31 March 2011

belon udara panas

Baca tajuk pun mesti semua dah dapat agak kat mana belon udara panas ni telah berlangsung kan. yup! betul..putrajaya.! pesta tersebut bermula pada 17 hingga 20 march 2011 yang lepas. korang pergi tak tengok?? sangat mendukacitakan kerana sepanjang 4 hari pesta tu berlangsung, cuaca tidak mengizinkan, asyik hujan je setiap kali menyinggah. gaya cakap macam pergi tiap2 hari pulak kan tak der la..aku pergi hari pertama dan hari kedua je. lepas tu dah tak der mood nak berbelon2 udara der..huh.

Hari Pertama

Merupakan hari pertama aku cuti, minggu nie aku tak balik kampung disebabkan pesta belon udara panas ni la. pada mulanye dah berjanji nak pergi dengan si aien, tapi dia tak dapat datang pulak, tahun depan la nampaknye ye aien. ayoyoyo. hari pertama tu, abang dan family dia nak pergi tengok belon, so aku pun menyibok la ikut sekali. aduiyai. nak duk rumah, bosan tak buat pape. hmm.. sampai saje di putrajaya, keadaan sekeliling memang lenggang sangat2. tak ramai orang pun. mungkin hari orang bekerja, waktu sampai kat situ takder satu pun belon yang naik kat udara sebab belum masanye lagi. kami pun jalan2 je la di sekitar booth2 yang dibuka.


sampai di suatu booth ni, diaorang ada buat promotion naik cruise untuk separuh harga. sangat berbaloi, sebab dulu aku naik 2 orang dah RM60 hinggit. waktu tu cuma aku, abang ajam, kak aini dan dua orang anaknye yang comel tu, lebih kurang RM60 hinggit je..tapi 5 orang boleh naik.. berbaloi kan?? Hanya kami berlima je yang ada dalam cruise tu, dah rasa macam cruise tu kami yang punya of course la ada pemandu cruise dan penolongnye, takkan aku pulak yang bawak. hohoho. sangat seronok sebab dapat duduk kat bahagian deck depan sepanjang perjalanan. menikmati suasana petang, bersiar2 mengelilingi tasik putrajaya. pukul 6 petang, kami terpaksa bergegas pulang sebab guruh dah berdentum, hujan pun dah turun rintik2. jalan punya la laju nak sampai ke kereta, nasib baik sempat sebelum hujan turun dengan lebatnye. a lil bit disappointed sebab tak dapat nak tengok belon naik. sepatutnye pukul 6 tu diaorang dah start pam belon. hmmmm..

Hari Kedua

menelefon lagi si budak aien untuk confirmkan sama ada dia nak pergi ke tidak. tapi jawapan tetap sama. tak boleh datang. hmmm. arini hari kedua aku cuti. esoknye baru keje malam. haish. lamo sunggoh teraso cutinyee.. ape aku nak buat hari ni ye. hmmm. niat di hati, nak aje aku lepak kat ice room, makan ice cream sambil online. sorang2 pun takpe kalau aku dah menghadap depan laptop. ajak kengkawan yang lain keluar, sorang pun tak free. tapi nasib aku cukup baik 'sekejap' sebab yati, kawan ofis aku nak temankan aku keluar.  cadangnye nak pergi tengok belon lagi hari tu. planning nak pergi pukul 4, tapi hati yang bermood baik tadi dah berubah jadi hambar pulak. sebab hujan, kilat dan guruh berdentum2 start dari pukul 2. haish. disebabkan itu, aku pun tertido sampai la pukul 4.30

bangun2 je tido aku tengok hujan dah berhenti dan matahari memancarkan sinarnye. cewahh.. cuaca panas la jugak. terus call yati. suruh dia bersiap. dalam pukul 5 kami pun bergerak ke putrajaya. sesampai je di sana. meriah terasa bila mereka dah mula start mengepam belon. excited nak tengok belon doraemon, tapi belon tu naik lambat. tak sempat nak tengok sebab dah hujan rintik2. sekejap je kami kat situ. dalam setengah jam lepas tu kami balik. haish. 









jadi la dapat tengok sikit. daripada tak pernah tengok langsung kan. tahun2 yang sudah aku tak pergi. tahun ni je la berkesempatan. tahun depan?? tengok la macam mana. =p

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails