17 April 2011

Mini Family C Day (Part 5)

1 bebel sama disini!
yayy! akhirnye! hari yang ditunggu2 telah pun berlangsung. mini family C day telah pun berakhir dan kami satu family sangat seronok! erk! ada yang tak seronok ke?? belakang cerita ok!. tapi bagi aku, this is the best family day I ever had.. sebab sebelum ni aku tak pernah lagi join family day dengan rakan sekerja. al maklum la. this is my first time and my first place of working kot. best best best sangat! tak tipuuuu..=)

jumlah semua sekali orang yang terlibat ialah 20 orang. terdiri daripada budak2 team C, tunang encik hakimee dan mohd azizol @ azila.. heheee.. kami semua terbahagi kepada 3 kumpulan dan masing2 ada trademark yang tersendiri. 

team "pergii meninggalllll" huish. terasa sensitif bebenor bunyinye kan.
hehe. tapi sekadar bersuka ria. jangan touching lebih ye..hehe
yang ini pulak team "ekkk elehhhh" huish tak boleh lawan team ni.
semangat habis!! hehe
yang ini team aku "kiterrr bakorr jeee" happening team ni. suka buat masalah. bakor bakor! heheheee..

 acara dimulakan dengan senaman aerobik yang diketuai oleh anep dan saidi. masing2 mengikut arahan dan memanaskan badan dengan sempurna. nasib baik sepanjang hari keluarga berlangsung, tak ada orang yang pengsan atau cedera. alhamdulilah. =)
gelek jangan tak gelek. hehe. senaman pinggang ok! kita datang nak bakor bukan nak poco-poco. hahaha

 bowling pantai. best game of the day! semua tak senang duduk kalau tak jatuh botolnye. yang paling best, bila ada orang tu tebuk lubang kat kelapa sebijik macam bola bowling. saborr je la ye aniq..heee 
 yang ini pulak cari guli dalam pasir. tak tahu la urus setia nye tanam macam mana. aku tak jumpa sebijik pun. tanamnye 100 bijik, jumpanye 10 bijik je. bak kata penganjur, "kita postpone je game ni untuk tahun hadapan" pulakk dah. sabor je laa..hehe.
 game yang ni tak termasuk dalam aturcara. tapi belasah je la. masing2 excited nak naik bot pisang. haha. waktu first time dijatuhkan, teramat la sakit. ade ke jatuhkan kat tempat yang cetek. badan hempap pasir kot. sakit2 badan aku. 

yang ini pulak. acara tarik tali. pemenang nye team 1 (aku punya team). tapi hadiahnye tak ada. game sekadar untuk bersuka ria. game ni la yang membuatkan aku sengal2 badan selama beberapa hari. walaupun tarik ala kadar je. sebab da ramai hero dalam team aku. tapi sakit jugak akhirnye. aku rasa tali tu yang tarik urat2 badan aku ni. aduiiyaii. balerr balerr..

ini pulak sesi mendamparkan diri di pantai. semuanye kepenatan setelah ditarik oleh tali. bukan kita yang tarik tali. aterrr.. saborr je la..haha. sangat seronok bila dapat berendam macam ni sekali sekala.. aterrr kat umah kan takder tab mandi. hehe.

setelah penat berenang dan mandi manda di pantai. semuanye bersiap2 mengemas tapak, dan menyiapkan diri untuk penyampaian hadiah dan saguhati. betul2 mcam penyampaian hadiah kat sekolah. sangat seronok momentnye ketika itu. heeee..

tempat ketiga jatuh kepada team "kiterr bakorr jeee"
naib johan jatuh kepada team "pergiiii meninggallll.."
johan nye jatuh kepada bukan johan raja lawak tapi team "ekkkk eleehhhh" syabas betey! hehe

end of the day! kami semua happy dan sangat cinta dan sayangkan group kami.

p/s : LOVE them very much! semoga kita semua bekerja dengan lebih cemerlang dan bekerjasama seperti satu keluarga.. muah muah.. (^_^)

13 April 2011

Mini Family C Day (Part 4)

2 bebel sama disini!
it's a day before our mini family C day. kaum wanita iaitu aku, izah, ayu, shida dan janna bertolak sehari awal ke port dickson. seperti dalam entri aku yang sebelum ni. aku ada cakap yang kitaorang telah menempah apartment 2 bilik. kami stay semalam di Sunshine Bay Resort, Port Dickson. boleh tahan la tempatnya. tu la yang paling murah kami boleh dapat. ada yang lagi murah tapi full booked. but overall, amat berpuas hati. berikut adalah gambar apartment yang kami tinggal. walaupun simple tapi agak selesa, alhamdulilah tiada gangguan dan semuanye selamat.






bilik kami mengadap pantai y'all !! haha. sangat menenangkan jiwa!


kami tiba di apartment pada jam 12 tengah hari. nasib baik boleh terus check in. sepatutnya pukul 3 petang. lepas check in. kami rehat sebentar then keluar mencari makan tengah hari dan seterusnya jalan-jalan di tepi pantai sambil meng'usha tempat untuk menjalankan aktiviti hari keluarga pada keesokkan harinya. 



bersantai di atas batu di tepi pantai sambil makan asam.heheee.. =)

petangnya pada jam 430 kami balik ke apartment kerana hujan mulai turun rintik2. nasib baik hujan tak lebat. masing2 excited nak mandi pantai dan kolam renang. apa lagi petang tu jugak dalam jam 5 lebih kami redahh ajeeee.. hehe. malamnya kami makan2 di kawasan terbuka berdekatan pantai. boleh nampak air laut. makan la jugak seafoodnye. iaitu kerang rebus! hehee. jadilah.. 




habis makan-makan, kami berjalan sebentar di sekitar kawasan PD, dan terjumpa kerusi urut. waaaaahhh! seronoknye rasa dapat berurut sebentar setalah penat berjalan seharian. sebagai persediaan jugak untuk menjalankan aktiviti pada keesokkan harinye. heheeee..

(^_^)

10 April 2011

Mini Family C Day (Part 3)

2 bebel sama disini!
lusa merupakan hari yang ditunggu2.. tapi hari ni sudah terasa excitednye bagai nak rak.. hahaha.. alamakkk terlebih suda ni. hehe. arini last day kita orang team C kerja. esok dah start cuti.. yay!! arini kat ofis, beberapa budak team C bergotong royong untuk menyiapkan hamper2 untuk hadiah sukaneka nanti. yang tukang duk seletip dan balut hamper kerja budak perempuan, izahhh dan syida in charge dalam hal ni. aku cuma tolong sikit2 je. hehe. gambar diorang tengah balut takde la pulak. ada amik, tapi gambar gegar. dan aku terdelete. nk amik balik camno tu. suh bukak plastik balut balik semulo ko..? aduiyaii..

opsss! dalam duk tengah balut2 tu, adalah orang tu.. bising2 cakap budak perempuan balut tak cantik. amboiii..cer torai tengok.. nak tengok ke hasil kerja diaorang tu.?

ini lah hasil kreativiti diaorang, dah macam menara condong je aku tengok.. tak stabil sungguh.. hahaha.. belum suruh balut lagi tu.. macam mana la gamaknye..
tapiiiiiiiiiiiiiiiii

ya ampun. reben diorang tersangat la cantik. ekceli sebenarnye mintak tolong budak lelaki belikan riben yang dah siap bentuk.. tapi diorang terbeli reben yang bergulung banyak tu. disebabkan itu, mereka kena denda la buat riben sampai jadi. at the first time, aku ingat diaorang tak leh buat tau. so biarkan je la diaorang buat dulu, bila dah siap. ohhh myyy.. macam pro je dia orang ni. aku pun tak terfikir nak buat macam tu. bila dah balut cenggitu, rasa sayang pulak nak koyakkan bila dapat nanti. eh menang ke?? hahaha. moh kita tengok mereka bekerja.




inilah hasil gotong royong kami semua. heee.. cantikkan!!

petang sebelum balik kerja, ada briefing sikit. ape yang perlu dibawa, berkumpul kat mana, pukul berapa. siap dapat aturcara lagi gitu. hehe. i cant wait!! now nak packing2 barang dulu. will update pasal tempat penginapan and more pictures of family day!! see u later!

Mini Family C Day (Part 2)

0 bebel sama disini!
okay. aritu aku dah cerita tentang pencarian sourviner untuk family day. part kali ni aku nak cerita pasal preparation yg dibuat beberapa hari sebelum hari keluarga tersebut. huh. hari ni dah 6 haribulan. hari keluarganye pada 11 hb nanti. hari ni je. dari pagi aku dah pening kepala duk mikir kat mana kami the girls nk stay pada hari ahad nanti iaitu 10 hb. kami cadang nak gerak sana sehari awal. supaya takder la esoknye penat nk ke PD.. pastu boleh terus start main game je nanti.. so kami pun decide nak stay one night kat mana2 hotel yang berpatutan, yang mampu kami bayar. lepas satu2 laman web kami survey harga dan room yang available. akhirnye jumpa jugak. kami cuma berlima je perempuan. yang lain ada hal, diorang datang hari isnin nanti. kami jumpa hotel yang boleh tahan la harganye.. bawah 150 je. apartment 2 bilik, tengok online macam bagus je tempatnye. tapi tak tahu la macam mana nanti kan. so kita tunggu dan lihat je la. so excited! hehe..bercuti sakan gamaknye.. =D

ohhh..dalam pada bergembira dah dapat booking hotel, kami duk pening dengan sourvinier yang kami tempah pulak. kami telah memberi kepercayaan kepada tokey kedai untuk design kan untuk kami. tapi bila bukak email petang tadi. designnye cuma ala kadar je. macam last minute work. aduiiyaii.. geram dan kecewa sikit la. but overall dapat diatasi. kami telah pun design sendiri mengikut citarasa kami.


ini lah design dari mereka. erk! simple sangat kan?? 

huh. kalau tahu dari awal, tak payah la bazir masa tunggu diaorang design. tinggal berapa hari je lagi ni..sempat ke dioarang nk printing. hmm..ops! terbocor rahsia sikit. yup kami printing sesuatu. tapi ape? itu rahsia.!! hahaha. tunggu dan lihat je nanti ok! waaaaa...bila nak 11 hb ni. aku dah tak sabar nk bercuti sakan ni. hehe. =D

Mini Family C Day (Part 1)

0 bebel sama disini!
hohoho.. I'm so excited for upcoming mini family C day!! erk.. tapi kenapa mini?? kenapa family C? meh nak kabo awal2.. mini kerana di anjurkan secara kecil kecilan dan sederhana. family C pula adalah kerana aku bekerja dalam team member C. kat tempat yang aku kerja sekarang ni ada 3 group iaitu A, B dan C. dan aku tergolong dalam kelompok C. al kisahhhhh... tersebut la kisahhhh... hehe

Today my off day.. join my teamate shopping barang for family day ni. kami hanya berempat je. aku, izah, shida and ayu. huh. macam2 kerenah orang yang berniaga kt shah alam tu ek.. diorang semacam je anti ngan budak uitm.. pelik gak kami berempat. ada ke sorang makcik ni cakap kami ni budak uitm. mulanye nk tanye jalan je.. dah dia tanya latar belakang pulak. kami bukan nk interview kerja la makcik..haha..saborr je la. setiap kali masuk satu2 kedai. terasa macam di anak tirikan. payah bebenor demer nak angkat punggong layan pelanggan..aterr kome tutop je kedai..saborr je la..

setiap orang telah diberi tugas untuk mencari barang2 untuk family day nanti. izah dan shida in charge dalam pencarian hadiah. aku dan ayu pun join la sekali survey for sourvenier utk family day nanti.. hoho..payah jugak nk mikir cari sourvenier tu.. budget tak banyak tapi overall kami berpuas hati.. haha.. hopefully teamate yg lain pun sama la ye.. nak tahu ke ape hadiah nye?? hadiah nye adalah rahsia..hoho..

penat seharian kami berjalan, sampai lenguh2 satu badan..aduiiyai.. petangnye kami singgah sebentar makan ABC fradoo special..yummmy sedap bangat! nanti nak datang situ lagi la. hehe.

^_^

07 April 2011

What's my name ??

6 bebel sama disini!
Ooh na na.. what's my name..?? lalalala ~ ~ ~

Tak der la konflik sangat situasinye sampai aku tak tahu nama aku sendiri. As for now. Alhamdulilah aku masih waras dan boleh eja nama aku sendiri lagi. Cuma aku sedikit keliru jerr. Al kisahhh nye begini. Pada minggu lepas, office tempat aku bekerja telah pun mengambil pekerja baru. Al maklumla, kekurangan tenaga pekerja. Ada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang telah diserap masuk ke dalam team C. Mereka adalah Fizi, Salim, Intan dan Wawa.

Ooh ! did I mention my name just now..???

Hmmm.. waktu sesi suai kenal bersama ahli2 baru. budak ofis aku yang lain suruh aku tukar panggilan nama aku disebabkan aku orang lama. eh?? patut kah begitu?? huhu.. takpe la.. I merajuk sebentar. hmmmmm.. okay dah elok!! haha..

Sejak hari tu. aku selalu tersilap. ye la sebelum ni kat ofis cuma aku je yang orang panggil wawa. tetiba ada pulak yang = (sama dengan). hurmm.. kadang2 bila supervisor panggil. "wawa! wawa!" aku toleh la dan menyahut. eehhhh. rupanye bukan aku yang di panggil tapi yang sorang lagi. aduiiyaiii.. camno ni. sejak hari tu. aku dah keliru dan decide untuk buat tak dengar kalau ada orang panggil wawa. wahahaha (bukan aku kan???) =p

budak ofis aku yang lain ada jugak yang mencadangkan beberapa panggilan nama untuk aku dipanggil seperti

  • wawa kuasa 1 ( sorang lagi wawa kuasa 2??)
  • waweurrrrr 
  • wawo..( supervisor saidi yang panggil "kecek kelate la pulok")
  • sal ( waktu aku form 1 sampai form 3 , kawan2 aku waktu sekolah pompuan dulu yg panggil )
  • awa (family aku je yang guna)

hmmm.. rasa rasanye yang mana satu sesuai. aku pun tak kisah sebenarnye nak panggil aku dengan panggilan ape pun. asalkan bukan mengutuk aku dan menjatuhkan maruah aku. nak panggil aku 'sayang', 'baby', hahaha.. cuba la.. kuang2. gataiiii noooo...saborr je laa..

It was nothing ekceli. aku tak terasa hati or sakit hati pun. cuma kadang2 aku jadi confius. orang panggil aku ke panggil sape ni. hahaha. I think better bukan aku yang patut tukar panggilan nama kot. sebab nama aku cuma satu kerat je. yang sorang lagi tu ada beberapa kerat. hehe.. jangan marah ye 'wawa kuasa 2', aku rasa kau pun mesti keliru jugak kan. saboor je la kiter..hehe

takpun panggil je I sally, ejaannye.. "S I  L L Y"
wahahaha.. saborr je la..
(^_^)

02 April 2011

Menyervis!

0 bebel sama disini!
erk ! ape itu 'menyervis'? of course kalau cari dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, memang korang takkan jumpa. suka suki hati aku je buat ayat sendiri. sila dapatkan dipasaran ok! limited edition "kamus wawa" hehe.. aduiiyaii aku ni memang tak boleh dibiarkan. kalau tidak melalut berpanjangan. orait! 'menyervis' tu adalah men'servis ye adik2! =)

hohoho.. pertama kali aku pergi servis kereta sorang2.. sebelum ni ada jugak aku teman seseorang pergi servis kereta dia. tapi tu lain sebab aku cuma temankan. mula2 nak gerak ke tempat servis tu memang takut sangat sebab aku sesorang je. malam sebelum hari tersebut, abang aku ada ajak keluar pergi survey jalan ke tempat servis sebab aku tak tahu jalan ke sana. esoknye abang aku kerja, tak boleh nak temankan. al kisah! so aku kena la jadi independent untuk keesokkan harinye. hehe

esoknye..sampai saje di tempat tersebut, parking punya la terhad. aku ingatkan tak ramai orang. ye la. sebab hari biasa kan. semua orang bekerja. tapi nasib aku baikla jugak sebab ada satu parking side tepi. erk! aku teramat lah fail kalau nak parking tepi. kenapa ntah. aku tak boleh nak bajet space. kekadang aku rasa aku dah nak terlanggar kereta belakang. kekadang takut termasuk longkang tepi. aduiiyaii. sindrom ape la yang aku alami ni. huhu. nak kena praktis parking masuk tepi lagi lepas ni. hmmm.. last2 aku keluar kereta, suruh abang yang kerja kat tempat servis tu tolong parking kan. hehe. malu nye la aku.

aku masuk dalam dan confirmkan appointment. rupanye kereta yang berlambak kat luar tu tadi. semuanye belum diservis lagi. aduiiyaii. bape lama lah aku nak kena tunggu kan. nasib baik la ruangan menunggu dia best! boleh tahan selesa la jugak. ada wifi yang laju dan tv astro. nasib baik bawak laptop. aku pun ape lagi. meng'onlinekan diri aku tanpa menghiraukan kiri dan kanan sambil layan cerita P.Ramlee kat tv.

ruang menunggu ni boleh nampak kereta kita di servis. disebabkan belakang aku takder orang. aku pun mem'webcam kan diri aku untuk snap gambar ni. haha.

aku terpaksa menunggu selama 2 jam lebih, then barulah kereta aku siap di servis. merasa bangga sedikit sebab aku rasa aku dah boleh berdikari dengan sendirinye. hehe =p sejak aku pakai kereta sendiri ni. terasa banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. as i'm paying for my car servis and paying for car monthly and fuel every weekly. aku rasa aku dah cukup mampu untuk menyara diri aku sendiri. Alhamdulilah.. aku diberikan kerja yang bagus dan gaji yang berpatutan. hopefully segala urusan aku dipermudahkan oleh Nya.. Aminnn.. =)

p/s : dan dengan secara tidak langsungnye. aku pun telah 'menyerviskan' diri aku semenjak mempunyai kereta. semoga kehidupan aku akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnye. kahwin pulak.. ok tak ?? haha =D

01 April 2011

Rindu 1/2 mati pada si dia ♥

0 bebel sama disini!
Aku ingin engkau ada di sini
menemani ku saat sepi
menemani ku saat gundah

Berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu

ku hanya memiliki kamu

Aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

Meski telah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu....


Daisypath Anniversary tickers


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails