08 September 2011

Pre-Raya buat ku

kenapa harus ada pre-raya untuk aku.. wahhh..mentang2 la sekarang ni tengah hot pasal pre-wedding.. raya pun kauuu nak pre jugak..nevermind laaa..ekceli harus la ada pre raya untuk aku.. sebab raya aku tak dapat balik kampung.. kerja weiii.. tak pernah2 aku raya tempat lain.. selalunya malam raya dan raya pertama mesti ada kat rumah tu.. aduiii makkk aiiii.. ting tong kepala otak aku beberapa hari sebelum nak raya tu.. sekarang ni aku nak cheritaa sikit la apa yang berlaku beberapa hari sebelum nak raya.. so this is my pre-raya.. tahun 2011 adalah tahun yang amat2 berbeza sekali untuk aku.. sejak dah kerja dan bergaji ni.. semuanya aku kena buat sendiri.. kata orang sudah tiba masa untuk kau berdikari.. jangan harapkan orang lain.. sooo.. ye laaa..

duluuu bila minggu pertama puasa je.. mesti dah fikir dah nak beli ape untuk raya nanti.. minggu kedua confirm dah beli laaa orang cakap.. tapi sekarangggg... lagi 5 hari nak raya ni.. satu ape pun tak beli lagiii.. tak pikir pun nak beli apa...

duluuu kalau shopping barang raya mesti berteman.. waktu kecik2 shopping dengan mak ayah.. ape nak mintak je.. waktu study shopping dengan encik boyfren.. tapi sekaranggg.. mak ayah pun dah tak larat nak melayan anak dia yang besar dah ni.. dah bergaji kan.. encik boyfren pun dah menjauh.. ape lagiiii.. shopping sesorang la jawabnyee.. bayar pun sendiri.. siap boleh support duit shopping my lovely sis and my adik kacak.. orang cakap kalau ada rezeki lebih tu.. tak salah kita berkongsi sama2 kan.. yang penting happy.. =)

duluuuu sehari sebelum nak raya barulah sibuk nak mengemas rumah.. pasang langsir.. tukar kusyen sofa.. sapu rumah.. keluarkan gelas2 yang cantik tersimpan dalam almari..bila nak raya je baru keluarkan..hehe..tapi sekaranggg.. disebabkan tak der orang nak tolong my sis mengemas nanti disebabkan adiknye ini sehari sebelum raya kena kerja..sooo awal dari biasa la sesi mengemasnye..at least aku merasa la sikit mood bakal menyambut raya tu kan..huhuuu..

dua hari sebelum nak raya tu aku dah terpaksa balik ke cyberjaya untuk bekerja.. dalam perjalanan balik tu.. al maklum la sejak dah drive sendiri ni.. drive sesorang pulak tu.. jalan aku ke bandar lancar je.. jalan menghala ke kampung..sesak habisss..sedey hati aku time tu..dah separuh jalan da ni..nasib baik aku tak patah balik ke rumah.. hehehe.. balik cyber pun aku kena menumpang kat rumah kawan se ofis.. sebab takut nak duduk sorang2 kat rumah bangi..hmmm..apelahh nasib.. =(

sehari sebelum raya kena bekerja.. ohhhh sayuuu nyee rasa.. dapat pulak kawan2 yang baeekkk punya duk psycho aku sebab aku tak dapat balik beraya.. ada la sekali tu ter-nangis pulak..tapi sekejap je laaa.. huhuhu..sodey sodey sodey.. bila sehari nak raya ni.. terkenang pulak mak dan akak kat rumah tu yang takder assistant yang rajin sesangat niii (aku laaa tuu).. tapi sebelum aku balik ke ofis tu.. mak dah masakkan rendang untuk aku.. aku ler yang mengacaunye sampai kering.. merasa la jugak rendang mak..kalau tak lagi sayuuu la akuu..
sedaaapp rendang mak.. terbaeekkk!!

malam raya pulak.. pertama kali aku drive viva tu ke KL.. tak pernah2 aku drive sendiri ke KL.. pergi pulak Jalan TAR.. takut pun ada jugak..takut sesat dan takut banyak kereta.. hmmm semuanya ok dan lancar waktu sampai situ.. tapi bila sangkut dalam jam.. semua kereta nak cepat je jalannye.. sangat geram bila ada sorang mamat ni bawak kereta nak berlagak dengan awek kat sebelah dia..rapat giler cucuk kereta kancil kat sebelah aku.. cicak pun tak boleh lepas la..nak mengambarkan betapa rapatnye dia cucuk..bila kancil da ke depan kereta aku.. dia cucuk kereta aku pulak... sreettttt bunyinyer habis calar kereta aku.. geram giler aku.. semua yang ada dalam kereta aku waktu tu.. tenung mamat berlagak tu sampai dia tak senang duduk.. dapat pulak simbol geram dari jari aku ni.. memang tak berani nak rapat da lepas tu.. tunduk je bawak kereta.. bodohhh habisss mamat tu..!!! hmmm.. aku maafkan la kau.. sebab ko bodoh aku tak nak diskriminasi terhadap orang bodoh.. sooo i let it go.. sepanjang berjalan kat Jalan TAR tu.. satu ape pun aku tak beli.. sesak dengan orang.. panas nye lagi.. memang mood nak bershopping tu tak sampai ke dalam jiwa..hehe.. so aku bersiar2 je la kat situ.. aptb kan..hahaha..

soooo setakat itu je laaa yang berlaku dari beberapa hari sebelum raya sehingga la ke malam raya aku.. banyak dugaan dan cabaran yang berlaku..ku tempuh dengan hati yang cekal..walaweyyy.. bermadah pulak kauuu..hahaha.. ok la.. babaiiiii... ^_^

1 comment:

PELAUNG PULAU said...

HAHAHAHAHHA kantoiiii ternangis.hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails