pelaung pulau caption's : meja kemas dan cantik bersih, air dan makanan dalam bekas yang sangat proper siap ada tray, berhawa dingin dan sejuk mata memandang. sahur yang selesa.
balas caption pelaung pulau : memang bersih dan selesa tempatnye.. tak boleh nak cakap ape.. sebab klau dine-in memang dia bagi makanan dalam tray kan.. tapi semua kena buat sendiri.. kena beratur untuk place order.. angkat tray sendiri.. sos amik sendiri.. straw pun letakkan sendiri.. sedeyyyy!!! hahaha..
pelaung pulau caption's : air dihidang dalam cawan yang sumbing, tisu bersepah, kotak rokok dan lighter bersepah, jangan kata ada tray, ashtray pon takde. masing2 muka ganas sebab tak puas hati main PES sebelum tu. ini kejam.
balas caption pelaung pulau : cawan lebih better dari cawan kertas kot.. masalah bersepah adalah masalah pengguna tu sendiri yang bersepah kepalanye sebab kalah main game kot.. hehe.. kelebihan anda, dapat layanan dari mamak yang setia berdiri menunggu order, hantarkan pesanan di meja, dapat udara segar waktu pagi buta, oh oh yang paling penting.. kalau ada yang kurang.. boleh jerit je mintak kan.. p/s: boleh ke kat mcD jerit "ais kosong satu" xdapat kan..? hahaha..
p/s: entry ini ditulis bukan untuk mencari gaduh.. tapi untuk memberitahu bahawa walau di mana saja kita berada.. kita semua sama sahaja.. tiada yang di atas atau pun yang di bawah.. renung2kan dan selamat beramal.. (ada tak siapa2 yang nak belanja saya makan..saya dah lapar..tak boleh buat entri berkaitan makanan laaa..aduiyaii..) =D


1 comment:
untunglaaa sahur makan mekdi..hahahaha
Post a Comment