10 April 2011

Mini Family C Day (Part 2)

okay. aritu aku dah cerita tentang pencarian sourviner untuk family day. part kali ni aku nak cerita pasal preparation yg dibuat beberapa hari sebelum hari keluarga tersebut. huh. hari ni dah 6 haribulan. hari keluarganye pada 11 hb nanti. hari ni je. dari pagi aku dah pening kepala duk mikir kat mana kami the girls nk stay pada hari ahad nanti iaitu 10 hb. kami cadang nak gerak sana sehari awal. supaya takder la esoknye penat nk ke PD.. pastu boleh terus start main game je nanti.. so kami pun decide nak stay one night kat mana2 hotel yang berpatutan, yang mampu kami bayar. lepas satu2 laman web kami survey harga dan room yang available. akhirnye jumpa jugak. kami cuma berlima je perempuan. yang lain ada hal, diorang datang hari isnin nanti. kami jumpa hotel yang boleh tahan la harganye.. bawah 150 je. apartment 2 bilik, tengok online macam bagus je tempatnye. tapi tak tahu la macam mana nanti kan. so kita tunggu dan lihat je la. so excited! hehe..bercuti sakan gamaknye.. =D

ohhh..dalam pada bergembira dah dapat booking hotel, kami duk pening dengan sourvinier yang kami tempah pulak. kami telah memberi kepercayaan kepada tokey kedai untuk design kan untuk kami. tapi bila bukak email petang tadi. designnye cuma ala kadar je. macam last minute work. aduiiyaii.. geram dan kecewa sikit la. but overall dapat diatasi. kami telah pun design sendiri mengikut citarasa kami.


ini lah design dari mereka. erk! simple sangat kan?? 

huh. kalau tahu dari awal, tak payah la bazir masa tunggu diaorang design. tinggal berapa hari je lagi ni..sempat ke dioarang nk printing. hmm..ops! terbocor rahsia sikit. yup kami printing sesuatu. tapi ape? itu rahsia.!! hahaha. tunggu dan lihat je nanti ok! waaaaa...bila nak 11 hb ni. aku dah tak sabar nk bercuti sakan ni. hehe. =D

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails