Buat pertama kalinya dalam hidup aku.. aku tengok pelangi yang betul-betul sempurna dan penuh depan mata macam ni.. gambar ni aku capture sendiri di suatu petang waktu aku tengah bekerja kat ofis.. ini adalah view dari tingkap ofis aku.. bagi aku ianya sangat indah.. susah nak dapat tengok pelangi taw.. bersyukur sangat diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan..
I love Rainbow! ops tetiba la pulak kan..hahaha
setelah beberapa minit melihat keindahan ini.. langit semerta nya berubah menjadi gelap.. angin bertiup kencang dan guruh mula berdentum serta kilat sabung menyabung.. akhirnya pelangi pun hilang dan hujan turun dengan lebatnya..
langit tak selalunya cerah..
kehidupan tak selalunya indah..
hargai dan bersyukur apa yang ada di depan mata..
kerana sampai satu saat..
ianya akan hilang dalam sekelip mata..

No comments:
Post a Comment