan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin... of course perasaan serba salah itu menyinggah dalam hati aku.. nenek baru saja meninggal takkan nak teruskan dengan majlis pertunangan ni kan.. tapi mak cakap.. kita manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.. perkara yang dah terjadi tak boleh dielakkan.. perkara yang dah dirancang perlu diteruskan.. dan Alhamdulillah majlis pertunangan berlangsung pada sebelah petangnya dan semua berjalan lancar dengan izin dari Allah swt.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga di tujukan kepada semua ahli keluarga aku.. dan semua sedara mara dan tetamu yang telah hadir dan banyak membantu dalam menyempurnakan dan memeriahkan majlis.. juga mohon dimaafkan sekiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

♥ goodies bag + DIY mini pelamin ♥

♥ DIY candy buffet ♥

♥ Hantaran for Him ♥

♥ Hantaran for Her ♥

♥ Perbincangan antara wakil pakcik2 kami berdua ♥

 ♥ MOMS ♥

♥ Alhamdulillah.. we are officially Engaged! ♥
Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.. amin..
>_<

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails