24 December 2010

Sibling's Day Out + Shout! Awards

yay!! saya dapat tiket free ke Shout! Award. Terima kasih kepada cik Aien kerana mendermakan tiket tersebut kepada saya dan adik kecik kami dak ayoi. kami pergi bertiga je. budak2 kecik je layan nak pergi benda ni semua. sebenarnya ada 3 je tiket sebab tu tak bawa orang lain.. hehe. 

tokey tiket of the day. =)

hari ini sangat kelam kabut ok! takut sangat tak sempat menghadiri. dak ayoi plak datang dari San Jose. nak naik flight lagi, train lagi, kul bape plak nak sampai bukit jalil nanti. cik aien kita datang dari melaka naik motor dengan tunangnye. oo my god, sanggup! semata-mata nak pergi awards nie. anyway thanks kerana bersusah payah.hehe =)

kami pergi bulit jalil naik KTM je pun, sampai bandar tasik selatan kami tukar train ke bukit jalil. jumpa dak kecik pun dalam train. nasib baik jumpa, kalau tak menangis budak kecik tu sesorang. huhu. sampai bukit jalil dalam pukul 6. kami makan dulu sebelum masuk, takut lapar plak nanti. oh ye! kami ada beli air mineral 2 botol untuk diminum takkan mandi plak kan, huh tapi masa nak masuk kena rampas. sangat tidak bertimbang rasa dan menyakitkan hati. kalau murah takpe ok! bila da masuk dalam tengok2 diaorang sebenarnye jual air kat dalam tu, diaorang tak kasi bawak masuk air sebab nak laku kan jualan kat dalam stadium. oh sungguh geram! terpaksa jugak beli sebab haus. huh! 

OK lupakan kegeraman tersebut sebentar. jom kita tengok 3 budak kecik yang GILA bergambar nie. confirm tak geram da. sebab comey sangat. haha.

 the show time begin!
 dak kecik ni bakal lalu red carpet nanti. InsyaAllah. =)
 oh! kami pun nak glamor jugak OK! hehe
 ni adik saya! hensem kan..hehe
mereka adik beradik saya! luv them!
 sape paling comey? SAYA! haha
 ni sape akak sape adik ni? confius!
OK cukup! masa untuk balik. sudah2 la bergambar. banyak lagi gambar sebenarnye, kalau upload semua semak blog aku nie. semua posing tak hingat bateri kamera nak habis agaknye. penat model of the year (saya) nak posing! hahahahaha.=D

p/s: sangat gembira kerana dapat luangkan masa bersama adik beradik ku 2 orang nie. first time bersama tengok awards! sangat teruja! hehe. =D

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails