28 February 2011

Melampau?

melampau? terlampau? melampaui? apa sahaja yang sewaktu dengannye. tak kira lah. semua boleh guna ye adik2. ok! kau nak cherita pasal ape pulak kali ni cik wawa oi..?? cer citer, cer citer, cer citer.. =D iyeee.. tuan tuan dan puan puan.. berjumpa kita lagi dalam rancangannnnn "wawa disini. AC dimana?" hehe. arghh kau ni wawa. melampau pulak kau ek. wahahaha. seteriktodapoint kali ni aku nak kategori kan beberapa perbuatan melampau yang berlaku sepanjang 2 bulan aku menjelajah tahun 2011 ni.

Kategori 1 : Kerja yang melampau

Untuk kamu (yang tengah baca blog aku ni) yang sudah sedia maklum, tahun 2011 bermulanye fasa baru dalam hidup aku iaitu memasuki dunia pekerjaan. Alhamdulilah, aku telah pun diterima bekerja di company TM cyberjaya sebagai seorang editor. tapi ada orang cakap kerja aku ni operator pengeluaran erk! melampau tak?? aku mana keluarkan ape2 barang. kerja aku banyak buat editing je. atau dengan lebih tepatnye aku buat penapisan LIVE television video. masukkan iklan, blur kan gambar yang melampau (selalunye aku blur gambar sulit, diaorang tak reti pakai baju..huhu), potong aksi yang terlampau (huh..tak boleh nak cakap..faham sendiri je la..haha) memang bunyinye kerja aku ni agak melampau kadang2. tapi kena pasang niat yang baik setiap kali pergi kerja. niat : aku buat kerja ni supaya orang yang tengok tv nanti tak terdedah dengan benda2 yang bukan2. amin. 

Kategori 2 : Penggunaan duit yang melampau

Bila dah kerja mestilah dapat gaji kan. mana ada orang kerja sia2. kecuali pekerjaan yang sukarela seperti membantu orang yang susah. kalau kau minta gaji tu maknanye kau tak ikhlas ar. eh tengok! kan dah emo pulak aku. aku start kerja pada bulan Januari 2011. sekarang ni bulan febuari. maknanya aku dah pun dapat gaji pertama aku. untuk pengetahuan semua. gaji aku dah habis suda. melampau kan.. padahal aku tak shopping apa2 pun.. waaaaaa... tak ada langsung duit aku untuk menyimpan. terlampau sedey aku dibuatnye. macam2 yang nak dibayarnye. duit kereta, duit pinjaman Mara, duit minyak kereta, duit nak bagi mak abah, dan lain lain hal yang perlu dibayar dengan duit. p/s : lepas ni aku nak kena pastikan budget aku dalam sebulan berapa, asingkan duit untuk menyimpan dan duit untuk aku shopping. hmmm agak2 boleh ke? InsyaAllah. =)

Kategori 3 : Tido yang melampau

wahaha, kalau aku tak cerita pun kat sini, pasti semua dah tahu yang aku ni kuat tido. tengok mata la beb. lebam sebab terlebih tido. bukan sebab tak cukup tido. erk! apesal aku mengaku berani mati ni.?? sejak aku start kerja ni, memang melampau tido aku tiap2 hari. kadang2 tak tentu masa aku tido. sesuka hati mata aku je nak lelap. ish ish ish. al maklum la, aku bukan kerja office hour, kerja ikut shift, bila shift malam aku tido siang, bila shift siang aku tido ler malam. makin melampau tido aku bila tiba waktu hujan, huish satu dua tiga menjak ni, bila petang je hujan, tambah pulak dengan kilat sabung menyabung tanpa henti, takut aku dibuatnye. ape lagi selubung dalam selimut ler.. krohhh.. krohhh.. ZZZzzzzz... hehe

Kategori 4 : Sikap yang melampau

FYI. bukan sikap aku yang melampau ok! harap maklum! aku tak berapa nak suka dengan sesetengah orang yang suka memaksa, tak suka dipaksa ok! bila aku cakap tak nak. means aku tak nak! tolong faham boleh tak? tak da la melampau sangat pun permintaan aku ni kan. betul la cakap orang, semakin lama kita kenal orang tu semakin kita kenal baik dan buruk dia. aku tak der la nak cakap aku ni baik sangat, tapi kalau semuanye aku yang kena beralah dan ikut je setiap ape yang dikata, aku tak rasa aku nak hidup dalam keadaan macam tu untuk seumur hidup aku. melampau la tu. betul tak?  

Kategori 5 : Runsing yang melampau

terjadi bila situasi di kategori 4 tercetus. hati dengan otak aku sekarang tak boleh berkomunikasi dengan baik. satu cakap lain, satu lagi pun cakap lain. nak ikut cakap mana satu ni?? di tambah pulak dengan baru2 ni. satu persoalan yang sentiasa menganggu fikiran aku. aku tak dapat nak buat keputusan. takut ada yang terluka, sama ada aku ataupun mereka. ape yang aku boleh cakap, faktor2 orang lain selain kita dan kelemahan sikap dan masalah yang sama yang sering kali timbul antara kita buatkan aku terpaksa fikir banyak kali untuk buat keputusan. dulu dan sekarang sudah tidak sama. kalau terlampau sandarkan pada kenangan, mampukah kenangan itu menampung beban yang akan mendatang?? runsing aku runsing.      

p/s : melampau tak penggunaan ayat "melampau" aku untuk entri kali ni. cer kira cer kira..berapakah ayat "melampau" yang telah wawa gunakan..? hadiah nye.. "tampau" diri sendiri.. yang rajin sangat gi kira apekehel..??  melampau sunggoh. sabor je laaa..=D

Footnote : "tampau" = tampar ( suka suki suko hati aku la nak bukak kamus sendiri. ko kisah kenapa? )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails