31 March 2011

belon udara panas

0 bebel sama disini!
Baca tajuk pun mesti semua dah dapat agak kat mana belon udara panas ni telah berlangsung kan. yup! betul..putrajaya.! pesta tersebut bermula pada 17 hingga 20 march 2011 yang lepas. korang pergi tak tengok?? sangat mendukacitakan kerana sepanjang 4 hari pesta tu berlangsung, cuaca tidak mengizinkan, asyik hujan je setiap kali menyinggah. gaya cakap macam pergi tiap2 hari pulak kan tak der la..aku pergi hari pertama dan hari kedua je. lepas tu dah tak der mood nak berbelon2 udara der..huh.

Hari Pertama

Merupakan hari pertama aku cuti, minggu nie aku tak balik kampung disebabkan pesta belon udara panas ni la. pada mulanye dah berjanji nak pergi dengan si aien, tapi dia tak dapat datang pulak, tahun depan la nampaknye ye aien. ayoyoyo. hari pertama tu, abang dan family dia nak pergi tengok belon, so aku pun menyibok la ikut sekali. aduiyai. nak duk rumah, bosan tak buat pape. hmm.. sampai saje di putrajaya, keadaan sekeliling memang lenggang sangat2. tak ramai orang pun. mungkin hari orang bekerja, waktu sampai kat situ takder satu pun belon yang naik kat udara sebab belum masanye lagi. kami pun jalan2 je la di sekitar booth2 yang dibuka.


sampai di suatu booth ni, diaorang ada buat promotion naik cruise untuk separuh harga. sangat berbaloi, sebab dulu aku naik 2 orang dah RM60 hinggit. waktu tu cuma aku, abang ajam, kak aini dan dua orang anaknye yang comel tu, lebih kurang RM60 hinggit je..tapi 5 orang boleh naik.. berbaloi kan?? Hanya kami berlima je yang ada dalam cruise tu, dah rasa macam cruise tu kami yang punya of course la ada pemandu cruise dan penolongnye, takkan aku pulak yang bawak. hohoho. sangat seronok sebab dapat duduk kat bahagian deck depan sepanjang perjalanan. menikmati suasana petang, bersiar2 mengelilingi tasik putrajaya. pukul 6 petang, kami terpaksa bergegas pulang sebab guruh dah berdentum, hujan pun dah turun rintik2. jalan punya la laju nak sampai ke kereta, nasib baik sempat sebelum hujan turun dengan lebatnye. a lil bit disappointed sebab tak dapat nak tengok belon naik. sepatutnye pukul 6 tu diaorang dah start pam belon. hmmmm..

Hari Kedua

menelefon lagi si budak aien untuk confirmkan sama ada dia nak pergi ke tidak. tapi jawapan tetap sama. tak boleh datang. hmmm. arini hari kedua aku cuti. esoknye baru keje malam. haish. lamo sunggoh teraso cutinyee.. ape aku nak buat hari ni ye. hmmm. niat di hati, nak aje aku lepak kat ice room, makan ice cream sambil online. sorang2 pun takpe kalau aku dah menghadap depan laptop. ajak kengkawan yang lain keluar, sorang pun tak free. tapi nasib aku cukup baik 'sekejap' sebab yati, kawan ofis aku nak temankan aku keluar.  cadangnye nak pergi tengok belon lagi hari tu. planning nak pergi pukul 4, tapi hati yang bermood baik tadi dah berubah jadi hambar pulak. sebab hujan, kilat dan guruh berdentum2 start dari pukul 2. haish. disebabkan itu, aku pun tertido sampai la pukul 4.30

bangun2 je tido aku tengok hujan dah berhenti dan matahari memancarkan sinarnye. cewahh.. cuaca panas la jugak. terus call yati. suruh dia bersiap. dalam pukul 5 kami pun bergerak ke putrajaya. sesampai je di sana. meriah terasa bila mereka dah mula start mengepam belon. excited nak tengok belon doraemon, tapi belon tu naik lambat. tak sempat nak tengok sebab dah hujan rintik2. sekejap je kami kat situ. dalam setengah jam lepas tu kami balik. haish. 









jadi la dapat tengok sikit. daripada tak pernah tengok langsung kan. tahun2 yang sudah aku tak pergi. tahun ni je la berkesempatan. tahun depan?? tengok la macam mana. =p

26 March 2011

Officemate Birthday Celebration

3 bebel sama disini!
the day that we celebrate it was our last day of working in day shift. sooo perfect time to having some fun and lepaking together gether. =p ahhh..gedik la pulak nak cakap english..aii sory la..terabur..bak kata si usop HKLBR, "itulah pentingnye english education ni"

hokeyy lupakan usop sebentar. ekceli, it was our last minute planning. memandangkan itu merupakan hari terakhir kami bekerja. jadi ianya merupakan hari yang sangat sesuai untuk makan2 dan lepak bersama2. ye la..selama bekerja mana la boleh keluar lunch atau dinner sekali semua satu group. sapo nak jago station..kang qatar terlepas, audi terlepas, scene2 yang hot, ayoyoyo..sapo nak menjawab dengan boss nanti..=P

erk..kejap2..lupa pulak nak mention birthday siapa yang kami sambut ni. hohoho..kami sambut birthday 2 orang rakan sekerja kami iaitu shida dan joe. mereka kongsi tarikh lahir yang sama tapi bukan tahun yang sama. joe tua sangat2 dari shida..haha..bahan joe sikit je..=p jangan marah ye..hehe. oh by the way. makan malam bersama ni juga meraikan husna yang dah dapat kerja di ofis sebelah dan berkerja time office hour..hmmm..kurang da sorang kaum hawa dalam group. waktu siang je la kami boleh jumpa. apepun kerja baik2 ye puan!

walaupun sekejap je dapat lepak dengan mereka2. sebab malam tu budak2 lelaki ada game futsal. but the moment we spent together sangat best! macam biasa. HARUS la ada gambar y'all..!!!

Happy Birthday Shida & Joe!!






p/s : bagus kalau sekali sekala dapat hangout macam ni ramai2. mengeratkan lagi silaturahim. bila pulak lepas ni..? hehe..=)

24 March 2011

Blogger! Jom kita menabung!

5 bebel sama disini!
nowadays aku tengok ramai blogger yang menambah pendapatan (setakat duit belanja tu boleh lepas la) hanya dengan bermodalkan blog peribadi mereka. boleh ke kalau kita nak dapat macam tu jugak? mestilah boleh. senang aje. selain daripada nuffnang, kita juga boleh try satu lagi sumber pendapatan iaitu HEARTBEAT!

Macam mana nak pasang HEARTBEAT ni kat blog kita..??

first of all, korang kena 'click' iklan kat bawah ni..





'click' kat atas ni..

lepas dah 'click' korang tekan dekat HEARTBEAT.MY seperti yang telah dibulatkan kat dalam gambar di bawah ni.


then, korang tekan "create account"..


lepas tu, akan keluar form yang perlu korang isi. sila la isi semuanya dengan jujur ye. =)


then tekan "Join HB Affiliate"


click "online application"


then, korang isi lah ape yang mereka mintak tu..


bagi pembayaran (bayar kepada kita), korang boleh pilih sama ada untuk terima cek atau masukkan terus ke dalam account bank kita. 
then tekan "agree" pastu "continue"


pastu korang tekan "get a code" untuk dapatkan code


korang boleh pilih code yang mana sesuai untuk diletakkan dalam blog korang.


kalau nak check berapa yang korang dah perolehi (menabung) boleh tekan dekat "MY HB!Affiliate" ni



ok DONE! tengok. senang kan. cuma beberapa minit je yang diperlukan untuk korang pasang benda ni dalam blog korang yang cantik2 tu. tambah benda ni tambah cantik lagi la blog korang. jangan putus asa kalau tabung korang tak masuk2 duitnye or dalam kata lain 0.00 at least kita dah mencuba. kalau ada rezeki, InsyaAllah ada la.





kalau nak pasang, mulakan step anda dengan 'click' kat atas ni

SELAMAT MENCUBA DAN MENABUNG!!
(^_^)

20 March 2011

Another date with them =)

0 bebel sama disini!
firstly, mintak maaf la. sebab sebenarnye entri ni dah lama ada dalam draft. tak berhupdate. tak ada kesempatan untuk menaip disebabkan komitmen terhadap kerjaya. cewahhhh.. banyakla kau punya komitmen. kalau mereka2 yang tahu aku ni kerja ape mesti menyampah la baca aku tulis macam ni. blueekkk!! =D

Anyway, saya nak cerita pasal awal bulan march yang lalu. that was the second date saya keluar dengan abang arieq dan buah hatinye kak lysa. hehe. time tu cuma saya dan aien je yg ada..budak kecik lagi sorang tu (my lil bro, ayoi) tak dapat ikut sebab dia asyik busy dengan study dia. elokla tu. study is important. awak tu lelaki. belajar elok2. nanti cmno nak tanggung anak orang + kakakmu ini. nak jugak dibelanja sekali sekala. hehe. takpe masih muda. teruskan usaha anda! (peringatan untuk si budak kecik) hehe =)

hokay, berbalik pada date tadi. kami berempat date sehari selepas birthday si aien. kiranya macam sambut birthday si budak besar tu. tapi cake takder waktu date ni. dah beli semalam kt resepi rahsia dan dah makan kat rumah je. kami telah merancang beberapa hari sebelum hari date di laman facebook untuk tengok wayang bersama dan pada hari date tersebut kami tengok cerita ni.

    awww... Jason Statham.. I love Him since The Transporter.
all parts saya tengok ok! dia sangat bergaya!! heeee..

after movie, kami makan di Pizza Hut. seperti biasa. bila berjumpa HARUS ada gambar y'all. heeee.. =D 






(^_^) sehingga ketemu lagi.. 

06 March 2011

ketemu lagi!!

2 bebel sama disini!
I was so happy coz finally boleh jumpa si dia again. weeee..setelah sekian lama, akhirnye ketemu jua. erk kedengaran seperti kehilangan orang pulak ye. lalalalala...~~ =) thanks to him sebab sanggup turun ke sini untuk ketemu. huhu. walaupun rasa macam sekejap je, ye la sebab dia balik hari. hmmm. tapi setiap detik terasa bahagia. lalala..~~ walaupun sekejap2 ada je ketegangan urat tekak berlaku disebabkan hal remeh temeh yang boleh diatasi. hahaha. saborr je la dia. disebabkan oleh perangai saya yang suka cari pasal. lerrrr.. apekehel nye wawa oi!!.. lalalala.. ~~ hmmm.. tapi kesian kat dia sebab terpaksa drive dari ipoh ke bangi, jalan-jalan dengan saya, then drive balik dr bangi ke ipoh. huhu. mesti dia penat sangat. thanks ye. sebab sanggup berkorban datang ke sini. (^_^)

we had our breakfast at McD and we ate Family Breakfast Box A
I'm lovin it!! =)

then we watch this movie. 
penuh aksi dan sangat2 best!! HARUS tengok ye!!


after movie kami jalan-jalan, belikan hadiah beday untuk si ain, happy birthday aien!! nanti pinjam handbag ek..hahaha.. then I buy a new wallet for my self. yang lama dah teruk sangat. nanti tercicir pulak duit i kan. heeeee.. =p after shopping we eat steamboat kat Johnny's Restaurant. sambil makan sambil bertegang urat tekak..wahaha.. pakej combo. hehe..kali ni bukan saya yang cari pasal ok! saborr je la..=p lalalala...~

late evening kami makan satay kajang with ABC. 
cuaca pun sangat redup dan tenang. peace! =)
tengok tu. dia habiskan sorang je satay tu. 
tak hingat orang sebelah. saborr je la.. hehe

and i got this cute little teddy + ferero from him.
erk..sampai ke hari ni saya tak makan lagi choc tu. 
rasa sayang nak makan. hiasan boleh tak..??

thanks for everything dear! (^_^)
~ ilyimysdm ~

p/s : baru 3 bulan tak jumpa.. makin tembam budak ni.. makan ape ntah.. wahaha.. =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails