05 March 2012

Tahukah anda..?

sumber : google images

Tahukah anda?
Hari ini 5 march, merupakan entry pertama saya sejak kita melangkah ke tahun 2012. Entry terakhir saya ialah pada 27 november 2011 yang lepas. 

Tahukah anda?
Pada tahun ini saya akan menjangkau usia 24 tahun. ^_^ tahun depan umur saya 25 tahun. teruja tak? sebab apa saya tanya macam tu? sebab waktu sekolah dulu saya selalu cakap umur 25 saya nak kahwin. eh? hahaha. waktu kecik kan kuat berangan. sekarang pun makin menjadi2 berangannya. tahukah anda? hahaha.

Tahukah anda?
Sepanjang saya tak menghupdate blog pada 4 bulan yang lepas, macam2 perkara yang berlaku dalam hidup saya. ada yang manis untuk dikenang dan ada yang pahit untuk dibuang. yang manis akan saya blog kan di sini kalau saya rajin. =) yang pahit? shuh shuh pergi jauh2. semak ok!

Tahukah anda?
Keluarga saya telah bertambah ahli nya dengan kehadiran baby boy dalam family abang saya pada 21/12/11. nama dia Aariz Khazim. Dia comel! tapi saya tak berani lagi nak dukung dia. tahukah anda? memang saya tak berani nak pegang baby yang masih kecil yang baru lahir. macam mana la nak pegang anak sendiri nanti ek. adoiii. hehehe =D

Tahukah anda?
Tahun 2012 genap setahun saya bekerja di Telekom Malaysia (TM) sebagai editor. walaupun banyak rintangan dan dugaan sepanjang bekerja di sini, saya akan cekalkan hati dan bekerja dengan seikhlas hati. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan disini. =)

Tahukah anda?
akaun facebook saya kini hanya digunakan untuk 'check -in', share gambar2 dan share lagu2 kegemaran saya. Hanya menghupdate status jika bagi saya ianya penting. sejak saya tahu ada stalker dan talam yang dalam diam menghendap kehidupan saya. saya rasa terlalu famous amos. saya tak nak la jadi riak pulak nanti. tahukah anda? hahaha. 

Tahukah anda?
saya semakin aktif membebel dalam akaun twitter saya. bagi saya kalau orang nak kisah ke. tak nak kisah ke. itu hak individu. twitter bagi saya merupakan tempat meluahkan perasaan. tahukah anda? akaun twitter saya di set kan private sebab saya bukan artis nak 'public' kan kehidupan saya. kalau sanggup nak follow bebelan saya boleh carik saya kat twitter ye. =)

Tahukah anda?
entry ini di taip di ofis tempat saya bekerja. hari terakhir shift malam saya. so pagi ni saya dah start cuti. disebabkan saya tak TERtido malam tadi jadi balik nanti saya nak topup tido. setakat ini tiada apa lagi yang anda perlu tahu tentang saya. sebab saya tak dapat pikir apa lagi yang saya tahu tentang diri saya. tahukah anda? 

adios amigos ^__^

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails