cerita pada hari raya.. tak banyak yang boleh diceritakan pada hari raya tahun ni.. sebab semuanya dah tak seindah dan semeriah waktu aku muda-muda dulu.. eh sorry.. aku belum tua tapi masih muda ok.. hmm.. tahun nie aku langsung tak ada persiapan.. baju kurung pun pakai yang lama punya.. selalunye setiap kali menjelang raya mesti nak kena beli barang baru kan? contohnya macam jeans, t-shirt or kasut baru.. tapi tahun ni aku tak merasai langsung semua tu.. nak berjalan bershopping pun aku tak dapat..huh..memang pada mulanye aku rasa tak puas hati.. sedey pun ada.. tapi bila fikir balik aku tak ada hak pun nak minta lebih2.. tak apa la..
tapi hari hari raya aku dilalui seperti biasa.. aku masih dapat duit raya dari adik beradik aku yang lagi tua dari aku.. raya pertama je aku berjalan.. memang da kewajipan.. balik kampung mak dan abah.. lepas tu beberapa rumah lastly duduk rumah tunggu orang datang.. aku memang payah sikit nak pegi berjalan raya rumah kawan2.. bukan tak sudi.. cuma x berkesempatan.. rumah korang jauh2.. aku mana ada kenderaan bergerak.. haish.. terpaksa la ku batalkan niat dari dulu lagi nak beraya ke rumah kawan2.. tapi yang paling aku respect.. tiga orang kawan aku yang tiap2 tahun akan datang ke rumah aku pada hari raya.. ridhuan, aidi dan zaiful.. diaorang bertiga memang rajin sangat berkunjung ke rumah.. korang bertiga la kawan yang tak pernah lupa kawan...hehe.. terima kasih kawan!
apa lagi yang boleh diceritakan tentang hari raya.. hmm.. hari-hari raya aku cuma dirumah dan didepan tv.. tengok cerita2 yang diulang berulang2 kali.. habiskan kuih raya sendiri.. itu je la kot.. seday je kan..xpe la.. hope raya tahun yang akan datang akan berubah..
oh ye.. tahun nie aku tak dapat beraya dengan si dia.. sebab dia dah habis study.. dah balik ke kampung halaman dia.. tak tahu la bila aku boleh jumpa dia lagi.. tahun2 yang sebelum nie.. si dia yang temankan aku bershopping.. sedey je bila terkenang zaman dulu2..haish.. rindu nak ke zaman tu balik..
p/s : disini saya salwa bt redzwan ingin memohon maaf sekiranya pernah melakukan salah dan silap yang tanpa disedari oleh saya sendiri.. selamat hari raya!

No comments:
Post a Comment