setelah episod lamaran itu.. kami berdua menjalani kehidupan seperti kebiasaannya.. tiada yang berubah cuma bila dah masuk ke tahun 2012..kami mengambil keputusan dan bersedia untuk mengikat hubungan ini dengan lebih erat.. Alhamdulillah, tiada halangan dari keluarga kami.. cuma mungkin ada sedikit kesulitan tapi itu biasalah.. adat kehidupan..
segala persiapan telah dibuat 2 bulan sebelum majlis nya berlangsung.. tempah baju tunang, beli cincin, beli barang2 hantaran, beli barang2 goodies dan juga bahan2 untuk membuat perhiasan seperti bunga tisu dan bunga kipas kertas.. semuanya DIY (Do It Yourself) untuk mengurangkan bajet dan tidak mahu berlebihan.. persiapan untuk majlis dibantu oleh my lovely mak dan 2 orang kakak ku, hana dan aien.. mereka yang banyak membantu dari bab membuat perhiasan, menempah kek, mengubah hantaran, menempah katering dan lain2.. terima kasih yang tak terhingga juga di atas jasa baik semua ahli keluarga yang lain yang sedia membantu.. love you all very much.. cewahhh.. >_<
moh ler kita tengok sikit persiapan dua bulan sebelum majlis berlangsung..
kak aien kita dengan bunga kipas kertas nya.. cantik kan warna warni..
bunga kipas kertas warna ungu untuk background
bunga untuk hiasan hantaran cuma pakai crepe paper.. kak hana yang buat ni.. chantek kan.. =)
bahan2 untuk membuat props =)
inilah dia props yang sempat aku DIY sendiri.. walaupun tak berapa nak chantek dan kemas.. tapi okaylah sekadar untuk berposing 2 3 saat..
yang ni pulak group whatsapp kami adik beradik.. abang ajam yang create group ni sejak 11/2011.. kesemua 6 adik beradik suka bergosip and sharing kat sini.. oh sila buat tak nampak muka cik aien ada dua.. sebab dia guna 2 nombor..haha.. nak gosip dan bincang pasal majlis aku punya pasal.. siap tukar title group jadi "Pertunangan cik awa 13/10".. okay sesapa yang guna whatsapp tu tahulah kan title tu boleh diubah2.. whatsapp salah satu medium untuk kami berhubung selain call dan message.. al maklumla freeee.. ada emoticon banyak.. fon pulak semua yang ada wifi.. selalu ler online ye tak.. =D
ini pulak tempat sarung cincin nanti.. belum ada hiasan background lagi time ni.. suci dan murni lagi dinding rumah mak abah aku ni.. banyak jugak cabaran nak memasang background dia.. gam tak lekat la.. pastu asyik tercabut je kertasnya.. hoho..
antara komen2 adik beradik aku lepas share gambar kat whatsapp..
lepas tu ni lah yang jadi....
...
...
lepas satu satu bunga kipas kertas tu terbang sebab gam tak lekat.. hahaha.. sabor je la ye tak.. abah aku cakap.. "macam durian gugurnya bunga kau ni wa" aku pun cakap "dah gugur tu boleh lah kita makan buahnya bah.." hahaha.. abah pun pandai ngacau aku kan.. tapi alhamdulillah.. masalah bunga kipas gugur ni dapat diatasi dan sewaktu majlis tu berlangsung tak da satu pun yang gugur dan terbang.. =)
ini lah baju yang aku pakai waktu majlis tu.. kak aien kita yang rajin tu adalah jahit tangan tambah2 manik sikit.. mekaseh ye.. =)
terasa macam entri ini agak panjang lebar.. cukuplah setakat ini sahaja.. sedikit sebanyak cerita sepanjang persiapan.. lepas ni saya update pasal hari tersebut pulak okay.. sekian.. =)










No comments:
Post a Comment