31 January 2011

Burung kakak tua

0 bebel sama disini!
Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

lalalalalalalalalala

ehem. ehem. best tak suara aku? hehe. well! boleh kan kalau nak jadi protege edry KRU tu. haha. berangan je kau tahu kan wa! kenapa aku tetiba nyanyi lagu burung kakak tua ni. sebenarnya, aku teringat nak posting tentang satu peristiwa. sebelum cerita pasal tu. aku nak cerita apa yang berlaku pada hari sabtu yang lepas. nak tahu apa yang aku buat? aku pergi berdating!! sangat seronok dapat dating berdua. of course la berdua kan. kalau beramai bukan dating namanya. hehe. 

for me, aku happy sangat hari tu. walaupun penat sebab pukul 8 pagi sabtu tu aku baru balik kerja sebenarnya. tido pun belum cukup lagi. last minute plan. petang dalam pukul 4, dia datang ambik aku kat rumah. masing2 belum sempat mengisi perut. aku pulak balik keje terus tido. lunch semua aku tak nampak dah. aku nampak tilam je. hehe. 

taaaapiiiiiiiiiiiiiiiiiii....aku bukan dating dengan boyfriend aku taw. tapi dengan orang lain. erk! aku berlaku curang seharian. hahaha. aku dating dengan kakak aku ler. not really my sibling taw. boleh dikatakan kakak angkat aku ler. dalam entri aku sebelum2 ni. aku banyak cerita pasal dia. remember? click older post k! before jalan2. kitaorang gi isi perut dulu. aku bawak akak pegi makan kat Ice Room. nasib baik dia belum pernah makan kat situ. so it will be special for her. best kan kak? sedap kan.. nyum nyum! 

after makan kami bercadang nak pergi tengok wayang. so kami pun berangkat la ke The Mines. kami tengok cerita Faster lakonan The Rock! boleh tahan best la jugak ceritanya. cuba la pi try tengok nanti ye!  sebelum wayang tu start. kami ada masa dalam sejam lebih gitu. kami malas nak jalan2 shopping sebab macam tak de keperluan je nak beli. then kami jalan2 kat luar mines je. hasilnye :







ada Burung, ada Kakak, ada Tua (tua tukar jadi dua la ek, kami belum tua! haha)

p/s : happy dapat dating dengan akak! hangout berdua for the last time before akak berpindah ke tempat lain. take care your self over there! lain masa kita jumpa lagi.. =)


24 January 2011

Malam atau Siang?

2 bebel sama disini!

saya sekarang dalam kebuntuan dan kerisauan. ish macam serius je bunyi nye kan? haish. diri saya sekarang sudah tidak normal lagi. sejak saya start kerja shift ni. saya dah confuse malam dan siang saya. tidur saya pun dah jadi tak tentu hala.

shift malam = tido siang
cuti = tido sepanjang hari 
shift siang = ?
erk? apesal shift siang saya tak boleh nak jawab.

sebab : sebelum nak masuk kerja shift siang hari ini. saya sekarang belum tido lagi. nak tahu sekarang pukul berapa? hampir pukul 3.30 pagi. dan saya masih segar macam baru lepas mandi. argh! macam mana ni dik non! poning eden memikirkan! agak2 saya tertido tak kat tempat kerja esok? hopefully not! hmmm.....

agaknya saya belum boleh sesuaikan diri kot. harap2 lepas nie saya boleh sebatikan diri saya dengan keadaan sekarang. 
p/s: sesiapa ada tips untuk saya tak? pesanan khidmat masyarakat?
sila bebel bersama saya! click kat bawah title ye! =(

22 January 2011

I eat, I pray, I love =)

2 bebel sama disini!
so what's up? ape yang dah anda lakukan untuk hari ini? adakah kamu rasa bahagia, tertekan atau sadis habis? erk lebih2 pulak rasanye ayat aku nie. kepoh habis. Alrite, today! nothing much. seperti biasa, minggu ni aku kerja shift malam, balik rumah, dalam pukul 9 sampai, balik je terus tido sampai ke petang. waktu lunch semua dah berganjak ke petang. erk! terkejut terkejut perut aku! lol. bangun tido, mandi, lunch then siap2 ke tempat kerja. hmmmm...lotih makcik! but yay! esok aku cuti. erm..nak buat ape ye? tido sepanjang hari ke? or keluar melepak? nak dating bf jauh. huhu. 

ha? ape dia? oooo tajuk kat atas tu. sebenarnye aku nak bagi tahu yang aku baru je lepas tengok cerita lakonan julia robert. its "Eat, Pray, Love" yeah i know, tahun lepas punye cerita aku baru nak tengok sekarang. tahu la korang tengok wayang. aku je asyik terperuk kat rumah tengok tv. channel berbayar jugak ape. eh! emo plak aku. haha. anyway, seperti yang anda sudah sedia maklum cerita tu berkisah tentang seorang wanita yang cuba mencari dirinye setelah bercerai dengan suaminye. jap2 tak reti nak continue explain. alrite ini dia punye storyline.


"Liz Gilbert (Julia Roberts) had everything a modern woman is supposed to dream of having - a husband, a house, a successful career - yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life. Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery. In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali."
----------------------------------------------------------

so! macam mana? menarik tak? bagi aku cerita ni menarik. ntah la tak tahu nak cakap macam mana. tapi kan best kalau aku pun boleh buat macam julia robert ni. makan kat italy, pray kat india, jumpa cinta kat bali.
woooo... macam mana pulak dengan aku. apa yang aku nak buat kalau aku diberi peluang macam julia robert ni. hmmmm...in my case. aku nak makan chocolate yang banyak kat dalam kilang Willy Wonka. erk! u got the idea? lupa ek. alaaa cerita Charlie and The Chocolate Factory. hehe


Of course kalau pray, di mana2.. wajib OK! aku nak cakap kat Mekah. tapi ibadat aku belum cukup sempurna. tapi InsyaAllah. =) LOVE? eh aku nak cakap macam mana ni. haha. aku dah jumpa kan? =D boleh dikatakan jauh jugak la aku jumpa macam kat bali tu. ceh! padahal kat ipoh je pun. hehe. 

okay back to the movie!
One of my favourite quotes dalam cerita ni ialah :
" Listen! balance, my darling, is not letting anybody love you less than you love yourself. "    
so please!! LOVE ME MORE K! awww...thanks!



"See you later, alligator!"
one of my fav line jugak ni. bila pakcik tua kat bali dalam cerita ni cakap kat julia robert. dengan ekspresi mukanya. tersenyum aku tengok! hehe. 

21 January 2011

my own 'family'. agak2 boleh tak?

0 bebel sama disini!
tetiba je right now jam menunjukkan pukul 4.50 pagi. i was like thinking wanna have a family. owhhh you know what i mean. haha. apesal aku gatal sangat pagi ni ek? No la. nak tahu sebab ape? aku bukan gatal la. pagi ni sementara dengan dedikasi nye aku bekerja motif? ceh, nak cakap jugak tu. padahal. pikir sendiri ek. =D aku menyambung aktiviti aku membaca blog orang. tengah boring.huh ada satu blog ni, aku suka sangat baca. dari last entri now aku da baca hampir separuh blog entri post dia. nak tahu ke sape punya blog? hmmmm... dia adalah isteri kepada orang atasan aku. boleh la cakap my boss punye isteri. ape yang aku putar belit ni. alrite. ape yang best sangat? tak tahu nak cakap macam mana. aku boleh katakan yang dia menulis berdasarkan aktiviti seharian bersama suami dan anak dia yang comel! dalam setahun lebih kot anak dia. dan dia jugak menulis untuk anak dia yang comel tu. kira macam anak dia yang tulis blog pakai mummy dia punye account. faham tak? with the cute picture, and caption dari budak kecik tu. rasa macam memang betul budak kecik tu yang tulis blog. so adorable and cute. mummy dia sangat kreatif dan ayat2 yang digunakan dalam blog tu membuatkan aku jadi seronok nak baca dan baca lagi. =)

 
so yeah! that's make me wanna have a family.
motif sebenar? takder sape yang tahu termasuk aku. lol.
sebenarnye lama lagi aku bercadang untuk berkahwin. bukan la dalam beberapa tahun yang akan datang. huish. lama sungguh nie. =p

p/s: seronok sebenarnya tengok orang yang dah berkeluarga dan bahagia. rasa macam.., rasa macam OK! nak jugak! haha. 
alrite abaikan! aku memang suka buat kerepek pagi2 buta nie. =p it's a crap!

19 January 2011

Instant Thoughts #2

2 bebel sama disini!
first time bekerja pada waktu malam.
sepatutnye pukul 3 pagi macam ni aku dah lelap dan terbaring atas tilam da ni.
waaaa!!! I miss my bed so badly! truly madly deeply =(

jealous la aku tengok kau tido! nak jugak! huhu 

As we grow up!

0 bebel sama disini!
As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

So here..i'm Salwa Redzwan would like to apologize to anyone that i might hurt your feelings..i wanna tell u all that i really love u from the bottom of my heart...there's too many memory i had with all of u..knowing each one of u make me love my life..there's happiness and sadness but i'm glad and thankful that i have someone to share it with..mostly i love my family and then him..i love all of my friends..please forgive me if i'm bad or doing wrong..most of all..i'm so happy..coz i have all of u around me..supporting me..loving me..thanks alots!!!!..


18 January 2011

Birthday si cinta hati saya!

5 bebel sama disini!
11.1.11 adalah tarikh yang bagi saya amat chanteq jatuh pada hari jadi si cinta hati saya. erk! gedik pulak rasa bunyi nye tu.. well, it does matter when it come to my love birth day. tahun ni tak boleh nak sambut birth day dia. sebab dia sekarang dah ada komitmen kerja dan jauh nun di perantauan sana. ape boleh buat, kami kini sudah dipisahkan oleh jarak. huhu.

oleh disebabkan itu, saya buat pertama kalinye melakukan sesuatu yang diluar jangkaan saya. pada mulanye saya cuma saje2 je meng'usha blog2 online yang menjual cupcakes. yup! cupcakes! tetiba rasa macam nak buat delivery untuk si dia. so saya pun usha  punye usha. jumpa la satu blog cupcakes yg betul2 berada berdekatan dengan rumah si dia. saya pun dengan tanpa melengahkan masa. terus meng'order tanpa berfikir panjang. hehe.

mula2 saya cari design yang saya suka untuk owner tu lukis atas cupcakes nanti then saya emailkan kat dia. after that saya bagi butir2 berkaitan alamat, no fon dan sebagainya. then dia reply harga untuk dibayar. saya pun transferkan terus dalam akaun owner tu melalui cimb click. semuanye mudah. semuanya guna jari pun boleh! laluan iklan tak berbayar jap. =D

ada juga kesulitan yang timbul sedikit waktu hari penghantaran tu tiba. sebab si owner tersalah bagi text messages kat fon si dia tanya jalan nak pergi rumah. si dia plak boleh selamba pegi foward message tu kat saya. ops! kantoi la plak. saya pun terus call si dia. suruh si dia call owner tu bagi direction jalan. hmm saya pun bukan nye tahu jalan sangat pon. tapi semuanye dapat di settle kan dalam beberapa kelip mata. akhirnye cupcakes yang saya order sampai ke tangan si dia. yay!

saya pun terus suruh si dia MMS kan gambar cupcakes tersebut kepada saya. ye la saya belum tengok lagi. owner tu terus hantar ke rumah si dia kan, so macam biasa la. lelaki memang tak pandai kalau bab nak snap2 picture yang macam ni. gambar agak tidak berkualiti dan blur sedikit. gambar dibawah telah di crop dan di edit oleh saya. harap maklum! =p

 siap ber riben.. haha.. ok la kan delivery servis nye. puas hati =)


 ini lah design cupcakes nye.. semuanye owner tu yang buat, saya cuma bagi tahu dia, saya nak color red and white, based on birthday and love. ok la ni kan sweet and lovely. =)

p/s: si dia sampai bawak bekal ke ofis. hehe. comey je. =)  mak si dia pun bawak ke ofis jugak. habis satu ofis mak dia tanya saya order dan beli kat mana. terus jadi promoter untuk blog cupcakes ni sekejap. nasib baik sedap kan. lain kali boleh order lagi. lalalala..

11 January 2011

Semuanya palsu belaka

0 bebel sama disini!
wahh. hambik kau! memang semuanya palsu dan dusta belaka. tentang ape nie? alaaaa cik kiah oi, tentang baru2 ni gosip yang tersebar luas kat facebook tentang penutupannye pada bulan march nanti. da baca kan tentang news tersebut? belum baca? here u are >> HOT NEWS!
sebenarnye berita tersebut bukan la kisah benar, ianya telah disahkan sebagai khabar angin oleh sebuah laman web. moh ler kita baca ramai2..I've copy this from the site for you..

Internet faux news site Weekly World News posted an outrageous story that Facebook will be shut down on March 15th 2011, due to the stress it has put Founder Mark Zuckerberg through. Normally this type of news would not even be worth our time and effort, but an unfortunate situation occurred where thousands of viewers actually believed the story and shared it on Facebook. Over the past hour, 40 of my 320+ friends shared this story, and I’ve received a couple messages and emails about it from “worried” fans. I expect that the situation will get worse, sparking more controversy over the Internet.

Here is a snippet from the article:
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
So just to confirm, this is a FAKE STORY by a faux news site, similar to that of The Onion and Chive. As a reminder, always fact check before passing on stories, or else what happened today will keep happening over and over (like this trend will ever stop anyway)… oh yea, use some common sense. Also, with a company estimated at being worth over $50 billion, why would anyone even think of suddenly shutting it down. As a friend said, it would obviously make sense to sell it off rather than just kill it all together.

from now on. tak payah la kita semua, pakcik makcik risau sangat kalau ada khabar2 angin macam ni timbul lagi lepas ni. kalau difikir2kan balik macam yang news ni cakap, kenapa nak tutup terus sedangkan ianya memberikan untung yang berlipat ganda.lebih baik jual je kepada company lain kan. so. tak payah risau lagi! =)

 kau ada? takder? gi sign up sana cepat! =)

Unstable Mo.od

0 bebel sama disini!
hurmmmm bila cakap je pasal mood. macam2 yang ada dalam kepala otak aku ketika ini. memang pada hakikatnye mood aku tak berapa nak blah dua tiga hari ni. sangat tidak stabil. macam2 yang berlaku dalam masa seminggu. antaranye mengenai orang2 yang tak mengenang budi dan lupa kawan. yang pada mulanya aku anggap sebagai teman rapat aku. dan pada akhirnya menikam dari belakang. Mo.oD aku sedey dan kecewa. mungkin ini adalah peringatan dan pengajaran yang terakhir supaya aku lebih berwaspada pada masa akan datang. supaya tidak percayakan orang sangat dan terlampau melibatkan hati dan perasaan dalam sesuatu hubungan perkenalan atau persahabatan. -_- 

rasanya tak payah la aku cerita ape yang diaorang dah lakukan terhadap aku. sebab ianya akan membuatkan aku jadi seperti mereka. biar la orang mengata kita dan bertindak kejam terhadap kita. tak payahla kita membalas dengan dendam dan bersifat seperti mereka. Mo.oD pasrah. haish. lupakan je la pasal mereka2 tersebut. aku dah pun selesaikan dengan cara yang baik. diaorang seperti biasa la, bila dah buat salah, senyap seribu bahasa. malu untuk berkata2 kot. aku maafkan la korang yang tak berapa cerdik dan waras dalam membuat tindakan tersebut. peace no war.! =)

Mo.oD aku berubah lagi minggu berikutnye. pasal kerja aku sekarang. aku telah dijanjikan kerja di TM cyberjaya. tapi kontrak untuk aku sain tak dapat2 lagi. bila datang kerja, macam2 masalah yang timbul. lepas satu satu. sangat menguji mental dan fizikal aku. pengurusan tak berapa nak bagus. memang menyusahkan hidup aku laaaaa.. aku cuma takut satu benda je. ye la. aku da start keje. tapi kontrak tak sain lagi. takutla nanti last minute dia cakap aku xboleh kerja situ. memang pastu nanti aku saman dia dengan keturunan dia la. tu la yang menyusahkan hidup kalau takder hitam putih ni. haish. now dia bagi aku cuti dulu sementara tunggu sain kontrak. dah pulak. menganggur la aku balik. rasa nak marah je. pastu tetiba aku dapat message fon dari bos arini. suruh datang kerja balik esok. kontrak MAYBE dapat dalam minggu ni. haish betul ke ni. aku was2 je. jangan la buat hal. aku nak bayar duit kereta bulan2 pakai ape derrr...pakai air liur. ? oh ye! pasal sesetengah orang yang suka cari pasal dengan orang lain tu. hentikan la perbuatan anda. sangat memalukan ok. anda lagi berusia dari kami. jaga la sikit air muka tu. tak berbaloi pun. =) Mo.oD kusut dan serabut. menunggu dan terus menunggu.

Mo.oD aku diduga lagi minggu ini. setelah sekian lama aku akhirnya diuji dengan hadirnye kesakitan. huhu. yes! saya sakit. saya demam! suhu saya meningkat sehingga 37'c hohoho. lepas tu diuji pulak dengan batuk2 tanpa henti dan sakit tekak yang teramat sangat. gatal sungguh tekak ini. rasa nak garu je sepanjang masa. Mo.oD sungguh terseksa, takder mood OK!


hurmmm banyak sungguh aku cerita pasal mood untuk entri kali ni. mesti bengang je orang yang membacanye panjang lebar. ops! ada orang baca ke? stalker i ek..hahaha.. lastly mood aku melibatkan anugerah juara lagu tv3. huhu. stacy tak menang. aku bengang! semua orang tahu kan sape yang menang. ana raffali. lagu dia bagi aku boleh tahan la. takder la sedap sangat. tapi kenapa dia. banyak lagi artis lain yang berbakat dan mempunyai lirik yang mendalam dan menusuk ke hati. wahaha. emosional jap. hurmm tak payah kot aku nak cakap lebih2 pasal benda alah tak puas hati ni semua. korang baca je la kat facebook. berlambak orang tak puas hati. anyway. congrats untuk artis2 yang menang bagi yang kalah korang terbaik cuba lagi tahun hadapan. wah! macam artis baca je blog aku ni. kuang2. =p

bengong kejap! unstable mood katakan. hehe ^_^
adios!

10 January 2011

Facebook Shut Down?

0 bebel sama disini!
woah! mesti ramai yang tak boleh terima kenyataan kan kalau facebook ditutup operasi buat selama-lamanye. aku pun tak boleh terima kenyaatan babe. bila terbaca satu news article yang tajuknye begini "Facebook will end on March 15th!" on the dot aku terfikir "ape aku nak buat lepas ni? tiap2 hari wajib login account tu" haish. harap2 tidak la kan. kat bawah ni adalah keratan news yang aku copy dari sebuah laman web.


Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.” Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. “I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

click this link for best view from the site >> Facebook News

so ape macam? semacam kan. macam real je news ni. menimbulkan rasa keraguan dan kebimbangan sesetengah orang macam aku yang gila facebook ni. nak cakap gila sangat tu tak la. but at least benda alah ni jugak la peneman aku kalau aku boring. huhu. hopefully tak shut down la ye. kalau tidak, selamanye la lappy aku ni shut down tak bukak2. =)

p/s: so maknanye lepas ni macam mana. kalau betul la facebook shut down. kena siap2 mintak no fon kawan2 lama yang berlambak tu la ek. kalau tidak macam mana nak contact lagi pasni. hmmmm...

09 January 2011

Instant Thoughts #1

1 bebel sama disini!
"I've learned that it takes YEARS TO BUILD UP TRUST, and only SECONDS TO DESTROY IT. I've learned that no matter how much I CARE, some people just don't care back. I've learned that TRUE FRIENDSHIP continues to grow, even over the longest distance."

06 January 2011

Celebrate New Year 2011!

0 bebel sama disini!
New year 2011. sudah pun kita jejakkan kaki masing2. ape yang telah anda lakukan setakat hari ini pada tahun 2011 ni? mesti semua dah tanam azam dalam2 kat dalam otak tu kan. ada yang nak kurus. ada yang nak gemuk (salah satu azam saya) hahaha!
orait! kali ni saya nak cerita apa yang berlaku pada malam tahun baru 2011.

31 Disember 2010

merupakan hari dimana berlangsung nye perkahwinan cousin saya, abang cho! majlis berlangsung di salah sebuah dewan di Putrajaya. saya tak ingat nama tempat tu. alaaaa yang depan bangunan mahkamah tu. tahu tak? kepoh jap! hehe

best sangat pada malam tersebut. sebab kami ikut warna tema wedding. berwarna ungu dan pink. sangat chanteq! decoration kat wedding tu jugak sangat chanteq! sepanjang malam tersebut asyik bergambar tak hingat memori camera nak full! thanks to abang cho kerana invite kami sekeluarga dan menganjurkan wedding yang bagi saya amat INDAH! Jom kita tengok beberapa gambar pada malam tersebut. saya tak boleh nak upload semua. sebab semua sekali lebih kurang 200 lebih gambar. mahu muntah blog saya dengan gambar2 tersebut! =)

abang arieq je takde dalam gambar ni, patut tak saya superimpose kan muka dia dimana2 huhu. tak best la takde abg arieq. keje plak dia malam tu.



abang cho and his lovely wife! =)


so ape macam? cantikkan kami semua. heeeeee... =D
tu baru sikit dari gambar2 yang dah di snap. kalau nak tengok lagi tengok kat facebook ek. hmmm.. kami kat putrajaya dari pukul 8.00pm hingga 11.00 pm. balik je dari wedding terus kami ke PKNS bangi. kata abang nizam ade orang pasang fireworks kat situ. kami sampai situ lagi 5 minit kul 12. mula2 parking kereta betul2 belakang bangunan PKNS. tapi abang cakap fireworks tak pasang kat situ pulak. then masing2 berangkat la ke tempat lain. bila dah separuh jalan dalam kereta. kami nampak fireworks betul2 atas bangunan PKNS tu. oh my!! terlepas view yang sangat chanteq. tapi takpe la, abang pun tak confirm sebenarnye. guard polis kat situ la p cakap fireworks kat tempat lain. haish. aku fireworks jugak kereta guard polis tu nanti. hamboi marah sungguh nie..heee...

dan malam tahun baru 1.1.11 ni jugak merupakan ulang tahun kelahiran ayah saya. bila dalam kereta nak ondaway balik rumah abang. tetiba je saya tringat. eh da masuk new year, tapi tak wish beday abah. so saya pun..
saya : Happy Birthday Abah!
Abah : terima kasih.
aien : a ah ek. da masuk beday abah. pergi tengok bunga api tapi lupa nak wish. sama jugak bah. Happy Birthday!
ayoi : sama jugak! Happy Birthday!
=)

p/s: kami berempat je dalam kereta sebab tu orang lain tak terlibat. heeee..=)

01 January 2011

Tahun baru!

0 bebel sama disini!
SELAMAT DATANG 2011!! 
ucapan saya : melangkah lah dengan selamat ke tahun dua ribu sebelas. semoga langkah2 anda pada tahun ini diberkati dan berjalan dengan lancar! amin.... =)

p/s : langkah dengan cermat ye. memang la tahun nie tahun arnab. saya tahu! tapi jangan la langkah tu macam arnab pulak. jangan lompat dan skip langkah anda. lakukan dengan mengikut aturan yang betul dan bijak. semoga anda semua beroleh kejayaan pada tahun ini.

ha? ape dia? azam saya?
hmmmm....saya pun tak pasti..
banyak benda yang saya akan buat pada tahun 2011 ni.
doakan2 la ye semoga semuanye berjalan dengan lancar.
MySpace bersemangat waja nie! hehe..chaiyok!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails