21 November 2011

Pelangi Petang

0 bebel sama disini!
Buat pertama kalinya dalam hidup aku.. aku tengok pelangi yang betul-betul sempurna dan penuh depan mata macam ni.. gambar ni aku capture sendiri di suatu petang waktu aku tengah bekerja kat ofis.. ini adalah view dari tingkap ofis aku.. bagi aku ianya sangat indah.. susah nak dapat tengok pelangi taw.. bersyukur sangat diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan.. 

I love Rainbow! ops tetiba la pulak kan..hahaha


setelah beberapa minit melihat keindahan ini.. langit semerta nya berubah menjadi gelap.. angin bertiup kencang dan guruh mula berdentum serta kilat sabung menyabung.. akhirnya pelangi pun hilang dan hujan turun dengan lebatnya.. 

langit tak selalunya cerah..
kehidupan tak selalunya indah..
hargai dan bersyukur apa yang ada di depan mata..
kerana sampai satu saat..
ianya akan hilang dalam sekelip mata..

24 October 2011

Hari Pernikahan!

0 bebel sama disini!
oh! sebelum saya terlupa..sepatutnye saya update pasal hari pernikahan kakak saya dulu baru entry pasal the wedding day.. itsokey la ek.. hehee.. tak banyak pun nak update cuma nak share beberapa gambar sepanjang hari pernikahan my sis.. oh! makeup dia sangat cantik! pandai betul pak andam tu make up kan.. opppsss.. mak andam laaa.. teheee.. jojom kita tengok gambar nak.. malas nak taip panjang lebar.. al maklum laaa.. benda ni sebulan yang lepas punyer citer.. saya ada short term memory.. minum air semut banyak sangat.. hahahaha.. oookaaayyyy... 'malas' is the main reason.. >_<










p/s: warna pink memang cantik..tapi tak sesuai untuk saya kot..ahahaha..ermm..nak warna ape ye? hehee..

Sis and Bro Wedding

0 bebel sama disini!
Sudah sebulan berlalu majlis perkahwinan kakak dan abang aku.. oh yes! mesti nak cakap macam ni kan.."baru sekarang kau nak hupdate..??" memang semenjak dua menjak tiga menjak ni.. sejak laptop mini ku sudah beralih arah.. tiada lagi arah untuk aku menghupdate blog.. ni pun pinjam laptop orang..hmmm.. so ape pun.. ini tempat mesti kena hupdate jugak dengan peristiwa2 terkini yang berlaku dalam hidup aku.. berbalik kepada majlis perkahwinan mereka.. Alhamdulillah majlis nye berlangsung dengan lancar dan selamat.. dan mereka2 sangat cantik dan segak sekali pada hari tersebut..Selamat Pengantin Baru untuk aien & abg faizal serta kak lysa & abg arieq.. semoga berkekalan dan berbahagia di samping orang yang tercinta..aminn.. ^^


 My Big Lovely Family.. Love them so much! 


p/s : semua adik beradik atas dari saya dah kawin.. so maknanye after this giliran saya.. bila tu?? InsyaAllah...^_^

20 September 2011

Open House cik yati ^^

0 bebel sama disini!
10 September 2011, Bangi ( rumah manis rumah cik yati ) ^_^

 Girls
 Boys

 Baby tembam yg comeyyyyy.. =) berat woo dukung dia.. sekejap je larat.. huhu =p
 masing2 duduk jarak.. sebab nak crop gambar punya pasal..hahaha..

after eating.. movie!!! 
oh ini budak kecik suka panggil sy yg kurus kering ni aunty gemokkk..
"xpe abg..aunty suker sebenarnye..xpernah org panggil aunty ni gemokk" hehehe.. oh.. dia la hero of the day yg saya sukerrr.. he's so funny and cute.. bkn yg korang *bahan tu ye..

p/s : Thanks to cik yati and family kerana telah menyediakan juadah hari raya yang sangat sedap dan menyelerakan.. =)

08 September 2011

Hari Raya Pertama ku di perantauan

0 bebel sama disini!
Dalam entri aku yang sebelum ni aku dah war-war kan yang aku tak dapat balik beraya kan..so memang betul la aku tak balik.. (-_-) takdernye tetiba boss aku nak cakap.."okay esok raya!! semua boleh cutiii.." tak payah lah kauu nak mengharap dek nonnn oiii.. so tahun ni buat pertama kalinya aku beraya di perantauan.. walaupun beza jaraknye cuma 2jam perjalanan je ke rumah dari ofis.. but still jauh jugak la tu kann.. hari raya pertama tak dapat nak bersalaman dengan mak dan abah serta adik beradik yang lain macam selalunye..walaupun tak dapat berhari raya bersama keluarga, mereka tetap dalam ingatan..tahun ni dapat beraya dengan ofismate pun seronok jugak.. terima kasih kepada team C kerana memeriahkan hari raya aku.. love you all strong2 la.. hehe ^_^

seperti kebiasaanye hanya gambar yang dapat mengambarkan betapa seronoknye berhari raya bersama kawan2 yang sporting habissss.. pengalaman hari raya pertama ku di perantauan yang tak boleh dilupakan.. =)
pelbagai juadah makanan yang tersedia.. masing2 bawak makanan dari rumah dan kampung.. ditambah pulak dengan kek custom made yang di bawa oleh kimie.. aduiii makkk aiii...semuanye sedap =)

makan beramai2 di pagi hari raya..adalah kewajipan walau dengan siapa dan dimana pun kita berada.. begitu juga dengan photoshoot yang melampau banyaknye..sangat bahagia rasanye dapat berkongsi dengan mereka.. =) 










Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua ^_^

p/s : ni baru sikit gambarnye..banyak lagi kat facebook..boleh la tengok mereka2 ni berposing sakan..hehehe.. apepun hari raya pertama saya best!! nasib baik tak sedey dan nangis.. thanks to them..love you all ketat2..hehehe..

Pre-Raya buat ku

1 bebel sama disini!
kenapa harus ada pre-raya untuk aku.. wahhh..mentang2 la sekarang ni tengah hot pasal pre-wedding.. raya pun kauuu nak pre jugak..nevermind laaa..ekceli harus la ada pre raya untuk aku.. sebab raya aku tak dapat balik kampung.. kerja weiii.. tak pernah2 aku raya tempat lain.. selalunya malam raya dan raya pertama mesti ada kat rumah tu.. aduiii makkk aiiii.. ting tong kepala otak aku beberapa hari sebelum nak raya tu.. sekarang ni aku nak cheritaa sikit la apa yang berlaku beberapa hari sebelum nak raya.. so this is my pre-raya.. tahun 2011 adalah tahun yang amat2 berbeza sekali untuk aku.. sejak dah kerja dan bergaji ni.. semuanya aku kena buat sendiri.. kata orang sudah tiba masa untuk kau berdikari.. jangan harapkan orang lain.. sooo.. ye laaa..

duluuu bila minggu pertama puasa je.. mesti dah fikir dah nak beli ape untuk raya nanti.. minggu kedua confirm dah beli laaa orang cakap.. tapi sekarangggg... lagi 5 hari nak raya ni.. satu ape pun tak beli lagiii.. tak pikir pun nak beli apa...

duluuu kalau shopping barang raya mesti berteman.. waktu kecik2 shopping dengan mak ayah.. ape nak mintak je.. waktu study shopping dengan encik boyfren.. tapi sekaranggg.. mak ayah pun dah tak larat nak melayan anak dia yang besar dah ni.. dah bergaji kan.. encik boyfren pun dah menjauh.. ape lagiiii.. shopping sesorang la jawabnyee.. bayar pun sendiri.. siap boleh support duit shopping my lovely sis and my adik kacak.. orang cakap kalau ada rezeki lebih tu.. tak salah kita berkongsi sama2 kan.. yang penting happy.. =)

duluuuu sehari sebelum nak raya barulah sibuk nak mengemas rumah.. pasang langsir.. tukar kusyen sofa.. sapu rumah.. keluarkan gelas2 yang cantik tersimpan dalam almari..bila nak raya je baru keluarkan..hehe..tapi sekaranggg.. disebabkan tak der orang nak tolong my sis mengemas nanti disebabkan adiknye ini sehari sebelum raya kena kerja..sooo awal dari biasa la sesi mengemasnye..at least aku merasa la sikit mood bakal menyambut raya tu kan..huhuuu..

dua hari sebelum nak raya tu aku dah terpaksa balik ke cyberjaya untuk bekerja.. dalam perjalanan balik tu.. al maklum la sejak dah drive sendiri ni.. drive sesorang pulak tu.. jalan aku ke bandar lancar je.. jalan menghala ke kampung..sesak habisss..sedey hati aku time tu..dah separuh jalan da ni..nasib baik aku tak patah balik ke rumah.. hehehe.. balik cyber pun aku kena menumpang kat rumah kawan se ofis.. sebab takut nak duduk sorang2 kat rumah bangi..hmmm..apelahh nasib.. =(

sehari sebelum raya kena bekerja.. ohhhh sayuuu nyee rasa.. dapat pulak kawan2 yang baeekkk punya duk psycho aku sebab aku tak dapat balik beraya.. ada la sekali tu ter-nangis pulak..tapi sekejap je laaa.. huhuhu..sodey sodey sodey.. bila sehari nak raya ni.. terkenang pulak mak dan akak kat rumah tu yang takder assistant yang rajin sesangat niii (aku laaa tuu).. tapi sebelum aku balik ke ofis tu.. mak dah masakkan rendang untuk aku.. aku ler yang mengacaunye sampai kering.. merasa la jugak rendang mak..kalau tak lagi sayuuu la akuu..
sedaaapp rendang mak.. terbaeekkk!!

malam raya pulak.. pertama kali aku drive viva tu ke KL.. tak pernah2 aku drive sendiri ke KL.. pergi pulak Jalan TAR.. takut pun ada jugak..takut sesat dan takut banyak kereta.. hmmm semuanya ok dan lancar waktu sampai situ.. tapi bila sangkut dalam jam.. semua kereta nak cepat je jalannye.. sangat geram bila ada sorang mamat ni bawak kereta nak berlagak dengan awek kat sebelah dia..rapat giler cucuk kereta kancil kat sebelah aku.. cicak pun tak boleh lepas la..nak mengambarkan betapa rapatnye dia cucuk..bila kancil da ke depan kereta aku.. dia cucuk kereta aku pulak... sreettttt bunyinyer habis calar kereta aku.. geram giler aku.. semua yang ada dalam kereta aku waktu tu.. tenung mamat berlagak tu sampai dia tak senang duduk.. dapat pulak simbol geram dari jari aku ni.. memang tak berani nak rapat da lepas tu.. tunduk je bawak kereta.. bodohhh habisss mamat tu..!!! hmmm.. aku maafkan la kau.. sebab ko bodoh aku tak nak diskriminasi terhadap orang bodoh.. sooo i let it go.. sepanjang berjalan kat Jalan TAR tu.. satu ape pun aku tak beli.. sesak dengan orang.. panas nye lagi.. memang mood nak bershopping tu tak sampai ke dalam jiwa..hehe.. so aku bersiar2 je la kat situ.. aptb kan..hahaha..

soooo setakat itu je laaa yang berlaku dari beberapa hari sebelum raya sehingga la ke malam raya aku.. banyak dugaan dan cabaran yang berlaku..ku tempuh dengan hati yang cekal..walaweyyy.. bermadah pulak kauuu..hahaha.. ok la.. babaiiiii... ^_^

05 September 2011

Singgah Sahur kami..!

1 bebel sama disini!
just nak update picture di bulan ramadhan bulan lepas.. hari terakhir kerja shift malam kami bersahur bersama.. tapi mengikut gender masing2 keluarnye.. kami yang gegurl ni upload gambar kt FB terus lepas tu yang boboy pulak upload gambar mereka bersahur jugak.. cuba tengok betul2 perbezaan antara dua gambar di bawah ni.. menurut seorang pelaung pulau (hehe).. gegurl lebih berstandard dari boboy.. ooomaiigoddd.. no no no.. kami biasa2 je ok.. orang cakap dah nak last2 puasa ni..special la sikit kan..hehe..


pelaung pulau caption's :  meja kemas dan cantik bersih, air dan makanan dalam bekas yang sangat proper siap ada tray, berhawa dingin dan sejuk mata memandang. sahur yang selesa.

balas caption pelaung pulau : memang bersih dan selesa tempatnye.. tak boleh nak cakap ape.. sebab klau dine-in memang dia bagi makanan dalam tray kan.. tapi semua kena buat sendiri.. kena beratur untuk place order.. angkat tray sendiri.. sos amik sendiri.. straw pun letakkan sendiri.. sedeyyyy!!! hahaha..


pelaung pulau caption's : air dihidang dalam cawan yang sumbing, tisu bersepah, kotak rokok dan lighter bersepah, jangan kata ada tray, ashtray pon takde. masing2 muka ganas sebab tak puas hati main PES sebelum tu. ini kejam.

balas caption pelaung pulau : cawan lebih better dari cawan kertas kot.. masalah bersepah adalah masalah pengguna tu sendiri yang bersepah kepalanye sebab kalah main game kot.. hehe.. kelebihan anda, dapat layanan dari mamak yang setia berdiri menunggu order, hantarkan pesanan di meja, dapat udara segar waktu pagi buta, oh oh yang paling penting.. kalau ada yang kurang.. boleh jerit je mintak kan.. p/s: boleh ke kat mcD jerit "ais kosong satu" xdapat kan..? hahaha..

boleh baca entry berkaitan sepanjang bulan puasa kami bersama-sama di blog pelaung pulau .. terima kasih ye.. suka baca entry tersebut.. ^_^

p/s: entry ini ditulis bukan untuk mencari gaduh.. tapi untuk memberitahu bahawa walau di mana saja kita berada.. kita semua sama sahaja.. tiada yang di atas atau pun yang di bawah.. renung2kan dan selamat beramal.. (ada tak siapa2 yang nak belanja saya makan..saya dah lapar..tak boleh buat entri berkaitan makanan laaa..aduiyaii..) =D

21 August 2011

Iftar bersama Family C

0 bebel sama disini!
Pada 15 ogos 2011 yang lalu telah berlangsungnye majlis berbuka puasa bersama family C.. segala perancangan dan perbincangan telah dilakukan seminggu sebelum iftar tersebut diadakan.. beberapa orang dalam family C telah mencadangkan beberapa tempat yang selesa, sesuai dan berpatutan. dan akhirnya telah memilih Cyberjaya sebagai tempat untuk ber'Iftar.. "tak lari ofis dikejar.." untuk mengambarkan betapa dekatnye dengan ofis.. hahaha..

seramai 18 orang telah menghadirkan diri untuk Iftar bersama-sama di Bayou Cafe, Kelab Komuniti, Cyberjaya.. namun ada beberapa orang dari family C tidak dapat melibatkan diri atas urusan tertentu.. walaupun begitu ape yang telah dirancangkan harus diteruskan.. mungkin di lain masa kalau ada apa2 event.. WAJIB datang ye kawan-kawan.. =)

pelbagai juadah terhidang di depan mata.. fulamakk banyak sungguh.. rambang nyer mata semua orang.. mata saya tak.. sebab saya bukan jenis yang makan semua benda.. memilih dan cerewet sikit orangnya..hehehe.. tapi overall makanan semuanya nampak sedap dan terhidang dengan cantik dan banyak.. memang cukup la untuk semua orang yang ada kat situ.. banyak lebih kot.. sayangnye tak boleh tapau.. membazir kan.. baik bagi kat kita je.. hahaha.. ada hati nak tapau.. ingat cafe tu kau punya..aptb!

macam-macam ada.. kuih-muih, puding, rojak, laksa, pizza, lauk-pauk, pasta, spagethi, nasi ayam, ABC, air jagung,  air ape ntah lagi.. lupa pulak.. tapi banyak la airnya.. pastu ada daging kambing grilled, sosej bakar, ikan bakar, walaweyy.. boleh dikatakan semuanya sedap.. cakap je.. eastern.. western..semua tersedia.. cakap banyak pun tak dapat mengambarkan betapa berselera nye semua orang.. so lets picture do the talking.. =)


 selamat berbuka kawan-kawan.. =)


akak-akak kita tengah bergosip la ni..hehehe..
 belakang meja tu semua datuk2 je.. haha..berangan la nak kawin anak datuk..xnmpk kelibat..datuk buat ape..? hehe
 with cik yati.. peace ^^
 artis jemputan.. hehe.. =)

orang kuat program Iftar! hehe.. 
terima kasih encik kimie.. =)
K.A.M.I 
^_^

p/s : diharapkan iftar ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami.. terima kasih kepada orang2 yang terlibat yang berusaha untuk menjayakan program ini.. semoga semuanya berpuas hati dan gembira hendaknya.. looking foward for next event.. yayyy!!

10 August 2011

Makanan yg comey =)

0 bebel sama disini!
cheese tart mix filling (orange, kiwi, strawberry, blueberry, nenas)
kalau nak order yang macam ni jugak boleh klik

apam with filling.. angry bird (chocolate), lady bird (strawberry) & polkadot (blueberry)
untuk tempahan apam ini anda boleh klik

p/s : bukan saya yang buat makanan comey2 di atas ni ok.. saya order online je.. saya cuma share kan link2 tersebut.. selamat meng'order dan selamat menikmati.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails