01 November 2012

C Tournament Bowling Day

woot woot.. it was really fun today.. ^_^ seperti kebiasaannya kalau group C buat event memang tak pernah tak seronok laa.. hari ni merupakan Hari Kejohanan Bowling Tertutup Compliance Group C yang berlangsung di Alamanda, Putrajaya.

Event kali ni meriah kerana berbilang bangsa iaitu melayu, india dan china.. aku tak pasti jumlah sebenar orang yang menyertai event ni.. tapi dianggarkan dalam 30 lebih orang.. termasuk urus setia seramai 4 orang.. iaitu supervisor daus, kimie, muhaimin dan izzah.. terima kasih kepada korang kerana telah berjaya mengurus setiakan event yang happening ni..

kumpulan pula terbahagi kepada 6.. nama kumpulan masing2 mak datoook.. serius diaorang ni memang banyak imaginasi terpendam.. okay.. here it goes..

 Kumpulan Merah - Memerang Garang
Kumpulan Kuning - Kuku Ku Kuning
Kumpulan Hijau - Orang Kampung
Kumpulan Putih - White Rangers
Kumpulan Hitam - Gagak Hitam
Kumpulan Biru - Air Laut Rasa Pantai

kumpulan memerang garang tu kumpulan aku.. memang tak sia-sia ke'garang'an kami sampai masuk final dan jadi Johan.. woot woot.. bangga la jugak.. yang penting jiwa kena kental tak boleh 'moral down' dengan orang sekeliling.. hehehe.. No heart feeling ya guys.. kita cuma suka2.. yang penting semua orang happy dan dapat spent time together-gether.. ^_^

okay mesti ada yang tertanya2.. macam mana boleh dapat nama2 kumpulan ni semua.. dont ask me.. sebab aku pun masih tertanya2.. memerang garang..? memerang tu merah ke warnanya..? dan lebih2 lagi nama kumpulan biru tu.. dah lerr panjang ya ampunn.. air laut rasa pantai?? bukan rasa masin ke? hahaha.. okay nevermind.. tapi best jugak la nama2 kumpulan yang diaorang pilih ni.. kelakar pun ada.. nama pun untuk seronok2 kan..

semua orang dapat medal dan hamper makanan.. dari tempat ke-enam sampai lah medal naib johan dan johan.. best kan.. walaupun cuma main untuk suka2 je bukan macam sukan olimpik tu tapi dapat jugak medal untuk dibuat kenang-kenangan.. urus setia pun dapat jugak pingat penghargaan tau.. thanks kepada urus setia.. terbaekk.. =)

eh..mana gambar..? sorry guys.. gambar tak da pada aku.. belum copy paste dari bebudak ni.. next entry aku selit gambar okay.. entry ni pun aku buat sebab tak menyempat nak menaip.. malam masih muda.. dah habis tengok adam hawa online tadi.. alang2 terus buat new post.. walaupun esok pagi kerja.. 
thats it for now...

adiosss amigosss.. and good night.. ~_~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails