06 January 2011

Celebrate New Year 2011!

New year 2011. sudah pun kita jejakkan kaki masing2. ape yang telah anda lakukan setakat hari ini pada tahun 2011 ni? mesti semua dah tanam azam dalam2 kat dalam otak tu kan. ada yang nak kurus. ada yang nak gemuk (salah satu azam saya) hahaha!
orait! kali ni saya nak cerita apa yang berlaku pada malam tahun baru 2011.

31 Disember 2010

merupakan hari dimana berlangsung nye perkahwinan cousin saya, abang cho! majlis berlangsung di salah sebuah dewan di Putrajaya. saya tak ingat nama tempat tu. alaaaa yang depan bangunan mahkamah tu. tahu tak? kepoh jap! hehe

best sangat pada malam tersebut. sebab kami ikut warna tema wedding. berwarna ungu dan pink. sangat chanteq! decoration kat wedding tu jugak sangat chanteq! sepanjang malam tersebut asyik bergambar tak hingat memori camera nak full! thanks to abang cho kerana invite kami sekeluarga dan menganjurkan wedding yang bagi saya amat INDAH! Jom kita tengok beberapa gambar pada malam tersebut. saya tak boleh nak upload semua. sebab semua sekali lebih kurang 200 lebih gambar. mahu muntah blog saya dengan gambar2 tersebut! =)

abang arieq je takde dalam gambar ni, patut tak saya superimpose kan muka dia dimana2 huhu. tak best la takde abg arieq. keje plak dia malam tu.



abang cho and his lovely wife! =)


so ape macam? cantikkan kami semua. heeeeee... =D
tu baru sikit dari gambar2 yang dah di snap. kalau nak tengok lagi tengok kat facebook ek. hmmm.. kami kat putrajaya dari pukul 8.00pm hingga 11.00 pm. balik je dari wedding terus kami ke PKNS bangi. kata abang nizam ade orang pasang fireworks kat situ. kami sampai situ lagi 5 minit kul 12. mula2 parking kereta betul2 belakang bangunan PKNS. tapi abang cakap fireworks tak pasang kat situ pulak. then masing2 berangkat la ke tempat lain. bila dah separuh jalan dalam kereta. kami nampak fireworks betul2 atas bangunan PKNS tu. oh my!! terlepas view yang sangat chanteq. tapi takpe la, abang pun tak confirm sebenarnye. guard polis kat situ la p cakap fireworks kat tempat lain. haish. aku fireworks jugak kereta guard polis tu nanti. hamboi marah sungguh nie..heee...

dan malam tahun baru 1.1.11 ni jugak merupakan ulang tahun kelahiran ayah saya. bila dalam kereta nak ondaway balik rumah abang. tetiba je saya tringat. eh da masuk new year, tapi tak wish beday abah. so saya pun..
saya : Happy Birthday Abah!
Abah : terima kasih.
aien : a ah ek. da masuk beday abah. pergi tengok bunga api tapi lupa nak wish. sama jugak bah. Happy Birthday!
ayoi : sama jugak! Happy Birthday!
=)

p/s: kami berempat je dalam kereta sebab tu orang lain tak terlibat. heeee..=)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails