Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

05 March 2012

Tahukah anda..?

0 bebel sama disini!
sumber : google images

Tahukah anda?
Hari ini 5 march, merupakan entry pertama saya sejak kita melangkah ke tahun 2012. Entry terakhir saya ialah pada 27 november 2011 yang lepas. 

Tahukah anda?
Pada tahun ini saya akan menjangkau usia 24 tahun. ^_^ tahun depan umur saya 25 tahun. teruja tak? sebab apa saya tanya macam tu? sebab waktu sekolah dulu saya selalu cakap umur 25 saya nak kahwin. eh? hahaha. waktu kecik kan kuat berangan. sekarang pun makin menjadi2 berangannya. tahukah anda? hahaha.

Tahukah anda?
Sepanjang saya tak menghupdate blog pada 4 bulan yang lepas, macam2 perkara yang berlaku dalam hidup saya. ada yang manis untuk dikenang dan ada yang pahit untuk dibuang. yang manis akan saya blog kan di sini kalau saya rajin. =) yang pahit? shuh shuh pergi jauh2. semak ok!

Tahukah anda?
Keluarga saya telah bertambah ahli nya dengan kehadiran baby boy dalam family abang saya pada 21/12/11. nama dia Aariz Khazim. Dia comel! tapi saya tak berani lagi nak dukung dia. tahukah anda? memang saya tak berani nak pegang baby yang masih kecil yang baru lahir. macam mana la nak pegang anak sendiri nanti ek. adoiii. hehehe =D

Tahukah anda?
Tahun 2012 genap setahun saya bekerja di Telekom Malaysia (TM) sebagai editor. walaupun banyak rintangan dan dugaan sepanjang bekerja di sini, saya akan cekalkan hati dan bekerja dengan seikhlas hati. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan disini. =)

Tahukah anda?
akaun facebook saya kini hanya digunakan untuk 'check -in', share gambar2 dan share lagu2 kegemaran saya. Hanya menghupdate status jika bagi saya ianya penting. sejak saya tahu ada stalker dan talam yang dalam diam menghendap kehidupan saya. saya rasa terlalu famous amos. saya tak nak la jadi riak pulak nanti. tahukah anda? hahaha. 

Tahukah anda?
saya semakin aktif membebel dalam akaun twitter saya. bagi saya kalau orang nak kisah ke. tak nak kisah ke. itu hak individu. twitter bagi saya merupakan tempat meluahkan perasaan. tahukah anda? akaun twitter saya di set kan private sebab saya bukan artis nak 'public' kan kehidupan saya. kalau sanggup nak follow bebelan saya boleh carik saya kat twitter ye. =)

Tahukah anda?
entry ini di taip di ofis tempat saya bekerja. hari terakhir shift malam saya. so pagi ni saya dah start cuti. disebabkan saya tak TERtido malam tadi jadi balik nanti saya nak topup tido. setakat ini tiada apa lagi yang anda perlu tahu tentang saya. sebab saya tak dapat pikir apa lagi yang saya tahu tentang diri saya. tahukah anda? 

adios amigos ^__^

10 August 2011

Makanan yg comey =)

0 bebel sama disini!
cheese tart mix filling (orange, kiwi, strawberry, blueberry, nenas)
kalau nak order yang macam ni jugak boleh klik

apam with filling.. angry bird (chocolate), lady bird (strawberry) & polkadot (blueberry)
untuk tempahan apam ini anda boleh klik

p/s : bukan saya yang buat makanan comey2 di atas ni ok.. saya order online je.. saya cuma share kan link2 tersebut.. selamat meng'order dan selamat menikmati.. ^_^

21 June 2011

Tanya sama pokok, apa sebab goyang??

0 bebel sama disini!
sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni dah selalu sangat dengar kat mana2 ada ribut sana ribut sini.. angin kuat.. angin kencang.. angin sepoi-sepoi bahasa.. termasuk jugak angin dari manusia.. hohoho.. yang penting apa jua yang berkaitan dengan angin la..

tapi apa yang aku alami ni tak tahu la sama ada ianya betul2 angin yang bertiup atau sebaliknya.. tiada siapa yang dapat mengesahkannya.. hmmmm.. berlaku dua hari yang lepas iaitu pada malam ahad.. aku seperti biasa pulang dari kerja pada pukul 8 dan tiba di rumah pada pukul 9 malam.. ketika itu hanya aku berseorangan di rumah.. setelah mandi aku lepak depan tv sambil meng online kan diri.. sedang aku duk asyik ber pesbuk.. tiba2 laptop kecil ku ini mengeluarkan cahaya kecil di atas nya.. cahaya ape? cahaya webcam la.. eh.. apesal tetiba je on ni..? padahal time tu aku tak bukak YM pun.. software webcam pun aku tak bukak.. camner boleh on tiba2.. tapi sekejap je dia on.. pastu padam.. beberapa minit lepas tu.. dia on balik.. eh.. aku pun pelik la kan.. asyik on off je dari tadi.. padahal aku pesbuk je time tu.. 

apehal pulak laptop aku ni kan.. aku pun terus cari setting camera tu.. mana la tahu aku tersilap setting ke apa ke.. aku pun bukannye tahu sangat.. tak guna pun webcam tu.. aku guna bila gedik2 takder kerja untuk amik gambar je.. bila aku bukak software webcam tu.. of course la kuar muka aku kat screen kan.. terus aku tak berani nak tengok muka sendiri.. takut aku ternampak benda lain kat sekeliling aku pulak.. time tu dah la duk sorang2.. fuhhhhh semangat.. oh ye time tu dah pukul 12 lebih.. nak dekat pukul 1.. cari punya cari aku tak jumpa pulak setting yang tulis auto on ke ape ke.. so aku dengan perasaan takutnye.. terus masuk bilik kunci pintu tutup lampu dan cuba untuk tido.. 

bila sorang2 memang kebiasaan aku tido dengan lagu terpasang supaya aku tak rasa sunyi sangat.. al kisah.. bila aku dah beransur untuk terlelap.. sikit je lagi nak ke dream land.. tiba-tiba pintu aku bergerak dan berbunyi seolah2 ada sesuatu dari luar yang cuba untuk membukanya.. aku dengan beraninya duk usha bawah pintu mana lah tahu kot-kot ada sesuatu di sebaliknya.. tapi tiada.. alhamdulilah.. tapi hati aku tak tenang.. macam2 aku pikir waktu tu.. aku cuba ingat balik.. pintu pagar.. pintu grill.. pintu rumah semua aku dah mangga dah kunci dah selak.. ok.. tak mungkin ada orang masuk.. mintak dijauhkan.. pastu aku pikir.. erk ada hantu ke..?? dah la aku kena kacau dengan laptop aku sendiri tadi.. aduyaiii.. takutnye aku time tu.. seriously memang susah aku nak tido.. aku tutup muka aku dengan bantal.. baca apa yang patut.. cuba untuk melelapkan mata.. tak tahu la pukul berapa aku terlelap.. tiba2 je aku terjaga dengar bunyi jam loceng untuk bangun pergi kerja.. ya Allah..mengantuknya la aku pagi tu.. rasa macam aku baru je tido.. 

selesai mandi dan siap2 untuk pergi kerja.. aku masih dalam keadaan takut dan berjaga2.. berharap tiada apa di luar pintu.. bukak pintu bilik pun aku baca bismillah.. takut punya pasal.. cepat2 aku keluar dari rumah.. sampai kat ofis.. aku ceritakan apa yang berlaku malam tadi kat kawan2 ofis.. ada yang cakap.. "webcam tu menyala tiba2 tu..sebab 'dia' nak tengok wawa la tu" uiiii... jangannnn.. seram mak nok!! lepas tu ada yang cakap "rasanya pintu tu bergerak dan bunyi macam tu sebab angin kot, sekarang ni kan angin kuat" tapiiiiii bila aku pikir-pikirkan balik.. waktu tu tak hujan.. kalau angin kuat.. sudah pasti pintu bilik air aku pun akan bergerak dan berbunyi.. sebab kat situ pun ada tingkap yang terbukak.. hmmmmm... 

so ni salah ANGIN ke..?? salah 'siapa'..??


renung-renung kan dan selamat beramal.... 
haaaaaaaaaaa... sempuuuuttttt...!!!!!

"tanya sama pokok, apa sebab goyang..? jawab ANGIN yang goncang.." lalalala...

p/s : tajuk tiada kena mengena dengan lagu hazama.. hehe.. tapi boleh baca tajuk macam nyanyi lagu dia..=p
peace yo!!!

11 June 2011

Hobi mengumpul, keperluan atau kepuasan?

2 bebel sama disini!
Bagi seseorang yang terlalu meminati atau obses dengan sesuatu barang atau koleksi, sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki barangan tersebut. pelik bila sesetengah orang sanggup menghabiskan jumlah wang yang begitu banyak demi untuk melengkapkan koleksi mereka. Adakah ianya satu keperluan atau kepuasan? sebenarnya, terpulang kepada individu tersebut la kan nak pikir macam mana. duit diaorang, masa diaorang, takde kena mengena dengan kita pun.. hehe.. macam serius pulak topik aku ni kan. no no no. I don't do a serious topic in my personal blog. takut nanti akan menyinggung mana2 pihak yang berkenaan. oppsieeee.. 

well ekceli aku nak cerita tentang satu barang yang aku kumpul sejak sebulan yang lalu.. hohoho.. tak sangka aku begitu gigih untuk melengkapkan koleksi aku. barang apa pulak yang aku kumpul ni kan.. tak pernah2 aku kumpul barang sebenarnya. ntah apa yang berlaku, tup tup cukup koleksi aku. 


pernah dengar tak tentang promosi dari McD ni. beli large set McValue meal + sundae, korang akan dapat satu glass CocaCola. of course la pernah kan. berlambak2 iklan serata McD dan tv takkan tak pernah nampak. sooo.. inilah barang yang aku kumpul. korang tak tahu betapa gigihnya aku bila sekali dalam seminggu aku kena makan Meal ni untuk dapatkan gelas tersebut. erk. sampai ada satu hari tu aku makan sampai nak termuntah sebab muak punya pasal. sampai satu tahap aku dah malas nak teruskan usaha aku mengumpul gelas ni. tapi sebab dah dapat separuh koleksi punya pasal, aku teruskan jugak sampai cukup semuanya. =)

okay! sekarang aku boleh tanya soalan tadi kat diri aku sendiri. hobi mengumpul ni satu keperluan atau kepuasan?

Keperluan : aku rasa ianya satu keperluan sebab aku memang suka barang2 yang unik dan lain dari yang lain ni. aku fikir aku nak gunakan gelas ni untuk rumah aku sendiri nanti (means bila aku dah kahwin la kan, nanti dah tak payah nak beli gelas lagi) hehehe. oh myyy.. berangan lagi ko ni wawa.. =p

p/s : buat masa sekarang ni aku letak dalam almari sebagai perhiasan je la kan (jangan ada yang kebas pulak)

Kepuasan : rasa puas bila dah dapat kumpul semuanya. rasa puas jugak bila selain aku dapat gelas aku jugak dapat makan untuk isi perut aku ni. berbaloi-baloi kan..? hehe.. tapi rasanye aku stop dulu kot makan McD ni.. rasa muak tak hilang lagi.. huhu.. =p


01 June 2011

Misteri hotel "matahari terbit"

2 bebel sama disini!
perjalanan pulang aku ke rumah dari tempat kerja malam yang lepas memang melemaskan aku sedikit.. lemas bukan sebab sesak nafas, air cond kereta rosak atau aku tak bukak tingkap.. tapi lemas dalam perasaan.. eh.? kenapakah? sejak dua menjak tiga menjak bermenjak2 ni.. aku memang malas betul nak drive.. setiap hari rasa jauh je perjalanan.. dalam hati "bila nak sampai ni? kenapa jauh sangat" rasa macam nak upah driver sorang.. wahaha kaya bebenor kau dengan angan2 kan wawa.. =) 

bila pulang dari kerja.. seharian di ofis.. mendak..! lebih2 lagi kerja macam aku ni.. mengadap komputer je la.. walaupun tak banyak kerja.. tapi lotih nye tetap terasa.. nak dimulakan cerita.. tiap2 hari balik dan pergi kerja aku lalu kawasan kampung.. tak lalu highway (malas sebab banyak kereta).. jalan pun kecik je.. confirm kiri kanan cuma pokok, semak.. dan beberapa rumah.. waktu aku balik dari kerja malam tu.. aku lalu jalan tersebut seperti biasa.. entah macam mana.. waktu aku lalu satu kawasan ni.. pandangan sipi aku membuatkan aku lemas bila aku terasa macam aku nampak sesuatu.. mungkin waktu tu kereta tengah berjalan.. so nampak macam 'benda' tu laaa kot.. lagipun nampak sipi2 je.. 'benda' tu serba putih, berdiri di bawah pokok dan menunduk.. disebabkan kereta aku sedikit laju..aku nampak sekali pintas je la.. waktu tu takda kereta lain.. aku tak berani nak usha balik cermin belakang aku sama ada betul ke tak apa aku nampak sebab nampak gelap je..huhu

keesokkan harinya, waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja aku usha balik tempat yang sama aku nampak 'benda' tu.. huuuuuuhhhhh.. lega rasanya bila kat kawasan tu ada satu papan tanda putih yang dah kemek macam dirosakkan orang.. kedudukan nye sebijik mcm 'benda' yang aku nampak tu.. aduiyaii.. bikin aku kacau je.. sejak hari tu.. bila malam, aku dah tak pandang kiri kanan semak tepi jalan.. kalau macam nampak dari pandangan sipi pun.. aku tetapkan dalam fikiran aku benda tu hanya lah papan semata2.. boleh tak? =p

oh! ye.. bercakap pasal 'benda' tu.. aku nak kongsi sikit satu cerita yang aku terbaca kat dalam blog Red Mummy, blog ni aku dapat tahu pun dari kawan ofis aku, bila dah start baca memang seronok.. macam2 cerita yang dia kongsi.. lebih2 lagi cerita pasal 'benda' tu.. berbalik pada cerita tadi.. aku baca kisah ni dengan kawan2 ofis aku.. waktu tu memang tak sangka betul hotel yang kitaorang pernah duduk waktu hari keluarga yang lalu rupanye ada 'something'.. ingat lagi tak entri aku pasal mini family C day bulan lepas.. alaaaa yang sampai 5 part tu.. (gigih bebenor aku time tu menaip blog..hehe) korang boleh baca cerita pasal kami menginap kat hotel tu kat sini - Family day (part 4)

kisah ini aku copy dari blog Red Mummy, tidak terjadi pada red mummy tapi blog reader dia yang kongsi dalam blog dia yang merah membara, vogue n da vass gitu.. ^_^

1st Story

my kazen sefamily serta kawan dia sekeluarga g bercuti ke PD.. time tue cuti sekolah tak silap.. so da takde choice sgt utk resort sume tue kan.. diorang plak plan mmg da last minute.. so dpt lar booking kat S*******.. diorang pun pegi lar check in segala bagai sume tue.. time nie anak kazen yaty 3 orang kot.. tapi yang kecik skali still baby lagik.. yang sulung dlm 4 or 5 thun gitu.. msuk je bilik yang diorang da booking tue, terus anak sulung kazen yaty nie ckp..

“ape yang bertenggek kat tingkap tue abah??”

budak2 biasa lar kan.. mata diorang kan boleh nmpak benda2 mcm nie kan.. sib bek kazen yaty nie jenis yang kuat semangat mcm tue kan.. dia pun jenis yg boleh buat air penawar tue sume.. so, dari jadi benda yang tak elok sume tue, terus lar dia baca2 pape yg patut.. alhamdulillah, mlm tue diorang takde gangguan ape2 pun lar..

then hari yang berikutnya, time nie kazen yaty sorang jer.. yang lain da ada kat dlm bilik kalo tak silap.. masa kazen yaty dari parking nie, nak nek lif ke bilik dia, dia terserempak ngan 1 family dalam lif tue.. family tue ada husband, wife n 2 orang anak.. tapi 4 beranak nie mmg serba putih..**ala2 citer jgn pandang blakang tue** kazen yaty bagi salam pun dorang diam jerk.. tak bercakap sepatah pun.. mmg dorang menunduk je dalam lif nie.. kazen yaty pun pelik lar kan, bagi salam tapi tak jawab.. kebetulan plak dorang pun turun kat floor yang sama ngan kazen yaty.. then dorang terus tuju kat bilik sebelah bilik kazen yaty tue.. lega lar kazen yaty kan, coz ada org lain jugak kat floor dia tue.. msuk2 blik jer dia bgtau lar pada wife dia yang ada org masuk bilik sebelah.. kiranya da ada jiran lar kan..

then malam tue mmg diorang tak boleh nk tdo.. sbb bnyi bising sgt2.. mcm org dok berparty gitu.. ngan bunyi2 seret2 kerusi nye sume lar.. bnyi tue datang dari arah atas bilik diorang.. masa dorang nk check out tue, kazen yaty tnye lar kat kaunter reception tue, ada party ape malam tadi? kemain bising lagik bilik atas tue.. budak2 smpai tak boleh nk tdo sume.. selamba je reception tue ckp 

‘eh bang, xda wat parti pape pun bang.. lagi pun floor abg yang paling atas sekali.. xda floor lain lagik.. lagik pun floor tue, family abg jer.. xda family lain pun yg msuk lagik..’

hah sudah, da tue dari mana plak datangnya bunyi2 bising tue sume kan.. pastu mana pegi family yang kazen yaty jmpe masa dalam lif tue.. otw balik tue baru dia teringt, yang kejadian kat parking tue.. padahal parking tue mmg bawah skali, tapi mcm mane family 4 beranak tue da boleh ada sesiap dlm lif?

wife kwn kazen yaty pun kena gak.. masa dia keluar dari bilik dia, ada sorang cleaner nie dok menyapu jerk.. so wife kwn kazen yaty pun tegur lar.. bagi salam sume.. pun cleaner nie diam jerk.. tekun je dia menyapu.. skali tah mcm mana tah, cleaner nie angkat muka, mata dia mmg merahhhh gilerrr..

yg bijak nye dorang berdua bertukar crita bila da selamat smpai umah masing2.. time kat resort tue, msing2 tak bukak crita langsung.. bila dia crita kat ktorang meremang2 bulu roma.. hihihi..
tak nak pergi situ dah.. nasib baik haritu tak de pape..

blogger punya story : yaty

nak tahu tak sebab apa aku yakin sangat hotel yang blogger ni pergi sama dengan hotel yang kami duduk.. sebab dia ada post gambar hotel tu.. kalau tak caya boleh tengok sendiri dan korang jugak boleh baca cerita yang selebihnya kat sini - kisah hotel "matahari terbit"

p/s : tak pernah2 aku post entri yang berkaitan dengan 'benda' ni.. mintak dijauhkan dari terjadi kepada aku.. nasib baik waktu stay kat hotel tu tak ada apa yang berlaku.. alhamdulillah.. lepas ni jangan harap la nak stay kat situ lagi.. ekceli mana2 tempat pun sama je.. ada je 'benda' yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kita.. yang penting teguhkan iman dalam diri.. jangan buat yang bukan2 di tempat orang..

aaaadiooossss amighossttttt.. ^_^

24 March 2011

Blogger! Jom kita menabung!

5 bebel sama disini!
nowadays aku tengok ramai blogger yang menambah pendapatan (setakat duit belanja tu boleh lepas la) hanya dengan bermodalkan blog peribadi mereka. boleh ke kalau kita nak dapat macam tu jugak? mestilah boleh. senang aje. selain daripada nuffnang, kita juga boleh try satu lagi sumber pendapatan iaitu HEARTBEAT!

Macam mana nak pasang HEARTBEAT ni kat blog kita..??

first of all, korang kena 'click' iklan kat bawah ni..





'click' kat atas ni..

lepas dah 'click' korang tekan dekat HEARTBEAT.MY seperti yang telah dibulatkan kat dalam gambar di bawah ni.


then, korang tekan "create account"..


lepas tu, akan keluar form yang perlu korang isi. sila la isi semuanya dengan jujur ye. =)


then tekan "Join HB Affiliate"


click "online application"


then, korang isi lah ape yang mereka mintak tu..


bagi pembayaran (bayar kepada kita), korang boleh pilih sama ada untuk terima cek atau masukkan terus ke dalam account bank kita. 
then tekan "agree" pastu "continue"


pastu korang tekan "get a code" untuk dapatkan code


korang boleh pilih code yang mana sesuai untuk diletakkan dalam blog korang.


kalau nak check berapa yang korang dah perolehi (menabung) boleh tekan dekat "MY HB!Affiliate" ni



ok DONE! tengok. senang kan. cuma beberapa minit je yang diperlukan untuk korang pasang benda ni dalam blog korang yang cantik2 tu. tambah benda ni tambah cantik lagi la blog korang. jangan putus asa kalau tabung korang tak masuk2 duitnye or dalam kata lain 0.00 at least kita dah mencuba. kalau ada rezeki, InsyaAllah ada la.





kalau nak pasang, mulakan step anda dengan 'click' kat atas ni

SELAMAT MENCUBA DAN MENABUNG!!
(^_^)

28 February 2011

"Just-In-Bibir" bukan kegilaan aku!

0 bebel sama disini!
oh! ape sebenarnya maksud di sebalik "just-in-bibir" yang aku cuba nak sampaikan ni..? tiada kena mengena dengan "hanya sekadar di bibir" ok! sila jangan salah faham.
"just-in-bibir" adalah kata nama lain bagi "justin bieber" yang bukan kegilaan aku. tapi kegilaan remaja perempuan pada lelaki pink! =D
oh! kejam sunggoh statement aku kan! ada aku kisah? memang aku tak gilakan dia. tapi kadang2 bila dengar lagu just in bibir ni, kadang2 best jugak. tapi takder la sampai nak dengar berulang kali ek. first time aku dengar lagu dia waktu aku belajar kat MMU, seriously mati2 aku ingat gurl yang nyanyi. gila macam perempuan suara dia.. rupanya yang nyanyi tu lelaki,

berbalik kepada cerita just in bibir, aku sebenarnye nak cerita pasal rambut dia, ramai gila orang suka dekat flip hair dia tu. sekali goyang kepala, rambut dia cantik tersusun rapi. guna jari pun boleh taw. wahaha. bila tengok kat you tube, banyak gila boys yang buat cover video lagu dia, mesti nak kena buat flip hair macam just in bibir ni. wohoho..bertambah2 lelaki pink! woopss!

"Just In Bibir"
comey + baby face but he's not my type! haha
=D

gambar di atas adalah gambar just in bibir tahun lepas. untuk tahun 2011 ni, dia da tak pakai rambut ni lagi dah. erk! adakah fenomena just in bibir ni akan jatuh merundum disebabkan rambutnya yg baeekk punya tu dah takda. hmmm... tak payah nak pikir sangat la. rambut dia bukan rambut ku juga. jom kita tengok video waktu just in bibir ni potong rambut kegilaan ramai dia tu.




hehe.. macam tak sanggup je si just in bibir ni nak melepaskan rambut kesayangan dia tu. macam nak nangis bila orang yang gunting rambut tu potong rambut dia macam tak elok je..hehe.. tapi bagi aku, this new hair cut much better than the old one kot. sebab yang sebelum ni nampak macam pink sangat. yang ni nampak segak sikit. wahaha. erk! tidak bermakna aku dah mula gilakan dia ok! baca tak part yang last sekali dalam video ni?? just in bibir jual rambut dia untuk menderma. wooo!!! confirm berduyun2 orang nak membelinye. tapi bila aku fikirkan balik, tak takut ke dia? mana la tahu.. orang buat guna2 kat rambut dia.. erk! no comments!! =p tak percaya ke dia jual rambut sendiri, cuba tengok video kat bawah ni.




kan..betul tak aku cakap, famous nye dia sampai sanggup orang bayar dengan jumlah yang banyak untuk dapatkan rambut si just in bibir ni. erk! korang sanggup ke berhabis duit untuk rambut dia?? sape lah orang kaya yang gila tu kan. tapi niat si just in bibir ni baik. jual untuk menderma. bagus bagus. =) alrite! i'm done cerita pasal rambut si just in bibir ni. so for the ending aku bagi sikit pengubat duka lara untuk peminat just in bibir kat luar sana. enjoy the video! lalalala..





p/s : aku tak benci pun dengan justin bieber ni, saje suka2. peminat dia kat luar sana tu, tak payah la emosional sangat ok! this is for fun! haha. =D

14 February 2011

V-day in my own words. =)

4 bebel sama disini!
most probably.. today 14 feb mesti penuh dah homepage facebook masing2 dengan friends yang share lagu2 jiwang..status saying "i love you".. wishing "Happy Valentine Days".. oh tak lupa juga pada yang bersedih hati or kecewa. tak payah la rasa macam it's the end of the world ok. be happy! well for me maybe sound a lil bit "macam bagus" but i'm not celebrate it.
V for me is loVe eVery moment of eVery day
pelik bila some people hanya jadikan satu hari ini sebagai hari yang istimewa sedangkan hari2 yang lain buat macam biasa dan hanya endah tak endah je layan pasangan masing2. erk! macam mana tu. 

maybe some of you guys set in your mind that.."wah, da masuk febuari la, 14 nanti boleh la sambut valentine, i will make something special for him/for her on that day" yeah.it's sweet. semua orang sayang pasangan masing2 kan. tapi haruslah dengan cara yang betul dan niat yang betul. nowadays niat semua ntah ke mana dah, pasangan yang bercinta jadikan V-day sebagai hari untuk mereka melakukan maksiat. erk! it's true! benda ni bukan perkara baru dalam masyarakat zaman sekarang. cuba la tengok another 10 months from today. what will happen. isu buang anak maybe akan naik balik. wallahua'lam. omg! please! kalau dah kemaruk sangat. kawin ok!

bagi umat islam yang menyambut V-day, telah di war2kan bahawa ianya HARAM dan tidak boleh sama sekali disambut atau diucapkan kepada sesiapa. ianya banyak mengundang keburukan dari kebaikan. ekceli korang tahu ke ape kisah disebalik V-day ni. Orait, article kat bawah ni saya copy dari sebuah laman web, baca ok!

"In Ancient Rome, February 14th was a holiday to honor Juno, Queen of the Roman Gods and Goddesses. The Feast of Lupercalia started the next day.

During these times boys and girls were segregated. However, the young people had a custom that began on the eve of the Festival of Lupercalia. The girl's names were written on pieces of paper and inserted into jars. Each boy then drew a girl's name from the jar and they were partners throughout the Festival. After being paired, the children would often continue to see each other throughout the year and on occasion even fell in love and got married.

Emperor Claudius II of Rome, also known as Claudius the Cruel was having a difficult time recruiting men as soldiers. He believed that the men did not want to leave their sweethearts and cancelled all engagements and marriages throughout Rome. St. Valentine, a priest of Rome at the time, secretly married couples. He was eventually caught, arrested and condemned. He was beaten to death and beheaded on February 14th, around the year 270.

Lupercalia was a feast to a heathen God. Pastors and priests of the early Christian church did away with the pagan custom by replacing the names of the girls with the names of saints. They chose St. Valentine's Day as the day of celebration for the new feast."


MORE BOUT IT HERE >> "History of V-day"
haaaa..sekarang dah tahu kan. dah baca belum? yeah in english. tak dapat cari article dalam bahasa melayu la pulak. translate la sendiri ek.hehe

so after this. sendiri mahu ingat la ye. saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu dan semoga kita semua mendapat pengajaran dari apa yang berlaku. no more V-day after this ok!

 

p/s : everyday is a LOVE day.. be happy and smile always. 

21 January 2011

my own 'family'. agak2 boleh tak?

0 bebel sama disini!
tetiba je right now jam menunjukkan pukul 4.50 pagi. i was like thinking wanna have a family. owhhh you know what i mean. haha. apesal aku gatal sangat pagi ni ek? No la. nak tahu sebab ape? aku bukan gatal la. pagi ni sementara dengan dedikasi nye aku bekerja motif? ceh, nak cakap jugak tu. padahal. pikir sendiri ek. =D aku menyambung aktiviti aku membaca blog orang. tengah boring.huh ada satu blog ni, aku suka sangat baca. dari last entri now aku da baca hampir separuh blog entri post dia. nak tahu ke sape punya blog? hmmmm... dia adalah isteri kepada orang atasan aku. boleh la cakap my boss punye isteri. ape yang aku putar belit ni. alrite. ape yang best sangat? tak tahu nak cakap macam mana. aku boleh katakan yang dia menulis berdasarkan aktiviti seharian bersama suami dan anak dia yang comel! dalam setahun lebih kot anak dia. dan dia jugak menulis untuk anak dia yang comel tu. kira macam anak dia yang tulis blog pakai mummy dia punye account. faham tak? with the cute picture, and caption dari budak kecik tu. rasa macam memang betul budak kecik tu yang tulis blog. so adorable and cute. mummy dia sangat kreatif dan ayat2 yang digunakan dalam blog tu membuatkan aku jadi seronok nak baca dan baca lagi. =)

 
so yeah! that's make me wanna have a family.
motif sebenar? takder sape yang tahu termasuk aku. lol.
sebenarnye lama lagi aku bercadang untuk berkahwin. bukan la dalam beberapa tahun yang akan datang. huish. lama sungguh nie. =p

p/s: seronok sebenarnya tengok orang yang dah berkeluarga dan bahagia. rasa macam.., rasa macam OK! nak jugak! haha. 
alrite abaikan! aku memang suka buat kerepek pagi2 buta nie. =p it's a crap!

11 January 2011

Semuanya palsu belaka

0 bebel sama disini!
wahh. hambik kau! memang semuanya palsu dan dusta belaka. tentang ape nie? alaaaa cik kiah oi, tentang baru2 ni gosip yang tersebar luas kat facebook tentang penutupannye pada bulan march nanti. da baca kan tentang news tersebut? belum baca? here u are >> HOT NEWS!
sebenarnye berita tersebut bukan la kisah benar, ianya telah disahkan sebagai khabar angin oleh sebuah laman web. moh ler kita baca ramai2..I've copy this from the site for you..

Internet faux news site Weekly World News posted an outrageous story that Facebook will be shut down on March 15th 2011, due to the stress it has put Founder Mark Zuckerberg through. Normally this type of news would not even be worth our time and effort, but an unfortunate situation occurred where thousands of viewers actually believed the story and shared it on Facebook. Over the past hour, 40 of my 320+ friends shared this story, and I’ve received a couple messages and emails about it from “worried” fans. I expect that the situation will get worse, sparking more controversy over the Internet.

Here is a snippet from the article:
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
So just to confirm, this is a FAKE STORY by a faux news site, similar to that of The Onion and Chive. As a reminder, always fact check before passing on stories, or else what happened today will keep happening over and over (like this trend will ever stop anyway)… oh yea, use some common sense. Also, with a company estimated at being worth over $50 billion, why would anyone even think of suddenly shutting it down. As a friend said, it would obviously make sense to sell it off rather than just kill it all together.

from now on. tak payah la kita semua, pakcik makcik risau sangat kalau ada khabar2 angin macam ni timbul lagi lepas ni. kalau difikir2kan balik macam yang news ni cakap, kenapa nak tutup terus sedangkan ianya memberikan untung yang berlipat ganda.lebih baik jual je kepada company lain kan. so. tak payah risau lagi! =)

 kau ada? takder? gi sign up sana cepat! =)

10 January 2011

Facebook Shut Down?

0 bebel sama disini!
woah! mesti ramai yang tak boleh terima kenyataan kan kalau facebook ditutup operasi buat selama-lamanye. aku pun tak boleh terima kenyaatan babe. bila terbaca satu news article yang tajuknye begini "Facebook will end on March 15th!" on the dot aku terfikir "ape aku nak buat lepas ni? tiap2 hari wajib login account tu" haish. harap2 tidak la kan. kat bawah ni adalah keratan news yang aku copy dari sebuah laman web.


Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.” Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. “I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

click this link for best view from the site >> Facebook News

so ape macam? semacam kan. macam real je news ni. menimbulkan rasa keraguan dan kebimbangan sesetengah orang macam aku yang gila facebook ni. nak cakap gila sangat tu tak la. but at least benda alah ni jugak la peneman aku kalau aku boring. huhu. hopefully tak shut down la ye. kalau tidak, selamanye la lappy aku ni shut down tak bukak2. =)

p/s: so maknanye lepas ni macam mana. kalau betul la facebook shut down. kena siap2 mintak no fon kawan2 lama yang berlambak tu la ek. kalau tidak macam mana nak contact lagi pasni. hmmmm...

01 January 2011

Tahun baru!

0 bebel sama disini!
SELAMAT DATANG 2011!! 
ucapan saya : melangkah lah dengan selamat ke tahun dua ribu sebelas. semoga langkah2 anda pada tahun ini diberkati dan berjalan dengan lancar! amin.... =)

p/s : langkah dengan cermat ye. memang la tahun nie tahun arnab. saya tahu! tapi jangan la langkah tu macam arnab pulak. jangan lompat dan skip langkah anda. lakukan dengan mengikut aturan yang betul dan bijak. semoga anda semua beroleh kejayaan pada tahun ini.

ha? ape dia? azam saya?
hmmmm....saya pun tak pasti..
banyak benda yang saya akan buat pada tahun 2011 ni.
doakan2 la ye semoga semuanye berjalan dengan lancar.
MySpace bersemangat waja nie! hehe..chaiyok!

30 December 2010

saya menang kereta!

0 bebel sama disini!
EH..?? aku menang kereta ke? betul ke aku ni? hmmmmm....bila masa entah aku masuk pertandingan or isi borang peraduan. sangat tidak betul OK!

yang sebetulnye. my abang Nizam beli kereta baru untuk aku pakai ke tempat kerja. tapi aku yang kena bayar bulan2. maknanye kereta sape? hehe. tapi kereta tu atas nama abang, so bukanla kereta aku. aku hanya menjaga dan memelihara

pasal order meng'order, insurans kereta, no plat, road tax dan sebagainye semuanye aku serahkan kepada abang aku. sain kontrak hari isnin. hari jumaat aku dah dapat kereta. huh advanced sungguh kan. kereta ready stock boleh la. oh ye tak payah la tahu isnin dan jumaat tu berapa hari bulan. =p

aku sangat teruja! excited! nervous! semua ada. bak kata astro. MACAM MACAM ADA! hehe.
tapi malu nak tunjuk kat abang. so i just act COOL. haha. =D

oh ye! ESOK!?
ada ape dengan hari esok?
esok adalah hari aku balik ke kampung.
Tapiiiiiiiiiiiii............
abang suruh drive sorang balik kampung.?
what will happen? hurmmmm....

25 December 2010

Hot stuff!

0 bebel sama disini!
my current desktop wallpaper
I'M LOVIN IT!

i love HAYLEY WILLIAMS! 
adore her so damn much. really wanna be like her. so cute! yeah..in my dream..i know! 

23 July 2010

gigi chuchu yang chumel!

0 bebel sama disini!
sape sangka gigi pun boleh dibuat bahan sebagai satu hiburan..tapi nie bukan gigi rosak atau gigi yang kuning ke ape..gigi yang aku maksudkan nie sangat comel dan adorable.. mereka adalah..

ickle and lardee
ickle and lardee are so adorable and this blog " My Milk Toof " brightens my day!! i cant stop smiling..awww..they were so cute!!! love love love this so much

MySpace MySpace MySpace

p/s : cant wait to read more and waiting for adorable picture from ickle and lardee.. amazing work from Inhae!! u did a great job!!

21 June 2010

Blind date??

0 bebel sama disini!


inilah yang berlaku kalau suka sangat bertemu janji buta.. hahaha...
gila horror tapi best untuk ditonton...
enjoy the video!!

05 June 2010

karangan 1 Malaysia??

0 bebel sama disini!
click pada gambar untuk view yang lebih terang..

ape pendapat korang tentang karangan nie??
aku dapat karangan nie dari aien..
dia tag nama aku kat gambar nie di laman facebook..

soalan : Tulis satu surat memohon cuti
bila baca surat sampai habis..rasanye takder kena mengena
dengan surat memohon cuti pun..kn? kn?
pastu yang paling lawak..
sesuka hati dia je menambah macam2 bahasa
dalam karangan nie
..

apepun..TERBAEK la...hahahaha...

01 June 2010

I'm Home!!

0 bebel sama disini!
Finally..setelah sekian lama..aku kembali mem'posting'..
ini blog baru aku.."STORYMORYOFME"..gedik kan?..
blog yang lama aku dah kuburkan..
sila jangan tanya kenapa dan kat mana aku kuburkan

mesti ada yang tertanya2 kenapa nak kena buat blog lagi??
ada ke yang tanya?? perasan je aku..
antara sebab2 aku berblogging adalah seperti yang tertera di bawah:
  1. aku tak ada pekerjaan tetap yang tak bergaji
  2. kekadang aku cepat bosan
  3. menaip membuatkan diri aku sibuk macam manager
  4. salah satu tempat aku meluahkan perasaan yg membuak2
  5. aku nak menaip ikut suka hati aku
now..i'm back home!!
this is my 3rd home sweet home..
i'll always be here whenever i want to..
talk..and do whatever i wanna do...
no one can stop me now!!
=)
where's my 1st home and 2nd home?
1st - my beloved parent's house
2nd - in my boyfie arms..place where i love to be..(♥‿♥)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails